My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Friday, February 26, 2010

Mari berselawat...

اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه




"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"



KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAH صلى الله عليه وسلم

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan



Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""


8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita
12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.

"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup
14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala
16. Membersihkan hati dan mensucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم
20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala
28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya
32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah صلى الله عليه وسلم
34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"

Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu


Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH!

Berselawatlah sekurang-kurangnya dengan lafaz اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Kalau sebelum ini, kita jarang berselawat, maka start from today, from this moment after read this article... berselawat kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana semata-mata ingin mendapatkan fadhilatnya.... SELAMAT BERSELAWAT wahai sekalian teman-teman (",) UHIBBUKA YA RASULULLAH

Dipetik dari blog al-syahidah.blogspot.com

Thursday, February 25, 2010

Esok cuti...yea..yea...

lama tul tak update blog..bz giler..So takder apa citer terbaru cuma arini aku masuk kumpulan koir utk present masa hari perhimpunan..Lagu telah diberi iaitu Lagu kem kewangan dan lagu satu malaysia faizal tahir...
so bersedia lar wahai suamiku..menanah lar dengar aku dok menghafal lagu ni ari2..
Aritu aku yg menanah telinga dgr dia praktis lagu cek mek molek utk malam dinner..pegi keje lagu tu..balik keje lagu tu...kat umah pun lagu tu..sampai aku dah hafal, bila time present aku yg hafal..dia lak yg terlupa lirik...sememangnya tak layak utk masuk JANGAN LUPA LIRIK...
la ni..RASAKAN....
balasan si bitung...hahaha...
Plan aku esok nak kemas bilik..nak amalkan 5S dalam bilik lak..Susun sisih seragam sesah selungkup..apa2 la...
esok gak deqla nak datang utk kursus kawen...ko tak yah gi kursus kawen deqla meh sini aku kursuskan kau...aku kan ilmu penuh di dada..ahaks...esok cuti dan kepada kawan2 sumer..dont drink and drive..key

Monday, February 22, 2010

Berpoya poya di pantai port dickson


Sabtu ahad baru nih, kitorang sefamily gi berpoya2 lagi..Cuti2 1 Malaysia..kali ni ke pantai Port dickson..Actually dah 8 bulan hb booking tempat nih..Sbg gov servant, kiter di beri keistimewaan utk menginap di rumah2 peranginan persekutuan yg mana sewanya sgt la murah..RM40 jer semalam utk Appartment 2 bilik..

So disebabkan pegi 1 kete jer, fariez lak ikut skali, aku just boleh ajak mak ngan deqla jer la..Sori yer kak ita, tak ajak ko skali..kete penuh..huhuhu..lenkali kiter gi lagi ngan akak lak..
Pepagi lagi dah bgn siap2 barang sumer..mak ngan deqla tunggu kat Stesen bas seremban (diorang bertolak dari kg)..dek excited sgt, jalan pun clear kitorang sampai agak awal gak lar..dlm kul 10pg..
Ni masa baru sampai..tak tukar baju lagi..sebab si kecik masih tido..bgn2 jer tgk ada laut depan mata..kemain suka lagi dia..




Masa ni lar hb nak bersin pun


encem boy


Deqla nih dah macam petani moden dah..beli topi nih 5 engget..takut itam punyer pasal..

Tgh2 aku dok mandi ngan sikecik , mak ngan deqla, kelihatan lar di tepi pantai tu 2 beradik yg tak puas kecik tgh bina istana pasir..si fariez ni ada gak seni membina nya..yg laki aku nihh tukang wat tembok jer lar..kitorang mandi sampai lar agak2 dah nak itam..lagipun dah nak kul 1..then perut pun lapar..gi makan dulu..makan kat gerai member fariez...berdepan ngan cozzi hotel..wpun gerai dia comel jer..tp makanan dia mmg sedap..kena ngan selera tekak mak aku..mak aku nih jarang nak makan kat luar..so kena lar carik kedai yg betul2 sedap kat tekak dia..stakat western2, fast food..tok sah lar..tak pasal2 jer kena kutuk makanan tuh..berbekalkan perut yg lapar dan badan yg kesejukan..maka kitorang pun makan dgn bahagianya..



