My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Wednesday, August 25, 2010

Jualan terus dari kilang anjuran KPDNKK di presint 2

Peluang baik kepada mereka yang masih belum melakukan persiapan untuk ‘shopping’ sempena hari raya nanti. Semasa semak email tadi sempat membaca satu email daripada kenalan yang diedarkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan ini mengenai aktiviti warehouse sales sepanjang bulan ramadan ni. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang).




Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa dan mampu menepati citarasa dan keperluan individu.



Antara jenama-jenama produk yang dijual dalam jualan terus dari kilang ni adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.



Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) akan di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:



Tarikh : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)



Masa : 10 pagi hingga 10 malam



Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadan)



Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini orang ramai dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.

Tuesday, August 24, 2010

Mengimbas kembali pengharaman mercun di Malaysia

Bersempena bulan puasa nih dan pelabagai tragedi bermain mercun yg memudaratkan berlaku, aku nak citer tentang satu kisah yang berlaku di Malaysia suatu ketika dahulu. Mungkin ada yang dah tahu atau mungkin ada yang tek pernah tahu atau memang tak nak ambil tahu.

Entri ini diolah dari entri asal dari blog armanizan.blogspot.com



Kisahnya..... LETUPAN paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buluh, Selangor. Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua.



Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.



Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang terletak kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari kilang itu.



Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkan anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup?

Tragedi kilang mercun itu memberi sejarah besar kepada negara. Ia sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini ia dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini.



Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.



Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.



Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.



Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api. Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu.

Kemalangan jalan raya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.

Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh mangsa berlumuran darah merah manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi.



Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan disayangi menjadi korban tragedi itu.



Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.

Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan(2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat mangsa.



Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah. Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga rumah berhampiran kilang.



Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran.



Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa ke hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah.



Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu.



Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.



Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.



Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.



Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri.



Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar. Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja di bawah umur!



Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan.



Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak.

Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu.



Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.



Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu.



Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.



Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan.

Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.



Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu.



Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.

Sumber:Berita Harian



So, pada pendapat aku lar main mercun ni takder faedahnya...macam bakar duit jer...takder apa yg nak di seronokkan bila membayangkan akibat yg mungkin terjadi...Masa kecik2 dulu aku memang tak suka main mercun tapi aku suka main bunga api..tapi sejak kawen ni takder lar main lagi..tp hb aku memang suka main mercun..sebagai isteri solehah aku telah tarbiahkan suami ku petang smalam..kok dia nak beli gak tak tau lar...Semoga orang yang menjual dan mengedar mercun nih mendapat hukuman yang setimpal...banyak lagi benda ko nak jual bulan puasa nih...tepung pelita ker, roti bom ker...InsyaAllah tak memudaratkan

Sayangilah diri anda dan keluarga...

Monday, August 23, 2010

Berbuka dengan meriahnya...

Minggu nih adik hb ngan adik2 aku datang kerumah...Asalnya plan nak berbuka kat luar...tapi mengenangkan dah kumpul ramai ni rasanya lagi bahagia kalo masak sendiri...So lepas sahur ari sabtu tu hb ke pasar beli bahan mentah...

disebabkan aku free hair masa berbuka..maka gambar deqman jer la yg kelihatan...pengetest makanan...

yg tgh menyenduk nasik tu adalah deqla
kailan ikan masin

tomyam campur

ikan siakap 3 rasa

dan yg paling spesel aku rasa....
..
..
..
..
..
..
ta...da....
udang dan sotong goreng tepung ala warung gitu...

Masa berbuka tuh sumer makan dgn berselera skali...dah lama tak masak meriah macam nih...Alhamdulillah tak sia2 start memotong bahan2 seawal 3 ptg...heheh...hb pun tolong potong skali...thanks to fariez my lovely adik ip yg tolong jagakan batrisyia siap rasuah gi giant lagi supaya dia tak kaco aku masak...

