My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Friday, January 15, 2010

Doa untuk suami...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

14 Jan- N9 cuti


N9 cuti pada 14 Jan sebab Keputeraan Yang dipertuan Besar N9.. taska batrisyia tutup, so kena lar aku cuti skali..Tup2 hb pun cuti skali..Ahaks..

Takder gi mana2 pun..Duk kat umah jer..kemas dan masak (cam suri rumah sepenuh masa lak)

Pg tu aku wat breakfast roti telur ngan sosej jer..Leka sgt sidai baju punya pasal..Batrisyia dah usung tin biskut merata2..Lapo ler tu..tak tau lar kat taska time (kul 8.30am) mcm ni dah bg makan kot...


Aku dah larang dia amik roti tu sebab panas lagi...ada dia kisah larangan aku dan...




Ini lar akibatnya..panas ler tu..'i told u already..hot kan' (aku pun mula speaking ngan dia..Ahaks)

Aku masak kurma ayam dan sambal sodap utk lunch tghr smalam..1st time masak kurma..ok lar..batrisyia pun suka..Dan ptgnya hb ajak gi joging sekitar taman tp aku malas nak dress up menutup aurat so aku workout dgn batrisyia jer la..Guna game PS2..Seronok gak..tp yg lecehnya nak pasang tu..


Sila abaikan pinggan mangkuk yg pelbagai rupa paras tu...yg belah atas tu lebihan sup mlm td, sambal sodap, nasik dan ayam kurma


Model penari yg terlampau..Sampai terlondeh baju nyer...aku workout dia pun sibuk skali nak..Sibbaik hb beli 2 set..aku melompat dia pun ikut melompat..Ahaks

Wednesday, January 13, 2010

Six years already...


Tarikh hari ini 13 Jan adalah hari bersejarah..Pada thn 2004, aku mula bekerja di tempat keje aku skang..Sedar tak sedar dah 6 thn kat sini..Rasa mcm baru semalam melangkahkan kaki ke Kuala Lumpur..

Selepas tamat Diploma di Uitm Segamat, aku keje kilang 10 bulan (aku tak memilih keje) asal rezekinya halal aku blasah jer...Bila member baik aku kawen, dah takder geng lagi nak keje kilang,aku pun resign..Sibbaik ada daftar SPA, aku ditawarkan keje di Imigresen PK..

Nak dijadikan cerita aku ditolak kesana kemari dgn alasan tiada kekosongan bagi jawatan aku disitu, sibbaik lar pak sedara aku keje bawak teksi kat KL ni..Mak abah lak dah balik kg selepas antar aku ke putrajaya..Lepas imigresen PK tolak aku, aku di arah pergi ke Imigresen SA, then tiada tempat gak..Adalar dalam 5 org budak baru yg senasib dgn aku, kitorang dipanggil blk semula ke putrajaya utk penempatan semula..Disebabkan kesilapan tersebut, pegawai bertugas bg offer kat kitorang pilih mana sajer jabatan kitorang nak pegi, kecuali blk kg memasing..(macam tau2 jer..Aku baru jer nak mintak kat kuala pilah..leh duduk kat celah ketiak mak..hahaha)..Aku ada kakak yg keje kat KL, so aku mintak lar penempatan kat Area KL..Sibbaik ada lagi...Aku call pak sedara suh amik..sambil nak tunggu pak cik dtg tu, aku menangis semau2 nya..aku kenangkan apalah nasibku.....mak jauh kat kg..kwn2 lak takder..Tp aku pasrah..


Keje kat sini takder lar best sgt tp aku cuba buat cam best jer..Aku gembirakan ati aku..blajar benda2 yg baru..Lama2 kiter suka lar dgn keje kiter tu..


Kat sini gak lar aku jumpa chenta hati ku..ahaks..



kalo difikirkan balik, setiap apa dugaan yg menimpa kiter pasti ada hikmah disebaliknya cuma kiter yg tak tau...Allah maha mengetahui..

So kepada kengkawan yg sama masuk dgn aku dulu kalo tak silap 10 org


Aku ngan niza jer yg tinggal..yg lain sumer dah pindah

Haniza,kak jue,ira kedah, ira perak, ita, suriani, kak sari dan lagi tak ingat lak namanya...

Aku ucapkan selamat bekerja...Berkhidmat untuk negara...

Tuesday, January 12, 2010

Hepi besday abah..


