My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Monday, May 16, 2011

Isteri membebel.....

Suami mesti tak suka kan kalo isteri membebel....boleh dikatakan 95% wanita berkahwin kuat membebel...ni fakta yg aku agak2 jer...ni pendapat aku sendiri lar berdasarkan pengalaman dan pemerhatian....

kenapa isteri suka membebel

1. kerana lelaki suka buat kesalahan sama berulang kali
cthnya si suami nak cari baju dalam lipatan kain yg tersusun kemas...bila tak jumpa abis dipunggahnya sumer baju hingga berselerak baju2 lain yg tak berdosa...for the first time mungkin isteri akan bersabar atau bertindak menegur perbuatan yg dilakukan...esoknya berlaku lagi perkara yg sama...isteri akan mula bertindak mengingatkan...bebel kecil2an dulu...esoknya bila berulang lagi maka keluar lar bebel yg besar2 an abis segala benda diungkit, meleret2...

2. kerana mau melepaskan rasa terbuku dalam hati tanpa perlu menyimpan lagi
isteri2 nih tak suka simpan dalam sebab takut makan dalam...jadi bila ada apa2 rasa tak puas ati, terus jer cakap direct dan terus terang...kalo disimpan takut jap gi bila dikumpul2 dan meledak, maka akan jadi macam perkara diatas...abis segala kisah lama2 diungkit..padahal puncanya suami terlupa nak buang sampah...

3. kerana isteri suka bercakap dari mendengar
membebel nih bagaikan satu terapi yang membuatkan wanita menjadi lebih relax, bila segala ketidakpuasan hati dapat diluahkan...dan isteri juga lebih suka bercakap dari mendengar org lain bercakap...

Agak2 lar apa yg boleh dilakukan bagi mengurangkan tahap bebelan para isteri nih
1. Para suami kena pastikan kesalahan atau teguran yg dibuat oleh isteri dipandang serius walaupun perkara kecil sekalipun..kerana setiap apa yg dibebelkan oleh siisteri tuh pasti ada effect yg akan terjadi sekiranya tak dituruti...cthnya buang sampah, kalo tak buang boleh membuatkan satu rumah berbau atau bersemut
sidai tuala, kalo tak sidai jap gi berkulat berbau hapak lar tuala tuh dan macam2 lagi lar...

2. Isteri plak kalo dah dapat membebel cuba pastikan yang bebel perkara terkini sajer..perkara yg lepas tuh sebolehnya jgn disebut2....kalo tak makin meleret ler...

3. Isteri dan suami kena sama2 berkongsi cerita suka dan duka...jgn biar isteri cakap sorang...kengkadang isteri nih perlukan teman bercakap, suami kena lar spendkan masa berkualiti bersama isteri...kalo boleh tutup tv , tutup fb..hadap wf tuh dan borak lar dgn dia dari hati ke hati...heheh...


tapi best apa membebel nih...boleh memantapkan lagi skill berpidato...hahaha....rasa cam tak lengkap hidup kalo tak membebel sehari.....heheh...gurau jer..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...