Sahur keesokan nya kitorang makan belen2 lauk ni jugak...cuma udang ngan sotong grg tepung tu aku goreng pagi tuh...
Asalnya deqla ngan deqman plan nak balik kg lepas asar ari ahad...tp berkat hasutan dan godaan aku, diorang tinggal satu ari lagi kat nilai...ptg tuh kitorang gi bazaar kat kuarters KLIA

ini budak dia pakai tudung kat dalam umah jer..keluar jer terus free hair


maklang gigih control cun depan kamera sedangkan anak buahnya tgh asik tgk kartun

biasa ler batrisyia nyer peace...satu jari pun boleh..

Friday, August 20, 2010

Metrojaya Sales @ PICC

Ari jumaat lepas aku ngan hb gi PICC bg memeriahkan dan meramaikan manusia kat PICC sempena pesta jualan metrojaya...potongan sehingga 80%...

banner menunjukkan ada sales


punya lar ramai org berpusu2


hb yg hepi memborong baju anak dan bantal peluk...


aku susun elok dah baju tu sebab nak amik gambar...bila aku nak snap jer dikirai nyer baju tuh..dan ini ler hasilnya...sgt bertuah ini budak kecik...kecik jer aku tgk dia nih


dah try baju nih haruslar show off kat bapaknya...
batrisyia: 'tik tak'
abah: tik nyer anak abah...
tanda harga pun tak buang lagi...

nak pegi tempat cenggini...sediakan duit dan kuatkan kekuda utk meneyelongkar kain baju dgn pantas..lambat jer mmg kena rembat ngan org lain...bawak 10 ribu pun rasa boleh abis kat sini....

Thursday, August 19, 2010

keje sangat banyak...

Disebabkan oleh perkara diatas, aku tak dapat nak update blog sangat...Keje perlu diutamakan..mengarut di blog perlu di kemudiankan...Smalam member bagitau yg result KPSL dah kuar....So aku pun terjah laman web JPA dan hasilnya...Aku lulus paper pertama ngan ke 2..Paper law kantoi...heheh...tapi takper la..yg penting berbaloi aku berabis beli spec mato dan buku rujukan...Alhamdulillah...

Monday, August 16, 2010

Kesihatan dah semakin pulih..Alhamdulillah syukur...

Ubat klinik dah abis aku makan tapi aku tetap batuk yg tak agak2 nyer batuk...boleh mengganggu ketenteraman awam...heheh...hb aku usaha lar cari ubat batuk yg kuat sket dari ubat batuk biasa...Alhamdulillah baru 2 sudu aku makan sejak berbuka smalam, batuk semakin reda dgn izin Nya...

Baru lar selesa sket nak keje wpun tak baik sepenuhnya...Batrisyia pun dah beransur sihat sket...Alhamdulillah...

Weekend aritu kitorang berbuka puasa kat umah mausi di pertaling jaya bersama family hb skali...sungguh meriah sebab dah 3 ari kitorang asik dok berbuka suami isteri jer...Mausi masak nasi minyak, ayam masak merah, kurma daging dan dalca...Sedap tul...

Lepas berbuka kitorang balik semula kenilai...Ari ahad aku tak kemana2...dok kat umah jer..pose kan kena lar jimat tenaga..heh..Aku tak brapa suka sangat nak merayau2 disiang hari bula pose nih..member2 yg rapat ngan aku tau lar...kalo nak ajak aku shopping tunggu lepas berbuka kang...

kalo tak ko tengok lar muka seposen aku nih yg macamkan tak makan seminggu...Seingat aku dari aku kecik lagi kalo time pose macam ni lar keadaan aku...aku lebih rela pegi keje dok diam2 dalam opis dari gi shopping raya...Ingat masa bujang2 dulu, housemate aku nih mmg suka lar gi shopping kat Jalan TAR kat KL nu...masa tu aku dok kat segambut...Kalo ikut diorang ,macam nak tercabut kaki aku nih..nak mencari tudung sehelai sampai 20 kedai masuk...belek2 macam nak beli, atlast tak jadi gi kedai sebelah..Aku nih jadi tukang ucap time kasih...hampas kapas tul.....last skali dia leh cakap 'tak de yg sesuai lar, jom pegi sogo lak'...adoi...mental aku dapat member macam nih...