Hari ni 12 jan, ulang tahun kelahiran my father yg ker..mmmm..(dia lahir tahun 1952 skang dah thn 2010)...yg ke 58...Kalo abah aku keje kerajaan dah bersara wajib dah ni...

tp abah keje kg jer..meniaga, berkebun dan lepak2...


Abah aku adalah chinese muslim..memeluk agama islam sebelum kenal dgn mak lagi..mak dan abah ni kawen sebab family yg aturkan..Alhamdulillah diorang serasi hinggalah ke hari ini....nama asal dia Chow kue..Bila masuk islam dia tukar nama jadi Rusli..(sebab dia suka bruce lee).Kalo sesaper yg tak kenal dia, mesti ingat abah aku garang tp sebenarnya sgt baik..dia tak pernah naik tgn kalo marah macamana pun..


Ingat lagi masa kecik2 dulu,

kalo dia jumpa rambut, dia akan letak atas simen kat dapur lepas tu jirus ngan air..Dia takut kitorang termakan rambut.

kalo tgk tv tetiba ada aksi dlm tv tu ,melibatkan kaca terbang atau benda2 yg bahaya dia akan suh kitorang tutup mata..ahaks

Kalo lepas mandi (mandi perigi), dia kan tangkap kitorang dan lapkan kepala kitorang dgn kain tuala yg dia sangkutkan kat bahu(tau2 jer la budak2 kalo mandi bukan nak lap kepala)

kalo dia sakit, cukup susah nak pegi hospital sebab takut kena cucuk (aku ikut bakat abah kot)


Skang abah dah tak meniaga lagi coz kitorang sumer pun dah bukan bawah tanggungan dia lagi..
So.Abah hepi besday to you..Semoga abah panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan,ceria selalu dan bahagia disamping mak..Angah sayang abah...mmmuuuaahhh


*Malam sket baru nak call wish epy besday

Monday, January 11, 2010

Masak masak di hari ahad

Pg ahad tu, mak sedara hb ada lagi kat umah..diorang ni kira macam mentua aku gak lar (parent hb dah meninggal)..so sbg menantu mesti lar nak tunjuk skill memasak sket..dah lar smalam makan ns bungkus jer(nasi lemak ayam dara)..so aku masak lar bihun singapore..Agak expert gak masak bihun nih sebab dah cuba byk kali..
Sibbaik menjadi...
then tghr nya..dok pikir nak masak apa nih..kalo boleh tanak lar makan kt luar..dah berazam kan..so aku pun try lar masak mee bandung muar..(hb suka sgt makan mee bandung)dan hasilnya..jeng jeng jeng


Dan ini lar resepinya..Kalo korang nak try boleh lar

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) aku guna daging ayam
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir (hb kata manis sker,,so lepas ni kena guna 1/2 cawan jer)
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:


1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)


1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.


Bila dah nak siap tu seperti biasa lar pendapat pakar diperlukan..hb suh letak tepung jagung 1/2 sudu makan (bancuh dlm air) untuk bg kuah tu pekat..Alhamdulillah menjadi dan sgt sodap..Cubalah kalo rajin..





Pada sebelah malamnya sambil melayan Anugerah juara lagu..Aku masak lak roti gulung cheese sosej..



Bahan2nya

  1. Roti 5 keping
  2. sosej 5 ketul (rebus dlm air mendidih sebentar dan toskan)
  3. cheese 5 keping
  4. telur 2 biji (pukul dgn sedikit garam)
  5. pencungkil gigi
  6. minyak utk menggoreng

Cara2nya:

  1. Ambil sekeping roti, letakkan cheese,sosej..gulungkan
  2. sematkan pencungkil gigi di hujung roti (bg mengelakkan roti terbukak)
  3. celupkan roti dlm telur dan goreng hingga kuning keemasan
  4. sedia untuk dihidangkan

Slamat menjamu selera..

Aktiviti Ari sabtu 9 jan

Welcome back to work...

weekend aritu asalnya tak plan gi mana2..mak kt kg dok call suh balik kg makan durian..hb lak byk keje nak wat ari sabtu..yg aku lak byk keje kt umah nak dibuat..Aduhai bondaku..sungguh bz anakanda nih...uhuk..Pg tu bgn tgk anak sedara hb tetiba muncul dari dlm bilik adik iparku (rupa2nya dia ikut mama dia blk mlm td..Almaklumlah aku tido mati)

Pg tuh wat breakfast megi grg..2 versi
versi org tua dan versi kanak2 khas utk batrisyia

Ni yg pedas utk kitorang

Ni yg tak pedas utk kanak2 ribena

Then lepas berhempas pulas mengemas, membasuh dan menyidai kain, bonda call lagi utk kalo ke 3..Atlast hb ajak blk kg..Kejut fariez dan suh aku siap..Sepantas kilat la aku bersiap2 (dgn hati yg berbunga2)..sebab blk sekejap jer, just pack baju batrisyia sket n susu dan pampers dia..