Dia nih kalo dapat phome maklang nyer..leka..boleh gak aku makan dgn bersungguh2


Nampak gigi..nampak gigi..

then terus check in umah tu..nama bilik tu Ambong 2..not bad lar...ada 2 buah bilik..bilik utama ada 2 katil single..bilik kedua ada katil single dan tilam extra bawah katil..bilik kitorang mengadap taman permainan..tp still leh nampak laut..ada ruang tamu dilengkapi sofa, tv tp takde astro..tak kisah lar kan bukan nak tgk tv sgt pun..kalo nak tgk tv baik dok kat umah jer, meja makan..ada dapur ngan dapur gas segala..aku selongkar ler kabinet kat dapur tuh..mcm2 ada..disebabkan tido semalam jer..takder ler aku nak berniat utk masak berkampung kat situ..lgpun bonet kete penuh ngan beg baju, susu batrisyia, speaker hb lagi..
Akupun dgn sesuka hati riang gembiranya mengubah kedudukan perabot..bagi lapang sket..Almaklumlah anakku baru dapat kaki..jap gi tersadong lak kaki si kenit nih..katil single tu aku rapatkan so jadi lar katil kelamin..yg pompuan sumer bilik utama dan hb n fariez bilik yg lagi satu..malam ni tido berbantalkan lengan sendiri lar jawabnya..(slama ni berbantalkan lengan saper eh..)

Ni ler rupa paras bilik sebelum di rogol oleh kitorang


Ni bilik hb n fariez...


Ruang tamu..


Nampak gigi..nampak gigi..


Mcm anak lelaki lak si batrisyia nih..


Kat balkoni..


Depan pintu apartment..

lepas mandi dan solat, dlm kul 5 camtu terus jer sumer tukar baju mandi..kat bawah ni bangunan baru utk gov servant..so ada lar kolam mandi skali..kitorang apa lagi gi lar serbu kolam tuh..mandi kat tempat kanak2 jer sebab tempat dewasa..teramatlar dewasanya tak sesuai utk aku yg kemetot nih..kedalaman kolam tuh 4.5ft...kalo aku masuk nak kena jengket2..itupun dagu leh tenggelam..dah lar tak reti berenang..kalo ada sesaper jentik jer terus aku tenggelam..so demi keselamatan aku duk kat tepi2 jer la..takder la nak mandi sgt pun,..kira berendam jer la..


Kolam mandi
Apartment baru siap awal thn 2010


mandi pantai

yg deqla ngan mak duk kat kolam kanak2 menemankan si batrisyia..leh lar aku berpoya2 ngan hb jap..konon2 mcm tgh bercinta lar...org kat sebelah tu dah jeling2 jer..agak2 dah kecut segalanya..kitorang pun terus naik bilik, tukar baju..ready utk dinner kt ancasa hotel..ada 2 pilihan..western atau malaysian food..Aku apalagi..org melayu kan..dapat lak mak ada skali..kitorang order, ikan siakap 3 rasa, tomyam seafood, kailan ikan masin, telur bungkus (waiter tu kata takder telur bungkus tp ada special telur dadar), sotong goreng tepung dan air suam..hancuss diet ku ngan hb..opps deqla pun diet gak..hahaha..tp takper la..skali skala..balik nanti qadha balik..


Seblom makan mesti pose dulu
Uwan dan cucunya




Diantara menu yg di pesan




Selepas...makan..tu tgn saper yg terjulur lagi tuh..dia ler yg ngabiskan sumer nih


Berselera gak lar kitorang makan sampai tinggal tulang dan pinggan jer..sedap gak lar..yg sibatrisyia ni asik meragam jer..jenuh ler aku bawak dia jalan2 kat area situ..aku takut kot tersungkur jer kang..dah lar malam gelap lak tu..kat situ ada budak nyanyi live..sore macam ct nurhaliza...ok gak lar..ni mesti salah sorang peserta AF nih..Lepas makan , balik bilik, borak sepatah dua kata..then tido.....
Esoknya..pepagi lagi lepas breakfast segala..terus mandi laut dan mandi kolam terlantak sampai kul 10.30pg..Siap2 naik balik..bungkus2 kain baju sumer..then bertolak balik ke pangkal jalan..
Muka kelaparan..


Aku suh dia nampak gigi..dia gi sorok lak giginya..


Seblom bertolak harus lar berposing dulu..