jenis aku nih aku tak suka sgt survey barang lama2...aku kalo nak membeli, duit kena ready dan dah tau apa yg nak dibeli...sbg contoh, nak beli tudung kaler biru, aku akan cari tudung tuh sampai dapat sambil belek2 harga dan jenis fabrik..jumpa jer terus amik...yg member aku nih kalo dah jumpa yg dia nak, cari gak tu kat tempat lain...dah sampai ujung2 tu kang, dia ajak patah balik sebab nak beli yg tadi tuh...tak ke hangin ngko...apa salahnya ko dah jumpa terus belikan takder lar nak terpatah2 kaki aku nih jalan...diorang pun dah faham dah aku kalo diorang nak gi jalan2 jauh merata mmg tak ajak aku...heh...aku pun tanak ikut...serik...

Pagi nih pegi opis cam biasa jer, takder apa yg lain pun cuma ubat batuk kuat yg hb aku beli tu wat aku mamai...ni pun rasa cam nak terlena lagi nih...keje aku kat opis skang memang melambak2 tak leh nak kata...puncanya aku marathon 3 hari wat fail bermasalah sampai terabai fail2 yg kononnya senang...adoyai...mintak2 lar leh siap sumer seblom raya...jap gi ada lak yg tak dapat cuti raya...

Thursday, August 12, 2010

Kalo bukan rezeki....

Petang smalam sepeti yg telah dirancang tepat kul 4.30pm aku terus meronda bazaar ramadhan kat bawah opis aku nih..Sesaper yg dok putrajaya tau lar kawasan presint 2 ni ada bazaar ramdhan yg agak besar jugak lar...

Cam tahun2 lepas gak org yg berniaga adalah org yg sama...cuma adalar beberapa muka baru...Cam biasa lar sesi berkenalan dgn gerai2...mula2 nak pegi tuh mmg tak ramai org lagi..masuk jer row ke 2 bila patah balik..uish bersusun manusia, tak kira umur dan bangsa....sumer sibuk memilih juadah berbuka...Semua nya nampak menyelerakan tp aku tetap berpegang teguh pada tip2 yg telah dirancang...beli sekadar perlu sahaja...

1st skali aku beli ayam goreng berempah nasik kukus...aku beli ayam jer dan kuah kurma...nasik lebih sahur tadi ada lagi...jalan2 lagi aku beli baby cakoi dan pau kacang..then paru goreng

pastu aku jalan2 lagi dan beli kuih akok (peberet hb)...last skali aku beli serunding...nampak cam senang jer aku membeli kan tp mengambil masa slama 40 minit...sebab bazaar sgt besar, org sgt ramai, peniaga amatlah 'bersopan santun'...oi...cik abang...ko nak berniaga ker tanak nih..kalo dah bungkus seketul murtabak terkial2, tercolek2...sensorang jer plak tuh...org dah ramai bratur nih..lambat sgt aku blah.....diantara kedai yg menjadi tumpuan aku adalah kedai yg servisnya cepat...

Bila kira2 balik lauk sahaja dgn kuih RM 10.00 campur ngan serunding daging RM 8.00...
kira ok lar...

Lupa nak citer tghr smalam taska batrisyia call bgtau yg dia muntah2...Actually dah 2 ari dia muntah2 kat umah...ntah brapa kali gak lar aku tukar cadar...abis belambak segala apa yg dia makan...bila taska dah call aku pun bg tau hb...hb ajak balik tp aku nyer opis nih kalo nak half day takleh lebih 3 jam..kalo lebih nak kena amik 1 ari cuti..So hb jer balik amik anak sensorang antar klinik..amik darah segala...doc bg ubat...dan petangnya hb amik aku lambat sket coz dia menyinggah kerumah sepupu dia...

