My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Wednesday, January 6, 2010

Amalan harian...

Sejak H1N1 melanda negara kiter tahun lepas, aku telah mengamalkan satu doa untuk mengelak wabak...Aku amalkan baca 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat asar..Doa nya adalah seperti berikut





Aku fikirkan rasional disebalik doa ini, kalo kiter amalkan setiap hari, Dgn izin Allah, kiter takkan di jangkiti penyakit..maknanya keluarga kiter, kawan2 kiter,yg jumpa kiter takkan di jangkiti penyakit berjangkit dan secara tak langsung kiter turut berdoa untuk org lain juga...


Sejak aku amalkan doa ini, Alhamdulillah batrisyia dah kurang demam, dan kesihatan aku sendiri agak baik..Actually, aku alergik habuk..wpun sedikit..bila kemas nak kena pakai face mask..kalo tak bersedia lar utk demam batuk selsema slama 3 minggu...



Sehinggalah satu hari tu, kitorang memenuhi undangan 2 kenduri kawen di KL..aku pun bg lar sikecik ni minum air sirap..mungkin byk sgt bg minum dr pagi sampai malam...dan malamnya, anakku batuk2..




Pagi tu dia happy jer..Sihat walafiat

Pengantin lelaki tu member hb masa sekolah dulu

Lepas kenduri, gi bepoya2 lak kat pavillion jumpa adik ipar (dia rindu sgt ngan batrisyia)
Geng2 skolah hb (methodist boy school)



Ala ciannyer dia..takleh tido meragam tak tentu hala...lepas batrisyia diserang demam, berjangkit lak kat aku sebab aku susukan dia..bapaknyer lak berjangkit dari ku...(caner ek boleh jangkit lak bapaknyer..confuse????)


Kitorang bwk lar si kecik ni gi klinik kjaan ...kali pertama pegi amik ubatkali ke 2 pegi selepas demam makin menjadi, doc amik darah...yg sedihnye tgk dia melalak..dah lar tgh demam kena cucuk lak..meruntun ati seorang ibu mithali macam aku...

tambah sadis lagi bila bwk darah tu ke makmal, boleh lak misi tu kata darah tu beku (mana tak bekunya, bila aku bg kat dia, dia leh lak buat tak tau jer) sorang jer pulak tu kakitgn yg bertugas..kena lar amik darah lagi sekali...sibbaik lar hb aku penyabar org nyer..kalo ikutkan aku...hish..bukak silat kang...ku karate jugak misi tu...sabar...sabar...


kalo lar boleh ditukar,aku suh jer misi tu amik darah bapaknya...huhuhu...(aku pun takut jarum)

Alhamdulillah skang dah elok dah..aku masih lagi amalkan doa kat atas tu..InsyaAllah akan ku jadikan amalan harian sampai bila2...

Penyakit tu kan ada hikmahnya..sakit adalah untuk menghapuskan dosa2 kecil kiter...kiter sakit menandakan Allah syg pada kiter...dia bagi ujian pada kiter..nak tgk sejauh mana iman kiter..masihkah kiter beribadat padanya walau kiter sakit..masuhkah kiter ingat padanya waktu sakit...


Selain tu, aku juga amalkan baca doa naik kenderaan (bila naik kete) dan baca ayatul kursi setiap kali lepas solat..mari kita lihat apa kelebihan ayatul kursi ini...

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

* Sabda baginda lagi; " Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya.

*Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya dari Abdullah bin 'Amr r.a. ,

Rasullullah s.a.w. bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


So, apa kata mulai arini sama2 lar kiter mengamalkan ayatul kursi..Semoga mendapat manfaat darinya...

*tips bg mereka2 yg susah nak menghafal doa..Caraku adalah, baca ayat tersebut sambil rakam guna phone(macam buat video lar)..pastu dgr la ulang2 kali sambil menghafal..Semoga berjaya





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...