Tanpa membuang masa, nak check in tak boleh lagi, kitorang gi la ke pantai blue lagoon.. Pantai nyer agak cantik gak lar..adik aku nih dah ler lagi 2 minggu InsyaAllah nak bertunang..gi mandi laut lak..itam longot lar kau deqla..abislar...
Dah tukar2 baju sumer, gi lar anak beranak nih mandi..Si fariez siap beli alat2 utk wat istana pasir..konon2 nak main ngan batrisyia..Disaat anak dara ku ini tak dapat mengenal yg mana satu makanan dan yg mana satu mainan..toksah lar bwk main benda2 mcm ni..kesudahannya makan pasir anak aku..

Thursday, February 18, 2010

Tahun harimau...auummmm

Sempena cuti panjang raya cina baru2 nih..aku sefamily balik kg kuala pilah sebab gaji awal masuk 8hb (nak bg mak advance sebab nak wat kenduri) dan nak tlg deqla wat hantarab tunang..
So balik ler kitorang ke kg pada pagi sabtu tu..tak pagi mana pun..dah siap2 masak, kemas2 umah..tup2 kul 12 baru gerak..

Disebabkan jalan yg pastinya sesak, kitorang beri laluan pada mereka2 yg nak kena jalan jauh tu, so kitorang ikut jalan lama utk balik kg..Dari nilai ikut laub then tiroi and sampai seremban dan sampai lar kuala pilah..tupun jammed gak..Alahai..org malaysia mmg camtu...1 malaysia lar katakan..tak kisah lar raya apa pun..mesti semua sibuk nak beraya gak..opps..bukan beraya tp blk kg..cuti pjg kan..takkan nak tercongok kat bandar yg dah lar ari2 dok kat situ..Skali skala nak lar jugak hirup udara segar kg..
Kg aku series kg giler..Sesaper yg pegi tau lar caner..kt kg still lagi guna air perigi..wpun dah upgrade, sedut air pakai pump tp still air perigi kan..yg mana kalo nak mandi pepagi buta mmg boleh menggigil beku...sejuk giler..





So malamnya, abah ajak kitorang sumer gi funfair..Aku ni bukan ler tak penah pegi tp series tak pernah umur idup aku gi funfair bersama2 dgn abah dan mak..so agak teruja jugak lar..aku just mad=suk rumah hantu yg tak brapa nak ada hantu nyer..
dan naik kincir yg ala2 ferris wheel tuh..laju tul sampai tertido batrisyia di ribaan ku..

esoknya dok umah tak gi memana sebabnya mak dah plan nak kemas umah beramai2..wpun aku dah berbungkus bagai dgn facemask, aku tetap batuk gak..Kiter hanya merancang ,tuhan yg menentukan..la ni aku batuk selsema bahana berkemas dgn jayanya..ker facemask tu yg bocor..ker bulu idung aku tak selebat bulu idung org lain, ni nak kena bela bulu idung lar pulak..dan itu citer lain..

ari isnin, kitorang sefamily gi umah uwan (mak kepada abah)..gong xi fa chai ma..mestilar gi tgk org tua tuh..uwan aku nih umur dah lebih 80 thn tp still tegap lagi..mata masih terang..telinga pun boleh tahan..dan bebel nyer pun masih berbisa..huhuhu..


katanya bg masy china..tahun ni tahun harimau..tak brapa nak baik sgt..so elakkan lar kawen pada thn nih..katanya lar..

eh..deqla ko jangan tak jadi kawen lak tahun harimau nih...auuummmm..


Thursday, February 11, 2010

contest

Salam semua..Selepas cuti yg agak panjang, aku kembali bersiaran..Smalam lak aku kena gi exam PTK..So arini ler baru masuk opis..Kepada sahabat handai sedara mara yg nak bagi support pada contest yg aku masuk..
Ini link nyer..

http://sweetpinkystuff.blogspot.com/2010/02/joint-contest-seiras-pandang.html

Kalo rajin, leh lar vote utk aku ngan hb॥Sesajer jer nak masuk contest ni..kot2 leh menang
kat bawah ni ler gambar yg aku pertaruhkan




ada masa 7 hari utk vote mulai arini hingga 24 feb 2010..
akunyer no 012 dan hb 022...thanks for voting॥