Lambat gak aku sampai rumah dlm kul 6.45pm...kelam kabut aku solat segala...petik suis nasik, mandi, kemas ala kadar, rest....

nak dekat berbuka tuh aku pun dgn bangganya amik senduk nak senduk nasik nih skali aku tgk apsal nasik nih lembik semcam jer..melekit2...la...nasi basi rupanya...slama nih aku ada gak masak nasik periuk nih lebih 24 jan elok jer lagi...dah takder rezeki kan...sibbaik lar ada baby cakoi, so berbuka dgn itu jer lar aku pada hari pertama berpuasa....heh..sendiri punya silap..tak check btol2...lepas solat, aku masak nasik ...dlm kul 9pm baru dapat makan nasik tp dah tak sesedap kalo makan senja tadi...

citer pasal ari pertama puasa nih teringat masa berbuka kat Uitm segamat suatu masa dulu...geng berbuka aku ialah yan, ct, adot n dillot...slalunya kitorang amik nasik kat dining (berlagak eh  tak amik lauk kat dining sebab lauk tak sedap), lauk beli sendiri..tp sebab ari pertama..sabtu lak tuh, kitorang kirim kat member suh beli nasik ayam kat pasar malam segamat...yg sadisnyer member tuh kul 9.00 pm baru balik dari outing...bygkan lar kat hostel mana ada dapur ker apa ker utk mengalas perut...confident sgt kan..sejak tu aku kalo berbuka kirim2 nih aku nak kena pastikan ada benda yg boleh dimakan incase makanan tu tak sampai ontime...

Lagi satu time nak berbuka, kolej kami nih dekat ngan surau..jadi bleh dgr org azan dgn jelas skali...slalunya akan dengar alunan suara org mengaji ayat2 suci AlQuran dari kul 6.00 sampai lar nak dekat waktu berbuka...bila nak dekat waktu tuh, kedengaran lar, bunyi org betul2 kan mikrofon (masa nih mungkin tukang azan minum seteguk air..dia berbuka dulu)...yg kitorang nih dah siap basuh tangan dah....dah siap gaul nasi ngan kicap...dan ada yg siap dah ada nasi sesuap kat tangan...skali tu, keluar balik bunyi org mengaji...yg kitorang nih pulun lar gelak sampai nak terputus urat kentut...heheh...sibbaik takder yg terlatah dan tersuap nasik kemulut...Aduyai.....bila azan yg betul2 berkumandang kitorang tak abis gelak lagi...

bestnya zaman blajar dulu.....kan yan kan

uitm di hatiku

my bestfriend fuziyan

                                              warga wing gemilang kolej nilam Dis 1999- Jun 2002

Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama puasa...

Orang tua2 negeri 9 cakap 'poso tuo'...means 1st day puasa dimana badan kiter baru nak sesuaikan diri dgn suasana baru iaitu tidak makan dan minum...Slalunya 1st day nih badan kiter akan rasa lemah sebab dah 11 bulan 'dimanjakan'...Mula lar rasa cam terlupa nak buat itu ini, mata jadi kuyu, lesu..jgn ada yg terlupa makan nasik tghr nanti jer sudah..

Pagi nih bgn sahur kul 5.15am...Actually aku dah kunci jam kul 4.30am...4.30 ok , dah lar malam tadi jenuh blender bwg segala, basuh kain, masak utk sahur...aku masak ayam masak merah...1 lauk jer cukup...aku ngan hb jer kan...hb pun tak kisah yg penting ada makanan...

pagi tadi aku bersahur dgn nasi, lauk, kurma dan air kosong...yg aku risaukan adalah tahap kesihatan ku kini...So far, Alhamdulillah...batuk pun dah kurang...selsema sket lagi...sok sek sok sek...kesian aku sampai nak kena pakai face mask masa wat keje...Almaklumlah aku nih handle fail tahun 80an 90an..berabuk...

Berbuka nanti tak tau lar nak masak ker atau beli jer...Depan opis aku nih ada baazar ramadhan yg agak besar jugak lar..petang nanti InsyaAllah aku akan bertapa kat bawah tu...Hari pertama nih hari berkenalan dgn lauk pauk dahulu...dan hafal belah kiri jual apa belah kanan jual apa...Esok2 dah tau mana nak beli dan apa yg nak di beli...takder lar amik masa lama setiap kali turun ke baazar...dah lar nak kena amik anak seblom kul 6ptg sebab pengasuh dia nak gak gi baazar ramadhan @ masak utk berbuka...

