My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Thursday, April 12, 2012

Komen dari anonymous....

Biasanya aku tak brapa kisah sgt pasal komen dari anon..kalo aku rasa sesuai aku akan publish..kalo tak aku akan delete...wat masa ni komen2 biasa jer lar yg aku dpt...yer lar aku tak ler glamer manapun...reader pun brapa kerat jer...tp apa2pun syukur dgn apa yg ada...ni berkenaan komen yg aku dpt pasal post aku ttg AIA insurans...ada 2 komen yg aku terima

komen pertama

betul tu kak.. zil pernah kena.. dia call masa zil tengah kerja.. zil ni tengah blur2.. zil pun ya kan je.. last2 bila dah tutup.. zil fikir balik.. dan zil google.. cepat2 zil cek maybank2u zil.. dah tertolak dah duit utk bayar insurans.. cepat2 call maybank gi tau, yg zil tak insurans tersebut.. dan nak minta balik duit yg meka dah tolak.. sib baik dpat. tp lambat sikitla.. tp yg bengang, tak suka la orang mcm ni call2 kita.. bank tak sepatutnya bagi maklumat penuh kita.. kalau la kena pada orang yg tak seberapa pandai.. dan hanya nak mengikut kata orang.. cian plak.. mcm zilla.. LAMPI... hihihi.. tp sib baik cepat bertindak...


komen kedua

Salam kpd puan ,sbnarnye utk pgetahuan puan,pihak bank xpernah bg ape2 mklumat kpd ane2 pihak insurans..yg buat panggilan tu betul2 drp phk bsn.dlm jual beli ade akad jualan& belian,ygmana kalo puan x bsetuju dgn akad tu,pihak bsn xkn tolak ape2 caj dr akaun puan..tujuan staff kami minta no ic tu kerana syrt2 drp bank negara m'sia sdiri yg tetapkn planggan perlu sebutkn butir2 peribadi &pihak bsn xmahu nnti org lain yg jawab panggilan dan myamar ,org lain plak kene byr.. Staff bukan bace skrip,tp bile da asyik ckp benda yg sama ,sebutan pn da mcm skrip la. Kalo rase nak boleh amik,kalo xnk pn xkisah kerana tugas staff bsn bhgn ni adalah smpaikn kpd planggan2 bsn yg kebanyaknnya pendapatan BUKANlah beribu2 utk amik insurance yg mahal..xkn org kaye je nk kn plindungn kan?

kan aku ada mention yg aku email BSN tentang hal ni...
Ni keratan email nyer...

BN/IP/JPC/EMEL/253.12.2 Jld 2/2011 (126)

Puan Rosmaria,

Terima kasih atas keprihatinan puan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSN.

Dimaklumkan BSN sedang menjalankan kempen BSN produk insurans melalui telefon. Kini, BSN telah memasarkan tiga produk insurans iaitu Medi Protect, 1 Dinamik dan Takaful Smart Pro dari pihak insuran yang dilantik iaitu Chartis, CIMB Aviva dan AIA.
Pengesahan butiran pelanggan akan dilakukan oleh Telemarketing Excecutive (TSR) di Pusat Panggilan BSN bagi pelanggan yang berminat untuk membeli produk insurans dan takaful tersebut.

Sekiranya puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Pegawai terlibat di Bahagian Perancang Kewangan BSN talian 03-21623222 samb. 5733 / 5734.

Sekian, terima kasih.

Dengan hormatnya,
BANK SIMPANAN NASIONAL

Seksyen Khidmat Pelanggan
Jabatan Perbankan Cawangan

From: srksya [mailto:srksya_777@yahoo.com]
Sent: Tuesday, December 20, 2011 4:58 PM
To: Perkhidmatan Pelanggan (Jab Perbankan Caw)
Subject: Aduan tentang panggilan yang diterima dari ejen insurans AIA



Saya Rosmaria binti Rusli ada membuat pinjaman peribadi dengan BSN dan masih membayar ansuran bulanan tanpa gagal melalui potongan gaji.