Blk kg perjalanan tak lama mana pun..sampai kt sban fariez lapo lak..nampak sgt aku masak tak mengenyangkan..megi jer..ahaks

kitorang singgahlar kat A&W..


Takut sgt dia ngan bear tuh


Then bertolak pulang ke kg..kg macam lar jauh sgt..kuala pilah jer..sampai jer terus dijamu ngan durian...mmg dah simpan khas utk kitorang...dapat lak kitorang nih mmg hantu durian..hb lak pantang...
pantang tengok..mesti belasah nyer..

Durian yg bakal dikendurikan..ni 4 biji yg pertama disusuli oleh 3 biji kemudiannya dan kitorang pun surrender...


Isinya montel2 belaka..

hb makan dgn kusyuknya..

habis madu sepah dibuang..last skali jgn lupa minum air dlm ruang durian...(kata org tua2 bg mengelakkan panas dlm badan)..

pastu tlg mak masak lunch..menunya
ikan goreng dan masak lemak pucuk ubi...nyum2..mak kalo masak apa pun mesti best hatta telur dadar skali pun...lain mcm tul rasanya..itular mak kan..tau jer apa kesukaan kiter..

Lepas lunch siap2 lar nak blk nilai blk..on the way blk tuh singgah lar kat Ulu bendul..sebab dah janji ngan aiman..aiman ngan fariez jer mandi..yg kitorang nih dok melantak burger kt tepi kolam tuh..



Bergambar kenangan di Ulu bendul..dah cantik dah tempat ni..

Aiman dan batrisyia
Mlmnyer pulak..mak sedara hb dtg bersama sepupu sepapat..kemain ramai lagi..Asalnya diorang gi nilai 3 then singgah lar umah kitorang skali..meriah sungguh umah ku..dan batrisyia lak jadi tak tentu hala lar bila dah ramai2 tuh..

Friday, January 8, 2010

Salam Hari jumaat- penghulu segala hari..

Hari ni agak bz skit pada belah pgnya..sebab merancang menu makanan untuk seminggu..
Agak pening kepala sebab nak sesuaikan menu makanan sekali dgn makanan batrisyia..tanak masak terlalu byk sehingga memungkinkan pembaziran berlaku..Membazi tu kan amalan syaitan..Bersesuaian lak dgn moto keluarga ku..

Jimat, Berkat dan Bahagia

Ingat PDRM jer ada moto..huhuhu..aku pun ada gak..So, next week ari khamis nak kena amik cuti coz Yang dipertuan Besar N9 nyer besday..Apa kena mengenanya dgn aku..???ada..disebabkan aku kerja dlm wilayah persekutuan putrajaya manakala taska anakku pula dlm jajahan N9..So kalo kjaan N9 cuti, taska batrisyia pun cuti..Nak kena apply cuti nih..Ari isnin la..ari ni tak sempat lak...

tahukah anda apa sejarah yg pernah terjadi di hari jumaat...

"Didalam sebuah riwayat dari Abu Lubaabah menyatakan bahawa terdapat lima perkara yang disebutkan:
a. Allah telah mencipta Adam as.
b. Nabi Adam diturunkan ke bumi
c.Nabi Adam meninggal dunia
d. Hari dimana Allah akan mengkabulkan permintaan hambanya
e. Hari bermulanya kiamat.

manakala amalan-amalan yang biasa dibuat pada malam jumaat adalah

1. Pergi bersolat Jumaat.
Dimulakan dengan membersihkan diri, datang awal ke masjid, mendengar khutbah dsb. Ibn Umar ra dan Abu Hurairah ra mendengar khutbah Nabi di mimbar dimana beliau mengatakan sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat, Allah akan sitarkan hati-hati mereka (hadith Muslim).

2. Membaca surah al-Kahfi.
Diriwayatkan dari Abu Sa'ed al-Khudri bahawa nabi bersabda :- "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya diantara dua Jumaat" [hadith riwayat al-Hakim. hadith ini dikelaskan sebagai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Targhib.