Tuesday, February 9, 2010

Kursus Pengurusan Rekod Dan fail

Arini ngan besok aku kena attend kursus
keje gomen ni nak kena gi kursus sekurang2 nya 7 hari dalam masa setahun..
So demi negara yang tercinta, aku pun menggantikan sorang staff yg sepatutnya gi kursus tp tak dapat dtg..Aku ni mmg slalu jer jadi pak sanggup..ahaks..takper la kan aku gak yg untung...dapat menimba ilmu pengetahuan...chewah
kursus ni bertajuk Kursus pengurusan rekod dan fail..di kelolakan oleh Pn. Zailan Bt Hj Yussoff...
aku dah penah gi kursus nih 5 tahun lepas tp biasa lar..manusia mudah lupa..kena lar pegi kursus balik...
Pn. Zailan ni agak klakar jugak lar..Dia menyampaikan ceramah dgn berseloroh, wat lawak, citer pengalaman dia, dan citer hantu..yg bestnya,setiap kump diberi bintang bg setiap kali ahli mengangkat tgn utk menjawab soalan atau memberi pendapat..Pn zailan janjikan hadiah buat kump yg dapat bintang paling byk..

sebelum mula ceramah kami diberi test bg menguji tahap pengetahuan kitorang ttg rekod dan fail...dah abis ceramah pada hari kedua kami diberi lagi test yg sama...nak tgk lak lepas ceramah kitorang ni ada perubahan ker tak..



1st test aku dapat 80% dan 2nd test aku dapat 96.6%...hahahaha...(gelak dgn riaknya)

yg paling aku tak percaya skali, bila kump aku (kump5:delima) diumumkan sbg kump yg dapat bintang paling tinggi iaitu 9 bintang...hahaha..riak lagi..
kitorang dpt present 1 tin besar biskut dan 9 ketul sabun mandi jenama Palmolive...huhuhu



Sebelum gi kursus
Ni ahli kump delima yg menggondol hadiah utama berupa setin biskut dan sabun mandi
Diantara peserta kursus kusyuknya memasing wat assignment

Apa2 pun.. syoknya gi kursus ni selain menambah ilmu leh menambah kenalan dan boleh tinggalkan keje hakiki wat sementara waktu..dan yg penting makan free..Diorang yg satu group ngan aku ni sumer wpun 1 opis tp disebabkan staff BPP beratus2 org so kitorang tak kenal sesama sendiri..dapat lak mcm aku nih susah nak cam org..bila dah gi kursus tu kalo terselisih kat cafe ker toilet ker leh lar bertegur saper..

Monday, February 8, 2010

Hujung minggu yang santai


Sabtu lepas aku dok kat umah jer coz boleh kata tiap ujung minggu kebelakangan ni ada jer aktiviti..So minggu ni aku decide nak duk umah jer..nak rest..tak rest mana pun still ada keje nak kena buat gak tp aku tak kesah lar asal tak kemana….pgnya aku wat breakfasr bihun singapore..Slama ni si kecik ni mmg tak mau makan bihun ..so aku masak lar lembik2 sket then masa nak suap kat dia tu aku pun cakap lar…mmmm..sedap nyer..dan dia pun makan sambil angguk2…dappp…hahah..senangnyer nak pengaruh sikecik nih..dia pun makanlar dgn berseleranya…
tghar nya my BIL fariez masak ns ngan kari udang, sayur campur n udang grg…best gak tp lupa ler nak amik gambar..si fariez ni mmg pandai masak cam hb gak..Kira kalo tercampak kat mana2 mmg leh idup ler..Ptg tu ajak hb gi nilai 3 sebab ada brg2 utk hantaran deqla yg tak lengkap lagi…then kitorang gi giant beli brg2 dapur sket..Sambil2 tu kitorang bwk ler si batrisyia nih main2 kat taman dalam giant nih..



Naik benda ni kalo kat tempat lain kena caj RM1..tp kat giant ni free jer..just tekan button dia jer..Punya ler happy dia main smapai tak mau turun..Mlmnya kitorang makan samosa (beli kat nilai 3) jer… alangkah rajinnyer aku..

Ari Ahad lak still duk umah lagi....pg nya wat bf lempeng kelapa cicah ngan kari udang smalam..Sibbaik ingat nak perangnat malam tadi…tgharinya, hb ngan fariez ada hal kat luar..So aku tinggal dgn batrisyia jer la..sambil tgk tv aku iron ler baju keje utk seminggu..masa bujang dulu mmg iron baju untuk seminggu means 5 pasang baju dan 5 helai tudung..bila dah kawen ni double ler jawabnya.kekadang tu amik masa sampai 3 jam baru siap iron..itu kalo takder gangguan..ni dah ada sikecik ni, byk kali gak lar nak kena berenti..nak kena sentiasa perati..gi dapur la dia, masuk stor lar, mengutip lar, bukak rak kasut lar, paling mendebarkan skali, tgh2 ralit tgk tv, tup2 dia hampir jer nak mencapai iron yg tengah panas tuh...hish..mula lar aku mengeluarkan kata2 nasihat berupa amaran keras...tak takutnyer dia..nak di babab kang, nangisnya macam kena dera...tak pasal2 jer jiran aku call talian Nur...huhuhu

