My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Thursday, December 31, 2009

Selamat tinggal 2009...Selamat datang 2010...


Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun 2010...rasa cam cepatnya masa berlalu..

rasa cam baru jer smalam kawen, skang anak dah beso...moga2 hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...

mari imbau kembali apa yg berlaku di thn 2009 ni..

Diantara yg aku ingat


-Penentangan terhadap PPSMI

-gempa kat padang

-H1N1

-kematian Michael jackson

-Noordin mat top tewas


dlm idup aku plak,

batrisyia dah semakin membesar (boleh plan nak adik lak)

usia perkahwinan dah mencecah 2 thn lebih

dah semakin serasi ngan hb

dah boleh masak (masih perlu diperbaiki)
Aku jadi dealer avon...kepada kekawan yg nak order brg avon sila lar jumpa sy yer (sempat lagi promote)


Azam.....mmm..

ada ker azam aku nih..rasanya dah 2 thn takder azam pasal slalu takleh nak capai...esp bab berat badan...huhuhu..makin membiak2 bagai johan


so..rasa cam nak berazam balik lar..tak salah kalo ada azam kan..yg penting ada usaha..

nak azam apa yer...

first skali mesti lar pasal badan..bukan tuk cantik ker tp utk sihat..skang ni pun sihat Alhamdulillah tp nak lar langsing sket..apa aku kena buat..nak masuk biggest loser jap gi kena buang keje lak...ahaks

azam yg ke 2, solat awal waktu, mengaji

then nak cepat ganti puasa

pastu nak masak ari2 (amacam bang... leh ker?????)

nak try resepi2 baru...


huh kalo nak disenaraikan byk lagi nih..tp rasanya stakat itu jer la kot..

korang doakan lar kejayaan aku yer...


Celebrate besday di tupai2



Sempena besday ku yg ker 28, dinner ditaja oleh hb di tupai2...Tak tau ler naper nama dia camtu..tp bila sampai jer dah nampak mcm2 koleksi haiwan kt depan tuh diantaranya Iguana dan hamster..Kami memilih duduk kat tempat bersila coz pepaham jer la sikecik nih, bukan mau dok diam..Mau dipanjat nyer sumer kerusi kat sini... Sibbaik lar takder nyamuk,kalo tak aduyai...Kat bwh gambar2 yg sempat di snap masa kat situ..
Batrisyia n mama fariez..
Thanks abg coz blanja sy kat sini...Dan time kasih gak utk tudung yg abg beli nih..pandai gak abg pilih...Punya lar tak sabar nak pakai...tak basuh pun...huhuhu

My lovely hb and daughter



Ini lah juadah yg di order oleh kitorang
1. Nasi of course
2. Sup seafood (utk baby)
3. Tomyam campur
4. Sotong Crispy
5. Butter Prawn
6.Siakap 3 rasa
7. Air suam n sirap


Actually manager kat restoren ni kawan Arwah mak..tp tak dapat nak jumpa coz dia takder..Apa2pun makanan nya boleh tahan lar sedap dan agak mahal gak..tp takper la..sekali sekala...



Wednesday, December 30, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu..



  1. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


    Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.


    Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.


    Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .).


    Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.






    Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.






    Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.






    Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.



    Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?


Tuesday, December 29, 2009

Sihat Ala Rasulullah...

Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)Bagaimana agar senantiasa sehat seperti Rasulullah?

Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum shubuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat shubuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :- Berlimpah pahala dari Allah- Kesegaran udara shubuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari JUmát adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon- Segeralah berwudhu- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Ada apa dengan 29 Dis...


Hari ini dalam sejarah...huhhuu

tanggal 29 Dis 1981 lahirlah seorang puteri anak kedua dari Pn. Radzieah dan En. Rusli

Itulah aku...

Apa yg kuharapkan pada hari ini adalah ucapan selamat dari keluarga dan sahabat..Bahagia jer rasa bila ada some one yg ingat besday kiter...Semakin menginjak usia ni bermakna umur kiter semakin kurang...Perlu ku fikirkan apakah terisi semua masa yang telah kugunakan dgn benda yg berfaedah..atau telah kusia siakan masa yg telah berlalu...


Time kasih kepada sahabat2 yg wish besday aku arini..semoga aku pun ingat besday korang..huhuhu


Actually arini gak ada majlis makan tengahhari meraikan staff yg sambut besday dari bulan Sept- Dis 2009..

