My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Thursday, May 3, 2012

Resepi atas permintaan....Siakap 3 rasa...

Resepi ni aku amik dari myresepi.com




Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5 biji cili hijau (dikisar)
  • 2 biji cili merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1cm halia (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  • Air

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
  3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.
  5. SELAMAT MENCUBA 

Slalunya aku pakai resepi sendiri jer tp kali ni nak kelainan sket...dan hasilnya sangatlar memuaskan....sedap dimakan panas2...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...