Tip2 nak membeli juadah berbuka
1. Beli lauk jer sebab nasik masak kat rumah tapi kalo dok bujang sengsorang elok lar beli macam nasi ayam, nasi tomato..

2. Judge lauk berdasarkan rupa sebab takleh nak rasa kan...Kekadang bila kiter tgk rupa nya cantik mungkin sedap, tp kalo dah kuah tu nampak cam cair, pastu kaler pun tak menyelerakan, pasti tak sedap...heheh

3. Beli 2 jenis lauk sahaja dalam kuantiti yg sedikit...kalo macam aku nih berbuka 3 beranak jer kalo nak amik ayam grg just amil seketul jer...utk keselamatan incase lauk tak sedap...

4.kalo boleh ingat kat kedai mana kiter beli...so that esok2 kalo nak promote ker atau nak beli lagi ker, takder la tersalah kedai...promote nih ada 2 jenis negatif@ positif...lets say aku beli lauk ayam kat gerai A...tak sedap then kalo ada member nak beli kat kedai tuh aku akan bg pendapat yg ayam kat kedai tuh tak sedap...tak pun kalo aku beli ikan bakar kat kedai B sedap, aku akan promote kat member yg tgh plan nak berbuka dgn ikan bakar...

5.Bergosip ngan kekawan yg dah beli juadah berbuka di baazar bg mengenalpasti makanan mana yg lebih murah dan sedap...

6. Kalo nak beli kuih muih hadkan kepada jumlah yg kecil sahaja..mcm aku nih cukup beli 3 ketul agar2 cendol dan murtabak sekeping...dah cukup...Sebabnya, jap gi bila berbuka mesti tak larat nak makan punya...masa puasa nih mmg sumer kita nampak menyelerakan...selipar jepun tuh kalo celup dalam tepung pastu goreng, mesti ada org belinyer...heheh...

7. Katalah dah beli lauk ikan, ayam, sayur, pastu air sirap bandung, laici, agar2, murtabak ,kuih tako...hah..tak ke membazir tuh..so utk elak pembaziran, beli sekadar perlu,

8. untuk bersahur pula eloklah kiter masak sendiri...sebabnya lepas tarawikh kan ada masa lagi..masak nasik sket pastu masak lauk sket dah cukup...

Itu jer kot tip2 yg aku rasa boleh dijadikan panduan dan pedoman...Slamat berpuasa dan slamat beramal..

Tuesday, August 10, 2010

Random....

Selama 4 ari tak update blog nih...macam2 jadi kat aku..
Ari jumaat tuh gi keje cam biasa
Mlm nya baru perasan macam ada bintik2 merah kat pipi belah kanan dan lengan kanan...
Ari sabtu mak ngan adik datang utk shopping barang kawen
then prasan bintik2 kat batrisyia makin byk dan hb bwk gi klinik..Dok ckp mungkin kena kuman...eh boleh lak mungkin2...
Nak kena pantangkan dia makan..tak leh makan yg gatal2 mcm telur , udang, sotong sumer..
sepanjang hari tuh gi nilai 3 beli langsir dan cadar...Aku kan alergik habuk...boleh tak teringat nak tutup mulut dan hidung...Dan akibatnya aku sakit tekak malam tuh..
Malamnya, aku tido kul 2 pagi mrathon wat souvenir ngan deqla...
Sakit paler plak menyerang sebab tak cukup tido...Natijahnya kengkap penderitaan dgn anak demam, aku pun demam dan sibbaik hb sihat walafiat..

Pagi isnin tuh mmg dah siap dah nak gi keje...plan arini hb cuti jaga anak, kalo esok masih tak sihat lagi aku plak jaga...tp disebabkan aku pun tak sihat, aku decide utk mc jer...kul 8pg gi klinik, doktor takder lagi..

balik umah rest dulu, kul 10 pegi lagi...nak dijadikan sebab, tetiba lak ada road block kat jalan nak ke desa cempaka...Hb lak tak pakai seatbelt...mmm..memang kena lar..sian hb...sabar yer bang..

