My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Business aiskrim lagi...


2 minggu lepas dapat tempahan dari member office hb untuk kenduri kawen sepupu nya...kira dia sponsor ler...bertempat di Taman Tuanku Jaafar, Seremban...



4 tub aiskrim perasa strawberi, vanila dan coklat



pelikkan bila tengok ada orang lain antara kedua mempelai...keluarga pengantin nih mengamalkan adat perpatih...yg ditengah tuh adalah undang...kira macam pembesar gak lar...


aiskrim yg mendapat sambutan...tak selesai majlis lagi aiskrim dah selesai dulu...

dan seperti biasa...saper2 nak wat majlis kenduri ker atau majlis kecil2an dan nakkan pencuci mulut berupa aiskrim bolehlar hubungi aku atau hb untuk tempahan...khas buat majlis sekitar Putrajaya, negeri Sembilan, selangor dan kuala lumpur....

Friday, September 28, 2012

Sambutan hari raya...seksyen akaun

Dah nak masuk raya haji baru nak citer pasal sambutan raya...heheh...dari takder yer tak...Sama macam tahun2 lepas gak..ini adalah diantara aktiviti tahunan yg ditunggu2...apa tidak nya setiap unit dalam seksyen akaun dikehendaki menyediakan satu atau dua jenis juadah raya untuk dihidangkan kepada tetamu yg hadir...

Tahun2 sebelumnya kitorang slalu dapat tugas menyediakan roti jala...kali nih bos2 diberi pilihan untuk cadangkan sendiri menu yg nak disediakan...duit adalah di sponsor oleh seksyen akaun...so bos kami memilih untuk menyediakan aiskrim dan kek...

Aiskrim dah tentu lar dari hb ku dan kek dari wife salah sorang opismate...wife dia memang wat bisnes kek dan manisan...setelah berbincang akhirnya aiskrim diorder sebanyak 6 tub dari hb, kek coklat dan lapis cheezy dari Kak zira dan apam polkadot dari wife azman...

ni kek coklat yg disediakan oleh azira


aktiviti rewang



plating

kami dibahagikan kepada 2 kumpulan....
1 kump utk decorate meja dan satu kump lagi untuk serve hidangan pada hari kejadian...

ada pertandingan meja paling cantik dan kreatif..tema adalah merdeka raya
ada gak pertandingan baju raya glamer versi wanita dan lelaki...



pic boss telah diadaptasi menjadi promoter hidangan...heheh...terkejut boss kami...dia pun heran mana budak2 nih dapat gambar dia pose gitu...

lelong2...

boss menyiasat perkembangan kitorang


bergambar kenangan

ni plak hidangan untuk meja VIP


seblom tuh sesi bersantai menanti ketibaan tetamu jemputan



tu dia bos besar dah sampai

tak sampai 20 minit, ini jer yg tinggal


ni sumer 1st time serve aiskrim...mula2 tuh agak perlahan..lama2 tuh expert dah memasing..pejam mata pun boleh buat...

tetiba tokeh aiskrim datang meninjau perkembangan kami...risau gak dia sebab slama nih dia yg cedokkan...
so far Alhamdulillah sumer berjalan lancar...diorang siap dapat tapau aiskrim bawak balik...heheh...
memang berbaloi..InsyaAllah ada rezeki leh lar order kat kami lagi...

IKLAN: kami sedia menerima tempahan aiskrim untuk jamuan besar atau kecil sekitar KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya....berminat..??leh hubungi 
my hubby fahmi 0133978380

Wednesday, May 2, 2012

Projek usahasama encik suli dan menantu...

Projek ni dah bermula sejak sebulan lalu...dari perbualan biasa seorang menantu dan pak mentua menghasilkan idea menanam cili secara serius...







tuan cili yg hepi melihat hasil tanamannya...

cili baru menunjukkan anak benih yg dah mula bercambah...InsyaAllah bulan puasa nih dah boleh mula tuai hasilnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...