Pada hari ini 20 Dis 2011 jam 12 tengahhari saya menerima panggilan telefon dari nombor

0327883400
0392077200

yang mengatakan dari insurans AIA. katanya bergabung dengan BSN untuk penjualan insurans

saya pasti pemanggil ini mendapat maklumat saya seperti no telefon, nama penuh, alamat dan kad pengenalan dari BSN.

Mohon penjelasan dari pihak tuan benarkah BSN memberi maklumat peribadi peminjam kepada pihak lain dengan sewenang wenangnya. Jika ini benar saya berhasrat nak mengambil tindakan undang2 kepada pihak BSN kerana ini melanggar privasi saya sebagai pengguna. maklumat peribadi ini boleh disalahgunakan oleh pihak lain untuk tujuan negatif.

Selepas ini pasti saya akan menasihatkan orang lain supaya tidak membuat sebarang urusan dengan BSN yang kononnya dijamin oleh kerajaan.

Sekian terima kasih. harap jawab segera persoalan saya ini 



Ok...yg aku nak mention skang ni adalah apa perbezaan antara penerima panggilan yg memberikan no ic dan penerima panggilan yg tidak memberikan no ic...

Beberapa bulan lepas kes aku nih, aku dpt tau yg member opis aku nih ke admin opis utk buat pengesahan tentang potongan gaji yg dibuat tanpa pengetahuannya..Apabila disiasat rupa2nya potongan itu berkaitan dgn insurans AIA dan BSN..member pun pergi lar ke BSN utk buat aduan tetapi BSN macam tanak layan..dia just bg nombor AIA sahaja..kira suh settle sendiri lar...member aku pun call lar nombor yg diberi...setelah bersoal jawab sumer,  AIA tanya ada tak terima panggilan telefon dari telemarketing..member kata ada tp dia tak setuju pun...AIA ckp yg diorang ada rakaman perbualan yg mengatakan member setuju...so member aku nih nak stopkan potongan dan tak berminat dgn insurans nih...ok boleh..tapi kena buat surat...diorang akan stop tp kena potong lagi 2 bulan lar...DAN POTONGAN TU TAKKAN DI REFUND SEMULA....

Then aku tanya member...Ada bg diorang no ic tak? dia kata ada...Aku ckp kat dia..kalo betul ada rakaman percakapan yg mengatakan dia setuju, mintak diorang mainkan semula..nak dengar tang mana yg dia kata dia setuju...seingat member aku nih dia cuma ingat yg dia bagi nombor ic jer...dan ada beberapa persoalan yg dia jawab 'YA'...tp takder langsung ayat yg mengatakan..sy setuju terima insurans nih...tau2 gaji dah kena potong pastu dapat plak salinan polisi insurans...pelik kan....

Aku pun dapat panggilan yg serupa cuma bezanya aku tak bagi no ic...dan Alhamdulillah gaji aku ok jer...takder apa2 potongan pun...lagipun BSN mention Pengesahan butiran pelanggan akan dilakukan oleh Telemarketing Excecutive (TSR) di Pusat Panggilan BSN bagi pelanggan yang berminat untuk membeli produk insurans dan takaful tersebut...  aku tak minat pun dia still mintak no ic aku...utk apa sebenarnya kalo bukan utk menganiaya pelanggan...diorang mesti dpt komisen bg setiap insurans yg terjual...kalo customer btlkan insurans pun diorang bukannnya kena pulangkan blk komisen tuh...


Jadi aku masih lagi rasa yg memberikan no ic tu amatlah membahayakan...jadi berhati2 lar....penipu ada dimana2...org jenis camni dia tak kisah bagi anak bini hasil haram...aku tak kata yg ejen insurans tu makan duit haram...yg aku kata adalah saper2 yg menganiaya pelanggan macam kes kawan aku ni ler yg mkn duit haram...sok2 jgn heran kenapa bila ko dah tua anak ko kurang ajar dan hantar ko ke rumah org tua...cer ingat balik, punca duit yg ko suap kemulut dia masa ko bela dia dulu...aniaya lar org sebab doa org teraniaya ni makbul...

yg betul2 jual insurans..jumpa org..sign surat perjanjian..ada hitam putih ,ada medical checkup then bgtau akan ada potongan gaji dibuat mulai sekian bulan tu takper...its ok...teruskan usaha murni anda...aku ada kenal sorang blogger ni jual insurans....leh contact dia kalo nak amik insurans...