Dah amik ubat segala, balik umah makan sket, then makan ubat tido balik...yg bestnya mlm tadi hb masak mee goreng...termasin sket sebab hb dah lama tak masak..ha...apa maknanya tu..nampak sgt isteri dah pandai masak dan rajin masak sampaikan hb lupa cara nak masak sendiri...heh...

Arini Alhamdulillah dah lega sket tapi batuk teruk lar..selsema sket...tak brani nak makan sumer ubat sebab takut mengantuk...ini pun aku mengong2 jer nih eggect ubat mlm tadi..Dapat lar wat keje sket2....

Esok puasa....So slamat berpuasa kepada umat islam diseluruh dunia...Semoga ramadhan ini memberi sejuta rahmat kepada kiter semua...

kuey teow kungfu yg disajikan kepada anakku seblom tau yg dia kena gatal2 tuh


shopping disini dan terjumpa kawan lama kak ani dan cik su....tapi tak dapat nak borak lama sebab masa tuh batrisyia 'yak ucuk'


batrisyia n mama...masa nih dia asik meragam jer...tak sihat kan...asik nak melekap kat aku jer





mak aku nih dah macam dia lak yg jual langsir tuh...siap tolong kalih segala...
aku dok kat tepi jer...tu pun kena abuk gak..


sampai tercungap2 bangla nih melayan kerenah mak aku yg nakkan langsir paling bawah skali...jenuh memikul...customer alwiz right kan...


bergambar kenangan dgn tokeh kedai...saper2 nak beli langsir sila lar ke kedai uncle botak nih...


uwan ngan maklang nak balik dah

Friday, August 6, 2010

Apa yang tak kena...

bila tengok kete nih nampak cam biasa jer kan..takder apa yg tak kena..kete comel yg dipandu oleh seorang pak aji...agaknya lah sebab tgk dari cara dia berpakaian...


Ni pandangan dari jauh...kete aku sedang berada di lorong paling kiri skali..tapi kete comel nih terlebih ke kiri...

nampak tuh...kete ini dipandu diatas lorong motosikal...heh..ada jugak org yg macam nih yer...membahayakan diri sendiri dan orang lain...tau lar kete comel...peraturan nak kena ikut gak...


Monday, August 2, 2010

Ramadhan menjelma lagi...

Dalam 9 hari lagi kiter semua umat Islam InsyaAllah akan menjalani ibadah puasa...Ramadhan kali ini dah masuk yg ke 4 aku berpuasa sbg isteri..heheh..dan seperti biasa lar aku akan masak untuk bersahur dan berbuka..tapi bukan lar setiap hari...Skali skala hb akan bawak jugak berbuka diluar atau beli di baazar ramadhan...tapi aku lebih suka beli kat luar dan makan kt rumah...senang sket..nak solat pun mudah..kalo berbuka kat luar nih..Adoyai...
Ni aku ada sedikit info utk di kongsi bersama berkenaan fadhilat bulan Ramadhan..Sama2 lar kiter menghayati dan mengamalkan...InsyaAllah beroleh rahmat dari Nya...

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Sunday, August 1, 2010

Biskut raya untuk hari raya....

Ni first time aku nak berniaga biskut raya nih..Aku just tolong promote bagi jiran aku....satu balang mengandungi 50pcs dan berharga RM25.00 sahaja.....










actually biskut nih macam tart nenas gulung tu tp kaler purple dan berinti blueberry...







* kakak nih bagi sample kat aku dalam keadaan setiap jenis kuih diletak dalam satu bekas dan menyebabkan tart blueberry tu hancur...So sila abaikan kaler purple yg kelihatan pada setiap biskut nih...

kalo nak order sila emailkan maklumat di bawah ke srksya_777@yahoo.com atau sms ke 0133798389

nama:
no telefon:
nama kuih dan bil kuih (1 balang 50 pcs)
opis mana @ tinggal mana:


order hanya untuk mereka2 yg boleh amik sendiri biskut ni dari aku di opis aku  bhg pinjaman perumahan presint 2 dan di kawasan kejiranan aku di bandar baru nilai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...