Setelah hampir 45 hari kejadian yg menimpa kami sekeluarga kini segalanya totally berubah....
Aku baru berkesempatan nak update perkembangan mak abah di kampung.....
Seblom tu layan pic selepas bencana
ni aku amik 5 ari lepas kejadian....stuktur batu masih ada tetapi tak kukuh la,,,bila2 masa je boleh roboh....
dari pandangan belakang rumah...dinding biru sebelah kiri tu ler bilik aku
petang tu wakil rakyat YB TUAN EDDIN SYAZLEE BIN SHITH Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia datang melawat bersama ketua kampung En. Jalal dan rakan2...
YB datang melawat kawasan dan mangsa serta menyalurkan bantuan.serta berjanji untuk cuba membantu apa yang termampu.
mak paling sedih tengok bhg umah kayu ni...byk sejarah dan kenangan mak bersama arwah uwan masa bina umah ni
terima kasih jiran yg menyediakan jamuan ringan untuk rombongan YB
YB sempat memberi sumbangan kepada dayah, anak jiran yang kelainan upaya
jiran2 ku yang banyak membantu kami sekeluarga....
album tunang sob sob....dah terbakar dan kena hujan...aku cuba bukak dan ada beberapa gambar yg masih elok wpun kelilingnya dh terbakar
tunang mekap sendiri
kenangan dgn arwah mak mertua
with my mom n dad
arwah mak dan nenek
ni rupa asal album ni
rewang
pic batrisyia masa baby
sumbangan dari geng sekolah SMDAS
sumbangan dari wakil penduduk kg Talang
sumbangan dr ex opismate masa kat jalan duta dulu
Lepas 3 minggu dikman inform ada rumah sewa di tanjung ipoh. Kuarters Peladang... Ada orang bantu dapatkan...
dapur
laluan ke bilik...bilik ada 3
toilet dan bilik air
salah satu bilik
ruang tamu
ruang meja makan bersambung dengan ruang tamu
Alhamdulillah
Rasanya 3 ari je kot aman basuh umah, bersihkan cat, pasang tikar getah...
hari keje masa tu jadi kami memang takleh nak balik bantu...kena amik cuti
in progress
warna yg menjadi pilihan
bilik aman
bilik mak mentua aman dan dik shira
setelah siap cat dan pasang tikar
heaven la nadim dpt main sepah2
dapur
Dok je umah tu 1st skali wat kenduri doa selamat dulu tanda kesyukuran memulakan hidup baru dirumah baru dengan semangat yang baru...Moga Allah permudahkan...
juadah ringkas yg disediakan
sekitar majlis doa selamat....
Aku tak balik masa ni sebab dikman pun plan last menet...ahad malam lak tu...mmg xsempt ler nak blk
kak ita je amik cuti seminggu utk tolong mak abah pindah dan lengkapkan keperluan rumah...
buat permulaan mak abah masih stay umah jiran...seminggu lepas tu kot baru totally pindah semua...
terima kasih kak sedah sekeluarga dan adik beradik yg lain...banyak sgt bantu kami sekeluarga....
sesi mengepow maklong hehehe
tu dia...total 3 troli
almari kain
manja ler nadim ngan maklong...nak apa semua dapat
Next 2 week lepas tu baru aku balik lg...masa ni umah sewa da complete sket...aku blk kg jengok tapak umah sekali....
rata dah...tinggal bilik air je
kat khemah ni lar abah lepak dan solat....sob sob
rutin seblom puasa aritu, pg abah dan mak akan blk kg...wat keje kat kebun ...tghr br balik umah sewa...
masa aku balik, geng uitm pun dtg melawat skali...fuziyan dari senaling dan siti aisah dari shah alam....skali gathering...tq korang sudi dtg melawat...ceria sket nampak mak dan abah
ni la aktiviti nya...tdo main game
setelah dah lama x tengok tv hehehe...
pasang myTV....free jer utk penerima bantuan BSH
ni bilik aman yg telah dideco sket2
sumbangan dari geng ex opis aku belikan langsir dan beberapa kelengkapan rumah dari ikea...beli yg simple2 murah2 je..yg penting cantik dan berkualiti
disebabkan umah sewa ni byk tingkap mmg kena banyak la langsir nya...jenuh gak aku nak kira baper keping langsir nak beli untuk 26 tingkap nako
barang dari ikea
plus mr diy
Akhirnya dapat lekat tv kat dinding....
Kebanyakan barang kelengkapan rumah disumbangkan oleh rakan2 jiran2 dan sedara mara yg dtg melawat....terima kasih sekali lagi...Hanya Allah yg dapat membalas budi baik kalian....
Mak ada mohon umah PPRT, masih dalam proses. Mohon doa semua semoga rumah ni segera dapat kelulusan dan dilakukan pembinaan secepat yang mungkin....
InsyaAllah raya tahun ni kami akan beraya di rumah sewa ini, mana2 yang nk datang melawat/ jalan raya, rumah sewa tu sebelah kubur sebelah Sek Men Dato Abd Samad Tg, Ipoh.
No comments:
Post a Comment