(termasuk la aku)..dan bagi staff yg baru dapat baby...

juadah yg disediakan


hadiah yg aku n the geng balutkan


besday kek


potong kek

present yg aku dapat


nasi sikit tp lauk byk...hahahha

So selamat menjamu selera kawan2..

Picture wedding abg hafiz

Batrisyia kat dalam kete on the way nak gi umah kenduri

Ngan maklang kat hotel


With mama, abah n maklang




Happy jer dia main buaian



Ni lah dia penganting yg diraikan..Slamat pengantin baru abg hafiz n kak ila..Semoga bahagia ke akhir hayat






Sama comel sama padan..cute sangat......

Monday, December 28, 2009

Salam semua...
3 minggu berturut2 cuti ari jumaat...
bestnyer..lama sket cuti..
3 ari cuti, kemana arah tuju anda semua..
Ari jumaat tu pg2 cam biasa lar kemas2 umah, basuh2 apa yg patut, then packing brg coz nak gi kl..cousin hb kawen ari sabtu kt klang lama..
Disebabkan cousin dia tinggal kat flat dan kitorang lak yg seramai 5 org nih terpaksa menyewa kat hotel..bukan apa..tanak susahkan sesaper..adik lak dtg dari kg sebab nak jumpa bakal mak mentua dia..so alang2 dtg kl, jupa lar kitorang skali..
org sedang dilamun cinta bukan main berseri2 lagi muka..
Disebabkan arini terlupa nak bwk connector camera, so esok jer la aku uploada gambar2 masa2 wedding tuh..

Thursday, December 24, 2009

Didik anak ikut saranan Islam




Didik anak ikut saranan Islam (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)




Berikut adalah ringkasan artikel yang diterima drp. Khazanah Ilmu. (Ezzah), rujukan As-Syeikh Mucktar A.B Bawazir, "88 yang tersirat."Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu




i) Sebelum usia 7 tahun,


ii) antara 7 – 14 tahun dan


iii) antara 14 – 21 tahunUsia sebelum 7 tahun






1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri


2) Mandikan


3) Berikan nama yang baik


4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W


5) Buat Aqiqah


6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun


7) Hampir umur 7 tahun. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan


8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)




7-14 tahun & 14-21 tahun




1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun


2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.


3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan


4) Ajar Hadis tentang amalan harian


5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W


6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan


7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak


8) Bersalam & cium tangan ibubapa


9) Didik beri dan jawab salam


10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di tabung masjid)


11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan


12) Ajar doa-doa harian


13) Didik ucap “Terimakasih” dan “Alhamdulillah”


14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha


15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)


16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri


17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar dan kecil, dll.)


18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T

Berehat seketika bersama kit kat


Selipar..(18sx)


Ada duo baranak tinggal kek hujung kg ni, Pak Abu dan Milah.. Milah ni taklah cantik sgt tapi selero jugak lah mato yg mandang kek dio ni.. Seluruh jejaka di kg tu mmg syok abih kat Milah ni lebih2 lai.. satu mamat namoee..Ali.. Ali ni mmg dah target..kalau dapek kek dio Milah ni.. mmg dio nak 'overhaul' habih2..Pado satu ari... ali ni tergorak ati nak ajak Pak Abu bersaing ke surau..alasan je tuh


Ali : Assalammualaikum Pak Abu......

P Abu: Waalaikumussalam... ooo... Ali .. apo ko halnyo..

Ali : Tak ado apo Pak Bu.. den igt nak ajak Pak Abu bersaing ke surau..

P Abu: Oiih.. baguihlah.. tunggulah kojap.. pokcik nak salin seluar dlm...ekau masuklah dulu..dok sini diam2 yo..


Sambil berlalu masuk ke bilik. dan tibo2.. Milah keluar dari biliknya..berkomban ajo membawo.. sebakul pakaian yg nak di basuh.... di perigi luar romah ee..


Ali : Hi.. milah.. jom main

Milah: Ishh.. apo ko ni Ali.. tak baik ckp cam tu tau..

Ali : Alah sikit yo..

Milah: Tak buleh..tak buleh ( sambil terus keluar )

Ali : (dlm hati) Jago ko.. kan ku buleh..bulehkan...

Milah : (menjeling dan menjerit). Bapak.. milah kek perigi yo..nak cuci kain2 ni hah... tak yah kunci pintu ni.. Bye Ali.