31 comments:

zaf said...

salam..hehe bru ja jap td dpt call dr no +60392077200 mula2 call anpon mls nk agkt..tp agk2 la sampai no umah pon dia call..long story short den ckp x berminat,pasal taun lpas pn da tekena..haha xkn pokok pisang berbuah 2x kn..

Unknown said...

saya baru je dapat kol daripada 0327883400 ni! Dah berapa kali dah dia kol dan menjelaskan benda yang sama.. adakah mereka memaksa saya supaya 'bersetuju' saja, barulah mereka takkan ganggu lagi. geramnya.... orang dah taknak, jangan ganggu lagi laa....

Mummy said...

Herma: nak senang awak save no tuh sbg no yg tak perlu dijawab...bila diorang call just ignore jer...kalo rasa nak jawab cakap tak berminat terus letak...

Unknown said...

Sy pun dpt cal tu.tapi nasip ler x bg info yg durang mintak.sy terus cek kat intenet jumpa blog ni.Thanks atas perkongsian semua.

NuRuL MoHaMaD said...

Assalam..
saya pun nak berkongsi pengalaman..
saya pun terima panggilan dari pihak no tu, tapi tak pernah jawab..
masalahnya, saya tak guna bank bsn.
no yang dia call tu sy guna untuk hongleong bank je..
tadi saya jawab, just dengar suara orang je.lelaki.
bila call balik, langsung tak jawab..
harap2 duit tak kat dalam bank tu tak kena potong la, sebab terjawab tadi..
no yang call tu sebijik, sama ngn dua2 no diatas tu..

sahel akmal said...

Cmne nak setelkan kalau kite tercakap "ya"? Sedangkan kitA XNaK

sahel akmal said...

Salam. Sy dpt kol n tercakap "ya". So, cmne nak setelkan sbb sy xnak insurans tu. please tlg sy.

Mummy said...

kalo ada yg terjawab ya...cepat2 clearkan duit dalam akaun yg terbabit..tinggalkan 50 ker..lenkali kena lebih berhati2...

naYong said...

Salam Pn,

Nice post on the telemarketing product. Agree on the part bila ada yang jual insurance membabi buta. Maknanya, ada yang main hantam saja.

Saya pengalaman jual insurance tru phone dekat setahun pas abis belajar. sbb nak kerja kejar komisen. Alhamdulillah setakat sy kerja, semua pelanggan yang sy call, sedar mereka sedang daftarkan diri dalam insurance. sy bagi tau betul2 yg ada bayaran, ada dapat perlindungan apa.

cuma nak berkongsi pengalaman, bulan pertama call, bercakap dengan ibu tunggal, kerja kilang, anak 4.
gugup jugak first time call, bila dapat Cust ibu tunggal lagi lah rasa bersalah nak offer insurance ni. tp present jugak product kita kat dia. 1 perkara yang menyedarkan saya lepas tu ialah, bila ibu tunggal ni memang beriya nak daftar. sebab dia x mampu nak bayar yg guna agent. sebab caj komisen agent mahal. sedih dengar cerita dia org susah. dia mintak daftar kan sekali dengan anak2. saya rasa bersalah, sampai tido malam termimpi sbb daftar ibu tunggal, sbb takut susahkan dia bayar insurance.

tahun ni, 2013, sy dah jadi team leader. staff saya call dia balik, mengalir air mata bila dengar call dia ngan staff saya. dia ingat lagi nama saya, siap kirim salam, sebab tak lama lepas dia daftar insurance dengan saya tu, accident happened and insurance yg sy daftarkan tu dia boleh claim and tolong dia sikit la ringankan beban. dia cakap, memang dia lama nak bercakap dengan saya,nak cari saya, nak ucap terima kasih. Alhamdulillah, dapat jugak bantu orang susah macam ibu tunggal sorang ni.