then bila batrisyia dah tido aku pun masak ler..Plan nak masak mi sup n begedil..1st time wat nih..amik resepi dari myresepi.com...aku ni setiap kali nak masak mesti fikir masak utk baby skali..kalo nak jimat masa masak makanan yg kitorang suka dan baby boleh makan skali..

Tgh2 prepare nak masak tuh..tetiba fariez call mintak aku masakkan ayam masak merah ngan udang goreng..Amboi..demand…dari kul 12 aku start masak..kul 3.15 baru leh makan…huhuh..aku ni takbrapa expert nak masak tu yg amik masa lama..Kalo mak aku masak stakat 2 ke 3 jenis lauk tu, mau sejam jer kot dah leh makan dah..

Ni ler rupa makanannya.. yang amik masa sampai berejam nak masak tuh..

Mi sup favourite hb

Ayam masak merah

butter prawn


begedil daging cincang



Ptgnya..dah agak2 boring sket aku ajak ler hb gi jalan2 area taman nih…asik terperuk duk umah jer..


beskal batrisyia

muka selenga jer..ntah apa yg tak puas ati tak tau lar...abah tolak perlahan sgt kot

ni baru ler senyum

Thursday, February 4, 2010

Jejak kasih...SKDI,SMDAS,Uitm Segamat



Cuba teka yang mana satu aku...

Aritu masa balik kampung..Sedang kemas2 baju dan almari aku terjumpa lar album lama aku masa kecik2 dan blajar dulu..Belek punya belek ada lar aku capture beberapa keping gambar untuk buat jejak kasih..Sesaper yang kenal muka2 kat bawah ni ataupun diri dia sendiri sila lar hubungi aku..lepas abis blajar sumer dah lost contact..Ada gak lar yang terjumpa kat friendster ngan facebook...



Bwah ni ler gambar aku masa sek rendah di SKDI, tg ipoh..Sesaper yg tinggal area tg ipoh mmg akan sekolah kat sini..Aku masuk sekolah darjah 1 dan itular kali pertama aku berpisah dari mak..Aku tak masuk tadika Atau pre sekolah macam orang lain..
Masa tu kalo student masuk tadika akan masuk kelas A(merah) dan tak masuk tadika kelas B(hijau)..yg herannya aku yang tak masuk tadika nih leh lak termasuk dalam kelas merah...caner tuh..???kena lar aku bersaing dgn bebudak yg mmg agak pandai gak lar..Alhamdulillah pelajaran aku ok..Aku maintain kat kelas merah sampai lar darjah 6
Ni pic aku masa darjah 6 tahun 1993

Mari test ingatan ku



Dari kiri 1st row: razaleigh, hadi,udin,zamri,kamarul,emi,usop,hairee,faizal,ajoi dan azamira
2nd row: hamimah,rosalinda,huwaida,azreen,_______,nasireen,aku dan fizah
3rd row: faisal, rokiah,hazimahwati,mazni,marliza,huda,pidot , pizah dan affaizal
Barisan depan: Cikgu harpajan, (cikgu praktikal),cikgu sanusi, guru besar, cikgu azizah, ustazah asmah,cikgu BI tak ingat nama (mintak maaflar banyak2 pada saper yg aku tak ingat nama dan kot2 lar tersalah namanya atau tersalah eja..aku hanya lari nsan biasa yang mudah lupa....)



Bila masuk sekolah menengah aku sekolah kat SMDAS tg ipoh gak..Dari form 1 aku masuk kelas D, bila naik form 3 aku masuk kelas A, then lepas PMR naik form 4 aku amik aliran sains..Kenapa sains...???sebab masa tu sesaper yg amik PMR then dia nyer result utk subject Math and sains kalo dapat A@B, mesti masuk kelas sains
Macam satu kebanggaan lar kalo dapat masuk kelas sains ni..Padahal aku tak minat sains pun.