Tetibo......


Pak Abu: Hah.. apo di tonung tu Ali.. dah jom kito poi..

Ali : Jom........................alamak Pak Ali.. mano selipa den ni..tadi ado kek sini..

Pak Abu: Ooo..ni mesti si Milah salah pakai selipa ekau.. gilah ekau mintak kek dio selipa ko tu.. dio ado kat perigi sano tu hah..pok cik tunggu sini..nak sodut rokok ni sebatang..

Ali : Yolah Pak Abu.. den poi mintak..dan..................Ali pun merempuh masuk.. dan sekonyong2 ee nampaklahMilah yg tongah telanjang bulek..comel..ajo segalo2..

Milah : Ishh.. Ali.. apo ni.. den jorit kang..

Ali : Jangan jorit.. bapak ekau yg suruh den dtg sini main..dio kato kalau tak main nanti den mati tongah jln..

Milah : Tipu ekau ni li...

Ali : Den tak tipu do.. ko dongar ni.. den buktikan (menjerit dongan kuat)......Pak Abuuuuuu..Milah tak bori..

Pak Abu: (dari jauh melaung)... Milah.. tak baik... Ali nak copek tu...

Ali : Hah..ekau dongar takDan.. maka terjadilah perkara yg sesedap rasa adonye... tp kalau dah dasar buaya.. mmg dio tak pueh..

Ali : Sodapnya milah... eh.. den lupo plak.. bapak ekau kato tadi kalau dah raso yg kek dopan.. kono raso yg belakng jugak..

Milah : Den tak cayo cakap ko ni li..

Ali : Laaaaaaaaa... tak cayo lai.. ekau dongar den jorit ni.. Pak Abu.......... Milah kasi sobolah yooooooo...

Pak Abu : Patutlah lamo bona.. Milah main kan Ali rupanyo...(jerit)............. BAGI DUO-DUO BELAH MILAHHHHHHHHHHDan.. tak yah den cito apa yg terjadi....


Moral of the story.. jgn pakai selipar org......... "
*pic kt atas tu takder kena mengena dgn entri ni..tu kasut raya batrisyia..

Senyum seindah suria...


Hadis Rasulullah menyatakan 'Senyum itu sedekah' adakah kita boleh bilang berapa kalikah kita senyumdalam sehari? Adakah semasa bangun dari tidur kita akan senyum? Jawapan nya senyumlah kerana kita tidak akan tahu bilakah kita akan kembali tersenyum dengan ikhlas..


Dengan senyuman kita akan disayangi, dengan senyuman juga kita akan disukai, dengan senyuman juga kadang kala kita akan dimusuhi. Ini kerana tidak semua yang kita buat disukai oleh semua orang.. Sesuatu yang baik juga kadang kala bisa disalah ertikan oleh manusia yang hatinya tidak pernah ikhlas.


Jika satu hari kita terlupa untuk senyum maka ingat kan diri kita bahawa kita sudah lupa untuk bersedekah. Akan tetapi awas senyuman juga kadangkal bisa menjadi racun yang cukup berbisa kepada kita. Dengan senyuman boleh membuat kan si teruna suka akan si dara, dengan senyuman juga si dara terpesona dengan si teruna.


Akan tetapi senyuman yang diberikan seorang guru kepada muridnya dan juga senyuman yang diberikan seorang murid kepada gurunya itu lah seikhlas2 senyuman yang lahir dari 2 insan yang diciptakan memerlukan antara satu sama lain.. Dalam sebuah keluarga juga peranan senyuman amat lah penting, ini kerana seorang bapa yg tidak senyum kepada anaknya maka dia bukan lah seorang bapa yang mesra dan pemurah.


Setiap anak akan menjadikan bapanya idola kepada diri mereka kerana bagi mereka bapa adalah ketua keluarga yang unggul kepada anak2. Tapi jangan dilupa pada masa kini banyak bapa yang lari dari tanggung jawab mendidik dan juga membesarkan anak2.


Oleh itu marilah kita semua sedar personaliti yang baik datangnye dari keluarga yang baik... . Wallahu A'alam

*lamanya ko cuti niza oi...tak ingat nak blk opis ker..rindu ler

Sentiasa perawan...


Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)


Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:

  1. Lepas solat Isya', ambil air segelas,
  2. baca Al-Fatihah sekali,
  3. Ayatul Qursi sekali dan
  4. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
  5. Tiup dalam air dan minum.
  6. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .



Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

  • INNA AN SHAK NAHUNNA IN SHARA..
  • (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
  • FA GAAL NA HUNNA AB QARA..
  • (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),
  • URU BAN AT RABA
  • (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
  • LI AS HA BIL YA MINN..
  • (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.
*Kalo diamalkan, InsyaAllah sentiasa mcm anak dara...huhuhu

Wednesday, December 23, 2009

Cara-cara melayan suami...




Cara-cara melayan suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.


Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.


3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.


5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.


6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.


7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.


8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.


9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.


10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.


11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.


12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya. semoga boleh jadi isteri yang baik.. E^ :-)

*Panduan untuk sendiri gak...

Kemanisan berumahtangga








Perkahwinan menghalalkan segala yang haram sebelumnya. Ia adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh hampir setiap teruna dan dara. Saat yang penuh nikmat dan saat yang penuh debaran. Nikmat kerana hanya dengan perkahwinan, segala persoalan, batasan dan khayalan kini diungkai sepenuhnya.


Dalam pada itu, perkahwinan juga menghadirkan debaran-debaran pada hati kedua mempelai tatkala diijab kabul, malam pertama dan tanggungjawab yang mendatang. Dengan sebab itu, sebelum seseorang melangkah ke jinjang pelamin, buatlah persediaan secukupnya baik dari segi ekonomi, ilmu, perasaan dan tingkah laku.

Seseorang yang merancang untuk berkahwin mesti dapat menjangkakan kedudukan kewangannya selepas perkahwinan dan seterusnya selepas menimang cahaya mata. Jangkaan-jangkaan yang perlu diambil kira ialah perbelanjaan harian, sewa rumah (jika perlu), kenderaan, pakaian, peralatan, bil, keluarga belah suami atau isteri dan banyak lagi pertimbangan luar jangkaan. Jika anda merasa berkemampuan untuk menguruskan kesemua hal-hal yang tersebut, maka selepas perkahwinan nanti, anda akan merasa lebih selesa. Jika tidak, bawalah pasangan anda berbincang bagi mendapatkan pemahaman dan keputusan agar kelak masing-masing dapat menerima kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing.

Persediaan dari segi kesihatan juga dirasakan semakin perlu akhir-akhir ini. Sebelum berkahwin, anda perlu memastikan kesihatan anda memuaskan kerana takut kalau-kalau ia boleh mempengaruhi kesihatan pasangan dan merosakkan mahligai bahagia.Ilmu juga memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga.

Orang yang berilmu biasanya lebih matang cara berfikir dan bertindak, lebih sabar dalam menghadapi kerenah rumahtangga dan tidak terburu-buru membuat keputusan.Apabila anda berkahwin, anda perlu ingat selalu bahawa insan yang dikahwini mempunyai perasaan yang berlainan daripada anda.

Oleh sebab itu, jika anda dapat menyelami perasaan masing-masing, bahtera rumahtangga lebih mudah dilayari walaupun dilanda gelora. Selalulah berkomunikasi dan cuba selesaikan sebarang masalah sebelum masuk tidur.Setelah berkahwin, anda juga perlu menjaga tingkah laku. Semua kelakuan dan tabiat yang kurang disenangi sebelum berumahtangga perlulah dibuang.

Anda juga harus berkelakuan mengikut situasi kerana walaupun anda berkahwin dengannya, anda perlu ingat dia punya keluarga yang perlu dijaga perasaannya.


*Selamat pengantin baru buat member lama zira dan pasangan..welcome to the club

Tuesday, December 22, 2009

Nur Batrisyia Balqis...Permata hatiku...




















Nur Batrisyia Balqis dilahirkan pada tanggal 27 Jun 2008 di hospital putrajaya..



Cahaya mata pertamaku bersama suami tercinta...chewah...



sepanjang tempoh kehamilan tak banyak masalah yg ku hadapi , masalah biasa jer..mabuk2 sket..nak bersalin pun tak byk masalah..skang nih batrisyia dah berumur setahun lebih dan ini latest pic dia....






