3. Memperbanyakkan berdo'a.
Di riwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah S.A.W menyebut bahawa pada hari Juma'at :- "Hari (ketika) tidak berdiri seorang hamba yang muslim untuk besolat dan memohon kepada Allah apa-apa jua, melainkan Allah akan memberinya - baginda mengisyaratkan dengan tangannya bagi menunjukkan pendek masa tersebut" [hadith riwayat al-Bukhari & Muslim ]

Secara umumnya, hari Jumaat merupakan hari umat Islam digalakkan memperbanyakkan zikir dan do'a. Malahan sehinggakan puasa khusus pada hari Jumaat di makruhkan kerana menurut ulama' agar manusia tidak letih pada hari tersebut, seperti juga orang yang berwukuf di padang 'Arafah.
Cuma selain dari amalan2 yang dinyatakan diatas, umat Islam bebas membaca mana-mana surah yang lain tanpa mengkhususkan bacaan tersebut khas bagi malam Jumaat sahaja. Sabda nabi
"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk berqiam dari malam2 lain, dan jangan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari2 lain, melainkan telah menjadikan puasa kebiasaan dikalangan kamu" [hadith Riwayat Muslim;]
Wallahhualam

Thursday, January 7, 2010

My resepi.com

Diantara laman web yg aku mesti layari setiap ari adalah http://www.myresipi.com/

kalo u all suka masak, leh lar layari laman nih..memang best coz kebanyakan ahli berdaftar akan publish resepi dgn gambar..dan org lain akan cuba resepi tu..ada yg antar laporan bergambar dan ada juga yg antar komen..mostly resepi yg aku cuba menjadi...bila dah masak, amik gambar dan makan..nanti leh antar laporan masakan kpd empunya resepi..

aku ni bukan lar tak pandai masak tp masak benda yg simple2 jer..paling aku expert masak lemak cili padi (org N9 kan), yg lain tu goreng2 jer la ataupun masak sambal..boring gak kdg2 asik masak benda yg sama jer..hb lak jenis suka makan macam2...so demi menambat ati suami ku yg terchenta, aku cuba lar perbaiki diri..Actually hb aku pandai masak, sebab dia pernah keje kat hotel, arwah mak mentua pun mmg terror masak tapi takder rezeki nak blajar ngan dia...

Ni diantara pizza yg hb buat
Hb ku tgh membuat doh pizza

Acara men'topping' pizza

seblom ni kalo nak masak yg susah2 aku akan sediakan bahan2 nya dan hb akan masakkan...tp aku fikir sampai bila aku nak pandai masak kalo terus terusan begini...so aku mula blajar masak sendiri...lepas makan hb akan bgtau lar apa nak kena perbaiki lagi...tp kalo sedap pada dia..huhuhu..puji bukan main lagi...Siap suh wat siaran ulangan..dan semakin mengembang lar idung ku selepas tu...

Diantara resepi yg aku dah cuba adalah

nasi lemak sepagi (ns keras sket)
chapati (ok lar)
bihun singapore (best giler)
udang goreng tepung (mcm kat bagan lalang)
kuey teow kungfu (pun mcm mkn kt kedai)
nasi tomato (ns lembik)
ayam masak merah (besttt)
ayam black pepper (best gak)
lempeng kelapa (my baby suka)
sandwich scrambled egg (siap bwk bekal lagi)
ikan bakar kelapa (hb suka)
ikan bakar berlada (tak jadi sgt)
spageti udang (sedap gak)

Diantara gambar yg aku sempat snap

Maggie seafood telur mata (resepi sendiri)


Nasi tomato

Bihun Spore

Kuey teow sup (resepi sendiri)


nasi lemak sepagi


Udang goreng tepung


Ikan Bakar kelapa


Lempeng ngan sambal udang

dan aku dah ada koleksi resepi sendiri yg di copy paste dari laman tu utk dicuba oleh aku...

lagipun azam thn ni kan nak masak ari2...

masak sendiri vs makan kat kedai

masak sendiri

  • Jimat kos
  • bersih
  • kiter tau apa bahannya

  • boleh elak ajinomoto
  • hb dan anak semakin syg (penangan air tangan)

tapi...

