Ceramah minggu ke 3 disampaikan oleh Ustaz mad China..tu nama glamer dia lar...Tajuk ceramah berkaitan Amalan Akhir Ramadhan
1. Hikmah Allah mewajibkan zakat kepada umatnya adalah bagi membolehkan mereka yg berada membantu mereka yg kurang berkemampuan
2. Allah adalah pemberi rezeki....rezeki datangnya dari Allah bukannya dari kerajaan, pemimpin, boss atau manusia yg lain
3. Ustaz turut menceritakan terdapat sebuah hotel syariah bernama 'hotel de palma' di Ampang...Di hotel ini kesemua pekerjanya menutup aurat, terdapat surau besar yg sentiasa meriah dgn aktiviti ibadah
4. Semua kerja yg kiter buat niat kan kerana Allah Taala pasti akan mendapat pahala
5.Buat ibadah bukan setakat puasa dan solat shj...Apa sahaja yg kiter lakukan dalam hidup kiter menjadi ibadah sekiranya kiter ikhlas dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna...
6. Jika kiter membaca walau satu huruf dalam Alquran akan mendapat 10 kebaikan..bayangkan kalau khatam AlQuran betapa banyak pahala yg boleh kiter kumpulkan
7. 1 Amalan fardhu dibulan ramadhan Allah gandakan 70 kali ganda
1 amalan sunat sama dengan 1 amalan fardhu
8. Sekiranya tinggal puasa dibulan ramdhan wajib qadha apabila tiba masanya...tetapi sekiranya kiter dengan sengaja tidak berpuasa tanpa alasan dan sebab yg kukuh maka puasa seumur hidup pun takkan dapat menggantikan sehari puasa di bulan ramadhan
9. Diantara 10 malam akhir ramadhan, Allah akan turun 1/3 malam untuk mengampunkan dosa umatnya
10. Kalaulah dari menteri dan semua rakyat jelata menghidupkan 10 malam akhir ramdhan nescaya tiada lagi orang yg akan buat jahat
11. Kiter kena set dalam hati apabila nak buat jahat, Allah melihat apa yg kiter buat...mesti tak jadi nak buat jahat
Tu jer yg dapat dicatatkan ..jika ada salah silap mohon ditegur...catatan ini adalah mengikut pemahaman aku dari apa yg aku dengar...sekian
No comments:
Post a Comment