Sy cuma nak berkongsi, ada byk cara insurance ditawarkan. tp yg utama ada 2 :

1. Agent ( yang mampu nak bayar ratus2 - ok lah )

2. Telemarketing ( yg ni utk golongan yang berpendapatan rendah, tak mampu nak bayar service agent insurance )

Jadi, moral of the story jangan salah sangka, and terus judge saya dan telemarketer makan gaji haram. Kalau niat betul, cara offer insurance betul, and kita daftarkan pelanggan yang betul2 perlu, bg sy takde masalah. Cuma mmg ada jugak yg buat perkara-perkara tak elok macam yang dikongsikan komen2 yg lain kat atas2 ni. Yang gol2 ni, sy namakan tak bertanggungjawab dan tak ikhlas bekerja. dan mereka2 ni tak lama pun kerja telemarketing.
Bagi pihak mereka, saya mintak maaf.

Pn pun da dapat email balas dr pihak bank sendiri maknanya terbukti legal lah product2 telemarketing ni.

Saya harap agar insurance2 yg ditawarkan through telemarketing akan terus dapat bantu golongan yang tak berkemampuan ni.


Apa-apa pun saya hormat pandangan Pn.

Fathiyah Selamat said...

Salam kak. terima kasih sbb bg info tntg ni. sya pun pnh dpt call dr staff BSN senirik yg kate no akaun sye terpilih untuk dpt insurance. Kate nye die dpt maklumat sye drpd akaun BSN sdg kn kak kat akaun BSN sye tak ltk pun no hp yg bru. Sye ltk no hp lain tp tetibe die boleh call no baru sye. kat situ sye dah pelik dah. pas tu die mmg boleh tahu 4 angka no ic sya yg last tu. setahu sya, kalau dr BSN die tentu tak kan minta ape2 maklumat lg kan sbb segala nye diorg dah ada rekod. oleh krn mse diorg call tu sye kat gym, dlm keadaan pnt gitu sye jwb ya je lah. die kate kne bank in dulu RM60 pas tu diorg akan tolak. tp sampai skang sya tak bankin pun. agak2 akan berlaku pa pe tak kat akaun sye?
terima kasih ye kak.

KomputerGeek said...

wife saya pon pernah kena jugak. kebiasaannya yang call-call dari telemarketing ni dia jual personal accident insurance.

personal accident insurance ni kalo kita kata 'YA' by phone pun dah dikira setuju untuk buat potongan.

so, berhati-hati la ye kalo ada yang call, terus saja cakap "Saya tak berminat".

Kalo betul-betul berminat, saya sarankan jumpa dan minta dia bagi penerangan.

personal accident hanya cover yang berkaitan kemalangan sahaja. untuk life insurance/ medical protection memang kena sign dalam borang. tak boleh akad ikut phone je.

Unknown said...

salam..
baru ni saya ada dapat panggilan dari telemarketer mengatakan dia dari airasia dan inginkan butir2 pribadi saya, oleh sebab saya memang ahli airasia dgn tak was2nya saya memberi no. i/c, alamat, dan tiba2 minta no kad maybank konon nak aktifkan AirAsia BIG Loyalty nak tahu samaada saya layak atau tidak dan ingin saya bersetuju dengan apa yang dikatakan jadi saya setuju saja la ngat memang dari airasia..pastu dgn dia memulakan bicara tiba2 dia kata pasal insurans dia tak bagi tahu insurans mana..dari sana saya dah dapat tangkap saya dah terkena..baru nak tukar kad da kena potong dari debit kad rm76.80 dari AIA ansurans plk...

saya nak tanya kalau seandainya saya buat pertukaran kad adakah saya akan dikenakan tindakan atau sebaliknya dari pihak mereka..lagipun apa yang saya dengar dari apa yang dia bagi tahu surat akan sampai dalam masa bebulan..adakah ini benar atau tidak...

Unknown said...