  • Masa terhad (hari keje sampai umah kul 6.00..bilanya nak masak dan bilanya nak makan..dah tu no food after7.00pm..ahaks)..kalo ari cuti boleh lar
  • makan banyak (dah masak penat2 mesti selera makan pun membuak2..alamatnya...huhuhu)

makan kat kedai

  • jimat masa(order jer, dlm 10 minit dah siap terhidang)

  • boleh order macam2 esp kedai mamak..sumernya ader..roti naan,naan cheese,roti telur,roti telur tampal ada,nasi lemak ada, ikan bakar ada, aiskrim goreng ada,apa lagi nak..sebut jer

tapi....

  • duit nak kena standby dapat lak makan kt fast food...huhuhuh..skali makan mcm sama ngan blanja utk seminggu
  • diragui tahap kebersihannya (seblom makan kena pandang persekitaran dulu, kalo ada tikus melintas..mmm...tertutup selera)

  • nak kena pesan mcm2 masa order, tanak aji,tanak pedas,kurang gula,kurang mcm2 lagi lar..dlm ati budak tukang order tu mesti dia ckp "eleh..kalo cerewet sgt masak lar sendiri".
  • anak ngan hb syg ngan mamak @ tipah janda ujung kg nu yg bukak kedai nasi lemak power tuh...huhuhu (mintak2 dijauhkan)

So kesimpulannya..ari keje makan kt kedai @ makan simple jer (buah @ roti) manakala ari minggu makan kat umah...sebulan skali makan best@ mahal sket...tak gitu bang..jgn lupa blanja sy kat bagan lalang lagi..





Wednesday, January 6, 2010

Barney and friends...






Perkembangan terbaru batrisyia skang...

Dia suka sgt ngan kartun Barney n Friends..Esp masa lagu dia..mau melompat2 sambil menari2 tersengih2 tgk barney...cikgu taska dia pun kata dia suka barney..selain tu dia suka gak upin ngan ipin..sikembar comel tuh

Then dia dah boleh ckp 'abah' bila kiter tunjuk saper nih? sambil tuding jari tunjuk abahnyer...

dan....dia akan ckp 'abah' jugak wpun kiter tuding tgn pada mamak yg tgh amik order makanan...huhuhu..

Dia susah nak tiru apa yg kita cakap...membebel jer keje nya..
Lagi satu bakatnya bab mengira (english)


mak: one
baby: tu
mak:three
baby: por
mak: five
baby:sit
mak:seven
baby:ait...
mak:nine
baby:tak ckp apa terus jer tepuk tgn...

dan aku akan cakap pandai....anak mak


kalo dlm BM

mak:sa....tu...
baby: du....we
mak:ti...ga...
baby: a..pat
mak: li...ma
baby: enam(dia sebut perlahan jer..tak tau naper)
mak:tu...juh..
baby:pa....(mak akan sebut balik lapan, tp dia tetap sebut pa....)
mak: sem...bilan
baby:dia tepuk tgn gak..mungkin susah nak sebut seploh kot..

Aktiviti diatas tidak berlaku setiap kali dia tgh tgk tv, tgh main patung barney atau tgh tgk kucing, feedback yg jelas akan didapati bila dia dok dalam kete atau tgh berdukung..ni mungkin effect dari aku yg slalu sgt mengira utk dia...sesajer jer sebab aku suka matematik...)

rasa nyer tu sebab omputih senang nak mengira macam org cina sebab sebutan diorang ringkas

cth:1-10
cina: ik ek san sek o lio si fa sio se (kalo salah eja maafkan aku yer)
english: one two three four five six seven eight nine ten (satu suku kata sajer)
melayu: satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh (ber suku suku katanya)

Masa aku form two dulu ada lar masuk satu kursus nih mengira mengguna kaedah mokhdar...
kaedahnya ialah mengingat nombor dan sifir dlm bahasa melayu tetapi diringkaskan cthnya:
tu wa ga pa ma na ja ka la (1-9)
tak tau lar ada lagi ker kaedah tu diajar..tp aku mudah nak ingat nombor sejak blajar kaedah tu..aku pun search cik google dan terjumpa lar laman web dia..masih lagi mengajar kaedah tersebut..Aku ingat lagi kata2 nya masa bg kursus tu, dia nak saper2 diantara kitorang (peserta kursus) yang jadi PM, dia nak kitorang yg jadi PM ni lantik dia jadi TPM..untuk kembangkan kaedah tu..
Ini adalah profil dia yg dipetik dari laman web http://mokhtarhjmansor.blogspot.com/
saya, Mokhtar Hj Mansor.
pernah bertugas hampir sepuluh tahun sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen, Majistret Kanan Teluk Intan, Peguam Kanan Persekutuan merangkap Timbalan Pendakwa Raya Malaysia bagi negeri Kedah. Saya meletak jawatan pada Nov 1993 bagi memperjuangkan penemuan dan keyakinan saya (antaranya telah melahirkan kaedah Mokhdar yang terbukti amat berkesan di dalam melonjakkan prestasi pelajar di dalam semua subjek matematik dan sains) bagi memberi sumbangan sepenuh masa terhadap usaha membantu melonjakkan kemajuan bangsa di dalam semua bidang kehidupan.




time kasih en.mokhdar..semoga sukses slalu..