Mari test lagi ingatan ku utk pic ni. Ni gambar aku masa form 5 tahun 1998






Dari kiri 1 st row: izwana,norzila,dianhandriani, __________, norlaila, rosmahhani, norzakiya, khairiah, sue, numazira, alin, asmah, fiza,dan halimah
2nd row: fuhaimi, usop,udin,cikgu aziz, syazatul fazizlah, normah,aku
3rd row: zamri, hatman,doraemon(aku serius tak tau nama budak nih), najib dan paie

Bila abis sekolah menengah aku keje kilang di seremban
sambil kumpul duit untuk sambung belajar ...aku ni kira rajin keje lar..pulun wat ot..keje 12 jam sehari..aku leh dapat incime cecah seribu lebih dan aku boleh simpan hingga rm700 sebulan...masa tu tak reti lagi nak shopping2 nih..yang aku tau pegi balik keje jer..bila dapat gaji balik kg..



Sambil keje tu Aku ada apply UPU tapi tak dapat mungkin result aku tak best sgt kot. then aku apply jugak Uitm..Setelah kerja hampir 10 bulan aku dapat tawaran
Dip in investment analysis di Uitm Segamat

Dan disitu lar aku kenal fuziyan.my best friend sampai lar skang.. aku mmg rapat giler dgn yan..Di uitm aku stay kat kolej nilam.. wing gemilang


Dimana ada yan disitu ada aku



Ni pic aku sesame budak batch aku intake ke 2 thn 1999
Masa ni kalo tak silap ada jamuan utk bebudak part 6..yg aku ingat namanya azie, kak jue,kak shida,adina, kak mira,kak mus, kak yaya, zana, kak mas dan anie


Ni plak pic wingmate aku wing gemilang...masa ni ada sukan antara kolej

Aku blajar selama 3 thn disana dan aku berjaya mendapatkan sekeping diploma…aku nih jenis yang suka subject mengira macam math, add math, finance
Tp cukup tak ska subject membca esp sejarah dan law sebab aku tak kuat nak menghafal..Disebabkan uitm menggunakan bahasa inggeriss sebagai bahsa pengantar terpaksa lar aku menghafal setiap nota dan aduyai takleh nak ingat lar sumer tu..dari aku kenal 123 sampai lar skang aku cukup suka math..my favourite subject..Masa part 1 aku tak pandai sgt nak menghafal nih..jadi bila ada test aku akan jawab obj dan pengiraan jer (subject economy)..utk bhg esei aku tinggalkan kosong..Sampaikan aku kena panggil ngan lecturer ni..Dia tgk aku tak pernah miss class dia tp naper aku tak jawab exam dgn jayanya..Dia siap suh aku gi bilik dia utk dia ajar personal..Sampai ke sudah aku tak pegi..tu jer masalah aku, aku takleh nak menghafal..Susah betul rasanya..tp kalo bab nak mengingat formula Alhamdulillah takder masalah..putar lar soalan kut mana pun InsyaAllah aku leh jawab..


Ni plak pic aku ngan classmate DIIA
Yg aku ingat kak mira, izma,am,khairul bariah, wan, shida,bad dan yg tgh tu lecturer kitorang pn huda


Kadang2 tu rasa cam nak jadi cikgu math jer.. bukak pusat tusyen..ok gak kan..
Abis jer blajar, aku keje kilang lagi (sambil isi masa lapang) aku tak suka duk umah tak buat apa2 kecuali waktu bercuti..aku lebih rela keje kilang dari keje mengadap customer...aku nyer level of confidence sgt rendah..tak tau lar kenapa mungkin sebab fizikal ataupun aku rasa aku tak pandai sgt nak cakap ngan org besar2 nih...

Hampir 8 bulan aku keje, aku berenti keje..Duk umah dalam 2 bulan then aku dapat keje gomen yg skang ni lar..dah 6 thn aku keje sini... so far ok lar..aku tak pernah terfikir lagi nak transfer tempat lain..masa bujang aku duk kat segambut SPPK , umah 2 tkt...Ni ler diantara insan2 yg pernah serumah dgn ku...Diantaranya ema, zurina, kak ija,kak sal, siti rasmah, azie, kak tiha, yani, fetty, kak la, deqla,adlina, kak sue, kak za dan ramai lagi

Masa nih kitorang celebrate besday saper ntah..kak tiha kot

kepada kengkawan ku semua..Semoga kalian dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..Ada sesaper nak buat reunion ker..ajak lar aku skali ek..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...