salam,
saya nak kongsi gak tentang kes insuranse ni, baru ni saya dapat panggilan dari "private number" mengatakan dia dari airasia selepas tu dengan memulakan bicara dia telah menawarkan tentang AirAsia BIG Loyalty Programme dia minta no.i/c, alamat, dan last skali minta no kad bank serta bila expired date konon nak tahu saya layak tak tuk program tu...saya pn tak fikir panjang bagi la apa yang dia minta kerana saya memang ahli airasia dan meminta saya untuk bersetuju dengan mana2 pun yang dia akan katakan...
tapi bila tiba2 dia berkata tentang insurans pula saya da tak sedap hati dia tak bagi tahu insurans dari mana bila dia da b'kata dengan panjang lebar menerangkan tentang insurans tu saya dah rasa tertipu, tapi saya terus mendengar..dalam mendengar tu dalam fikiran saya da ada macam2 sehinggalah sampai waktu dia bagi tahu dalam sebulan akan sampai surat..tu saja yang saya rasa saya ingat kerana fikiran da celaru..tapi saya fikir mungkin ada kebaikan gak kalu ada insurans ni mna tau besok2 boleh tolong balik..
selang berapa hari lagi dapat panggilan dari orang yang sama pn tak ada no telefon tertera mengatakan tentang hal yang sama memberitahu akaun saya akan di potong sebanyak rm76.80 tuk bulan pertama saya dan berharap saya akan terus setia dengan insurans tu..pada keesokan harinya akaun saya telah pun dipotong seperti jumlah yang di katakan tapi dari AIA Ansuranse..bila saya google ada yang kata tu semua tipu cerita saya ni sama dengan orang ni http://www.majalah.com/?classified:be-careful-panggilan-curious-dari-air-asia:8HV6BMNG7M..
mukin pas ni saya akan block kad saya hanya tu saja cara tuk elak kena potong lagi...takut betul2 ditupu pulak...lagi pun cara dia promo insurans adalah tak betul kerana dia telah menggunakan nama airasia..

Cawaie said...

Assalamualaikum saya pun br terkena td.. dari bsn menawarkan insurance yg link dgn cimb aviva tp sa terjawap ya...nasib dlm bank bsn saya cuma ada RM10 jak... lma dh x pakai... semasa perbualan saya ada bertanya sma ada nie penipuan atau tdk.. tp dia jwp lau kmi menipu kmi dah tentu minta no alaun dan no kad bank lgpun perbualan kt d rakam. Senang pihak polis lajak tu nombor.. so ntah mana yg btul...

Cawaie said...

Assalamualaikum saya pun br kna call sbiji sma sgat nombor nya... dia seorg pompuan bernama cik rohani pgawai bank bsn mnawarkan insurance yg link dgn cimb aviva atas persetujuan kt...tp saya dah ckp ya... adakah tu satu penipuan jg... lau pnipuan saya bersyukur dalam akaun saya x langsung duit... dah lma saya x mgunakan bank bsn untuk urusan kluar masuk duit... ntah mana yg btul... keliru... hmmm

siti hajar atiqah said...

Thnks for the infromation..mule2 pelik gk..no niasyik naik je..xsmpt jwb dh letak..dr mane dpt info ttng diri saya pn xtau la..dh la xda acount bsn..insurans peribafi dh da..xkn nk tmbh lg kut..

fox said...

report polis je...klu main potong2...mana leh amik duit cam gitu.....aku x penah kene la...klu die org call..aku terus cakap x minat..putus kan talian..xde bg can nye...

fox said...

la xyah layan je..kite ade hak..aku pun penah dapat call.dulu aku melayan..cakap xpe2..pastu cam ade unsur memakse..aku pun panas panas...sekarang..cakap insuras..sory x minat..terus tutup..lantak la die nak cakap ape..biar die cakap sorang2...org insuras kebanyakan xreti bahasa...klu die potong duit tanpa kebenaran..report polis la..sengang cite...aku xpenah kene..sbb langsung xlayan die org ne...

cahaya said...

sya terima pnggilan.. tp sy xsetuju.. dia mntk tarikh lahir.. sy bagi.. mcm mana ya? sy takot.. sy perlu buat apa2 tindakan ke..?

cahaya said...

saya terima pangggilan.. dia mntk tarikh lahir.. saya bg.. tp saya ckp sy tak berminat.. saya takot.. mcm mana? saya perlu buat tindakan apa2 ke?

cahaya said...

kalau yang dah terkena tu.. kena buat tindakan apa ya? adakah dia akan effect semua akaun bank kita?

cahaya said...

kalau yang dah terkena tu kena buat tindakan apa? adakah dia akn effect semua akaun bank kita? dia mntk tarikh lahir.. saya bagi.. tapi lepas tu saya cakap tak setuju.. huhu..

