tp kan belon tu kan guna api...kot2 terbakar lak..rentung aku diudara...uish..mintak2 dijauhkan...insyaAllah takder apa2...baca doa naik kenderaan udara sebelum naik belon...
Serba sedikit tentang balloon fair nih (Dipetik dari blog http://nizza-abira.blogspot.com/)
13 belon udara panas mewakili Perancis, Jepun, Belgium, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia
berpeluang menaiki lima belon udara panas antara jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam
selain belon panas, ada acara lain yang diadakan antaranya aksi sukan paramotor dan paragliding, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang.
Lebih menarik, mereka yang berangan-angan ingin mengalami gaya hidup hartawan ala Donald Trump boleh mencuba menaiki helikopter yang beroperasi antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 3 petang hingga 7 malam
Untuk kanak-kanak pun ada jugak tau! ada pertunjukan badut, silap mata, seni pasir, inai, membuat tatu lekap, mewarna, membuat kapal terbang kertas dan bermain tanglung
Di sebelah malam, anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api
Pesta dibuka antara 7 pagi dan 7 malam. Masuk adalah percuma.
TAPI....bayaran dikenakan berpatutan dikenakan untuk menaiki belon udara dan aktiviti gerai di tapak pesta. owh ye, hampir lupa...tapak pesta ni berlansung di presint 2, berdepan dengan kem.kewangan & bhgn pinjaman perumahan(opis aku) atau lebih senang dekat dgn tapak pasar tani
maklumat lanjut sila layari http://myballoonfiesta.com..
No comments:
Post a Comment