Amalan harian...

Sejak H1N1 melanda negara kiter tahun lepas, aku telah mengamalkan satu doa untuk mengelak wabak...Aku amalkan baca 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat asar..Doa nya adalah seperti berikut





Aku fikirkan rasional disebalik doa ini, kalo kiter amalkan setiap hari, Dgn izin Allah, kiter takkan di jangkiti penyakit..maknanya keluarga kiter, kawan2 kiter,yg jumpa kiter takkan di jangkiti penyakit berjangkit dan secara tak langsung kiter turut berdoa untuk org lain juga...


Sejak aku amalkan doa ini, Alhamdulillah batrisyia dah kurang demam, dan kesihatan aku sendiri agak baik..Actually, aku alergik habuk..wpun sedikit..bila kemas nak kena pakai face mask..kalo tak bersedia lar utk demam batuk selsema slama 3 minggu...



Sehinggalah satu hari tu, kitorang memenuhi undangan 2 kenduri kawen di KL..aku pun bg lar sikecik ni minum air sirap..mungkin byk sgt bg minum dr pagi sampai malam...dan malamnya, anakku batuk2..




Pagi tu dia happy jer..Sihat walafiat

Pengantin lelaki tu member hb masa sekolah dulu

Lepas kenduri, gi bepoya2 lak kat pavillion jumpa adik ipar (dia rindu sgt ngan batrisyia)
Geng2 skolah hb (methodist boy school)



Ala ciannyer dia..takleh tido meragam tak tentu hala...lepas batrisyia diserang demam, berjangkit lak kat aku sebab aku susukan dia..bapaknyer lak berjangkit dari ku...(caner ek boleh jangkit lak bapaknyer..confuse????)


Kitorang bwk lar si kecik ni gi klinik kjaan ...kali pertama pegi amik ubatkali ke 2 pegi selepas demam makin menjadi, doc amik darah...yg sedihnye tgk dia melalak..dah lar tgh demam kena cucuk lak..meruntun ati seorang ibu mithali macam aku...

tambah sadis lagi bila bwk darah tu ke makmal, boleh lak misi tu kata darah tu beku (mana tak bekunya, bila aku bg kat dia, dia leh lak buat tak tau jer) sorang jer pulak tu kakitgn yg bertugas..kena lar amik darah lagi sekali...sibbaik lar hb aku penyabar org nyer..kalo ikutkan aku...hish..bukak silat kang...ku karate jugak misi tu...sabar...sabar...


kalo lar boleh ditukar,aku suh jer misi tu amik darah bapaknya...huhuhu...(aku pun takut jarum)

Alhamdulillah skang dah elok dah..aku masih lagi amalkan doa kat atas tu..InsyaAllah akan ku jadikan amalan harian sampai bila2...

Penyakit tu kan ada hikmahnya..sakit adalah untuk menghapuskan dosa2 kecil kiter...kiter sakit menandakan Allah syg pada kiter...dia bagi ujian pada kiter..nak tgk sejauh mana iman kiter..masihkah kiter beribadat padanya walau kiter sakit..masuhkah kiter ingat padanya waktu sakit...


Selain tu, aku juga amalkan baca doa naik kenderaan (bila naik kete) dan baca ayatul kursi setiap kali lepas solat..mari kita lihat apa kelebihan ayatul kursi ini...

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

* Sabda baginda lagi; " Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.

*Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya dari Abdullah bin 'Amr r.a. ,

Rasullullah s.a.w. bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


So, apa kata mulai arini sama2 lar kiter mengamalkan ayatul kursi..Semoga mendapat manfaat darinya...

*tips bg mereka2 yg susah nak menghafal doa..Caraku adalah, baca ayat tersebut sambil rakam guna phone(macam buat video lar)..pastu dgr la ulang2 kali sambil menghafal..Semoga berjaya





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...