Nor Sharizan Samsudin said...

salam,saya faham apa yang uolls alami,uolls mybe xthu prosedur insurnces through telemarketing...mana2 customer yg x bersetuju utk mendftr..tidak akan ade sebarag pemotongan pun,lg satu knp diorg mintak ic no,alamat tu adalah utk pendftrn supaya customer aware yg uolls dah beli insurnces..cth:kalo telemrketing ade uolls punye details,mungkin boleh dislh gunakan padahal customer tidak setuju,dan harap maklum akad persetujuan tu semua nya ikut skrip pemantauan pihak bank negara,kalo uolls report bank negara pun still xde tindakan sb memg sah dibawah bank negara sendiri.kita cume nak membantu kalau tak berminat juz ckp x minat shja.

Nor Sharizan Samsudin said...

mcmne uolls thu uolls dah terkena?sbgi bukti uolls akan dpt policy ke rumah.means betol insurnces,kite sebgi rakyat malaysia kalau pasal insurnces something yg uolls perlu mesti uolls rse tipu mcm2 lagi but in case mcm peraduan gores dan menang byr ribu2 xde sape aware pasal tuh..tkkn uolls x aware uols beli insrnces?kalo uolls pergi bank tye kat bhgian hr or counter..mne dieorg thu..uolls tye la bhgian yg sepatutnya.mcmne pun sy minta maaf bg phk yg lain..tp so far i keje as telemarketing alhamdulilah..xde masalah n diorg aware diorg beli insrnces yg betol.lain kali mintak phone number direct number ok.

Aku Bukan Budaq Medic said...

saya pun dapat call. bukan seminggu sekali. tapi hari2. dia tak tau ke saya ni student? lau ambik insuran pon, nak bayar pakai ape? saya pon ambik ptptn nak belajar. dah la call time tengah kelas. dalam sehari tu, ada 2 3 kali. if dah tau maklumat, tak kan tk tau saya ni student. pelik2 la.

Aku Bukan Budaq Medic said...

saya pon ada terima panggilan ni. tiap2 hari. bukan sekali. malah lebih dari 2 kali. if dia tau no fon, mesti ada jgk maklumat lain kan. saya ni student. if saya terima pon insurans tu, nak bayar guna ape? belajar pon, pinjam ptptn. tension kot. asyik call je.

Nasima said...

salam kak, saya ada dapat interview keje telemarketing BSN tapi tu la, saya takut gaji tu ada unsur subahah.Saya pun tengah cari info pasal hasil rezeki daripada telemakerting in. Akak rasa ? kolo free email jawapan kat saya ye kak ikanasama@gmail.com

Mummy said...

salam ika...kak tak pasti pasal hukum nih...better ika tanya orang yg lebih arif...

Saari bahri said...

situasi ini pernah berlaku kpd saya. pihak bank cuma minta maklumat peribadi saya spt ic,alamat,nama..., last2 mereka ckp "anda beri maklumat peribadi anda maknanya setuju polisi insuran ini" sy ckp "eh jangan dulu bole beri saya masa berfikir"? boleh sesiapa tolong saya?? adakah duit akaun saya ditolak? sesiapa saja tolong reply..sy dah kena tipu :(

kalam ilham said...

Assalam.... Saje nak share. Last 2years ada dpt call dari cimb. Pendek citer dgr story sampai 15minit, tetiba setuju and bg semua detail akaun ic and kad bank. Akaun jarang guna so xkisah sgt. Duit pon xde dlm akaun. Pastu kad hilang plak, so dah ganti kad baru. End of story. Dua ari lepas dah dapat lagi call dari nombor ni 0327******. Dgr je pasal nak story pasal insuran, terus cakap bz. Dia kata nak call balik nnti. Esoknya ada call jugak tp dari nombor 0392****** mmg xangkat sbb xtau sape. Tadi dapat lg call dari 0327******. Mmg dah malas nak angkat. Kalau dgr pon mmg xminat.

Iemanienas7 said...

Salam..
Persoalannya.. mcm mana pihak y guna no +60392077200 ni masih tetap guna no y sama walau bertaun da dia guna.. n dia msti tau ramai da buat report atas no tu.. skrg da 2020 dn sy baru dpt panggilan dr no y sama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...