Dia agak lambat berjalan..sethn 3 bln baru dia tegap berjalan..dan sampai sekarang dia cuma ckp perkataan 'abah' shj....huhhuu..yg lain tu sumer dia membebel dgn bahasa yg maybe kucing jer yg paham apa dia ckp..dia boleh berinteraksi dgn kiter apabila mahukan sesuatu menggunakan gerak badan..agak kuat merajuk tp mudah dipujuk...suka sgt dgn kartun barney dan lagu 'kuroneko'...
Dia akan menari bila dgr lagu rancak dan akan menari dgn perlahan bila lagu tu slow...mungkin kesan dari ibunya yg suka sgt karaoke masa tgh pregnant...huhhuu



Dinner BPP...





Artis red karpet....me n my hb




Dgn opismate sally, kak zai dan niza

Hb wat show nyanyi lagu m.daud kilau

Wpun tak sedondon tp kira ok lar..kan..

dah nak balik dah masa nih..

Perutusan Maal hijrah


Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah,


Sambutan Maal Hijrah tahun ini jatuh pada 18 Disember 2009 bersamaan 1 Muharram 1431H. Hijrah dari lensa sejarah merupakan proses perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah. Perpindahan yang membawa kepada transformasi nilai, budaya dan etika pada sosok umat ketika itu. Transformasi umat daripada dibelenggu jahiliyah kepada ketuanan umat dan watan. Membebas dan memerdekakan identiti umat daripada terperangkap dengan semangat kekabilahan sempit kepada naungan keadilan Islam dan ketuanan bangsa yang mandiri, memiliki ciri-ciri al-hurriyah (kebebasan) dan jatidiri sebagai umat tonggak.


Justeru Hijrah bukanlah satu escapism (pelarian), bukan juga tanda kekalahan berdepan dengan realiti yang sedia ada tetapi ia adalah gerakan terancang daan strategik dalam memperkukuhkan sendi-sendi kekuatan umat dan negara. Hijrah bukan tanda ketakutan dan kelemahan organisasi (tanzim) bagi menghadapi kekuatan jahiliyah, sebaliknya ia adalah langkah praktikal dan taktikal yang dipandu oleh tarbiyah rabbaniyah dalam menyelusuri tapak-tapak ketuanan akidah, menjejaki tangga-tangga ketamadunan dan asas kepada perubahan yang total.
Sememangnya babak-babak hijrah dipenuhi dengan segala keringat perjuangan, selaut pengorbanan, titisan airmata dan darah demi menjadi batu-bata kepada binaan Islam dan daulah. Proses demi proses, tarbiyah demi tarbiyah, takween demi takween di tangan Sang Murabbi Ar-Rasul Muhammad SAW telah meledakkan satu perubahan dan pembaharuan. Melalui perancangan yang rapi, pemikiran yang strategik, perkaderan yang terperinci serta sifat jundiyah yang tinggi, Hijrah telah melestarikan satu momentum perubahan kepada masyarakat, negara dan dunia.


Seharusnya bersempena dengan kehadiran Maal Hijrah 1431H, seluruh umat Islam kembali semula menyegar dan membugar makna serta intipati Hijrah melalui pengkajian semula teks Fiqh Hijrah dalam dimensi baru untuk meneroka asas kegemilangan dan ketamadunan sebuah bangsa yang berdaulat. Hijrah tidak terhenti pada soal perubahan yang simplistik dan kosmetik tetapi perlu mengakar pada perubahan jiwa sehingga mencetuskan satu transformasi umat, membina front Islami yang kuat dan meruntuh semangat kekabilahan yang sempit. Teras kepada kejayaan misi Hijrah ini ialah keteguhan iman dan kekuatan daya akliah di dalam merancang dan meneroka satu kejayaan di samping didikan wahyu yang tidak putus-putus.
Hari ini umat Melayu berada di persimpangan, krisis demi krisis, peleburan identiti, ancaman liberalisasi, kuasa menjadi alat perebutan dan ketuanan bangsa yang semakin terhakis. Di dalam kita melaung-laungkan Melayu sebagai teras kekuatan bangsa dan negara, kita harus bermuhasabah sejauh manakah kita telah meletakkan nilai Islam sebagai solusi dan agenda perubahan tersebut. Sejauh manakah kita bermati-matian mempertaruhkan harga diri kita demi membina bangsa dan umat berdaulat. Sejauh manakah kita telah menggadai segala yang ada pada kita demi agama tercinta. Jangan kita terus beretorik dan tenggelam punca. Mari kita kutip semangat Hijrah dan kita lestarikan semula momentumnya.



Api perjuangan Hijrah tidak akan terpadam biarpun generasi awal Hijrah telah meninggalkan kita. Namun semangat dan momentumnya perlu dilestarikan di dalam kehidupan kita agar nasib dan masa depan umat dan negara sentiasa terpelihara.
Salam Maal Hijrah 1431H.


(Dipetik dari ikatan muslimin malaysia)

Lagi koleksi gambar masa di genting 18 dis 2009


Di antara permainan yg di cuba oleh diorang...aku tak brani















uisshh...cuak nyer muka














Pengantin baru..baru 2 minggu















Macam pelancong sesat jer..ahaks














Rasa cam nak pegi lagi tapi kena musim panas lar...

Mengapa wanita sangat istimewa..kisah di satu hari



Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.".. i letih la.. dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas... leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink.. rendam lepas makan tadi.. basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambalmasa masak tadi... check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu... memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong.... salin la gula... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi... ishh... ni lauk bila ni, semalam... dah beku dah... basuh la kejap.... pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh... penat dah ni, besok je la basuh... sidai kaian lap je lah...Tik... bunyi air dah masak... salin air dalam flusk... ok settle...baru teringat tak semayang lagi...


on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi... nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska... check... baju 2 pasang, towel... towel kecik utk selsama... calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping.... alamak.. telupa pulak masukkan botol... basuh botol jap... ok settle...Ternampak pulak beg g keje... emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je... salin jap barang2 beg coklat... cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti... hishhh sempit la beg ni... hangin je... nak kena beli ni beg baru... rasenya 25 hb ni Sogo sale nih... mana flyers tadi ek... ha ni die.. ok, catit jap katyellow sticker, nanti lupa.. ok settle...Tetiba dengar suara papa...".. u buat apa lagi tu.. tadi kata nak tido.."...."..


yelah nak tido la ni.. nak smayang jap..." Masuk toilet.. buat apa2 yang patut... cuci muka dulu..2 jenis lak tu... adoi.. gosok gigi... smayang... pakai toner... pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4pulak... huhuhuhu...Bukak almari... emmm... pakai baju hijau ni lah besok... gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni... kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni.. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh ...


g dapur, basuh, sambung gosok baju... gantung elok2... kemaskan baju gantung2... masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor... ok settle..Dgr suara papa lagi...".. i dah ngantuk ni..".. dalam pada nak masuk ke bilik... owh... pokok aku dah nak mati ni ha.. lu pa dah 3 hari tak siram... ok, siramjap... check jap pintu ni... sah tak kunci lagi... grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku... bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni... banyak nya... sampai bawah meja makan pun ade... adoi.... ok dah ...Ok dah boleh baring... adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap... selimutkan die... la.. napa basah ni... emm,tukar la pempers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la... nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali... ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k... gud nite.. sweet dreams...


Aaahh... sedapnya dapat baring... mana pulak lotion sapu kurus aku nih... ha, ni dia... sambil sapu lotion kurus,,, setkan alarm... setkan program kerja besok... pg kul 9.30 ade meeting..ahh... boring... panas pulak lotion nih.. dah la... emm.. sedapnya lelapkan mata... Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. .. mohon keberkatan dari mu tuhan...


papa pun bangun tutup tv..."... i dah ngantuk sangat ni... nak tido lah... citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ... dengar suara papa berkeruh... dah agak dah....


So?.... apa yang peliknya..??Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.... hormat dah hargailah mereka... untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Berpoya poya di genting highlands




Salam semua...
ini adalah entry ku yang pertama
actually tak brapa reti nak wat blog ni
tp disebabkan azam yang tinggi..dan blajar dari ucu-manja.blogspot, maka terbina lah blog ini..
si kenit yg kt atas tu adalah anakku yg pertama..yg lain2 otw
masa awal muharram baru2 nih kitorang gi genting highlands
sesajer jer nak jalan2
actually mlm tu anak demam lagi
tp disebabkan mak bapaknya beria2 sgt nak gi..Alhamdulillah anakku sihat lar skit
Pegi naik satu kereta dgn pengantin baru
Anam and karmila (member hb)
Seronok pergi sana tp itular musim ujan kan..tak byk game yg kitorang boleh main + penakut

 
ni lar rasanya game yg paling takut hb naik..aku do tepi jaga anak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...