My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Tuesday, March 1, 2011

Adat perpatih: tetiba jadi minat nak tau pasal adat lepas kawen deqla

sebut pasal adat nih, teringat pada suku, maka terkenang suatu masa dulu....aku ditugaskan oleh abah utk bayar bil api dan air..kat pejabat pos...tetiba aku ditegur oleh sorang orang tua lelaki...
orang tuo: ko suku apo daro
aku: ntah lar pakcik..tak tau ler..(buat muka confuse)
orang tuo: apo nih suku pun tak tau..balik kang tanyo omak kau...
tetiba dia marah plak..aku kenal pun tidak...tapi disebabkan aku nih punya ciri kesopanan yg sangat tinggi maka wat tak tau ker la...
nak elakkan diri dari kena marah lagi oleh orang tua yg lain maka balik jer aku terus tanya mak aku suku apa..
aku adalah suku biduanda....hahhaa..kalo org nogori ckp suku dondo(biduanda)...org nogori nih kalo bab bercakap memang pelik2 betul perkataanya...dapat lak mak ngan abah...aduh pekat tul...kengkadang sampai tak terteka apakah maksudnya....contoh:

menjempulun
terkedahap
menyonsong
suar kopuh
melikai
berketuntang

dan banyak lagi lar....
dah biasa dengar nih maka dah tau dah..cuma bila mak ckp depan menantu maka perkataan itu otomatik akan jadi klakar...hahaha

orang nogori nih kaya ngan adat...adat perpatih namanya
Ni sedikit info pasal adat


Artikel dibawah disunting dari link ini...

Pepatah 'biar mati anak, jangan mati adat,' masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke abad millenium kini. Hal ini berikutan beberapa adat yang masih dilakukan oleh kebanyakan masyarakat 'Pepatih Nan Sebatang Sabai Nan Aluih' atau Negeri Sembilan, terutamanya adat perkahwinan pepatih. Tidak hairanlah, jika sehingga ke hari ini ramai lelaki yang 'agak keberatan' untuk menyunting anak dara jati Negeri Sembilan, kerana adat dan syarat-syaratnya agak rumit. Berikut adalah susun atur upacara perkahwinan adat pepatih.

Adat Merisik dan Meminang
Bermula seawal merisik, tuan rumah (pihak pengantin perempuan) akan membuat persiapan seperti memasang lelangit yang merupakan kain yang dipasang di atas permukaan bumbung rumah. Pihak pengantin lelaki akan diwakili oleh buapak dari sukunya, begitu juga dengan pihak pengantin perempuan, yang diwakili oleh buapak dari sukunya.
Adat merisik ini dilakukan bagi memastikan gadis yang dipinang masih belum berpunya. Dalam istiadat ini, pihak lelaki haruslah menyediakan cincin tanya seperti adat perkahwinan Melayu biasa.
Epok dan bujam atau sirih untuk dimakan perlu disertakan oleh pihak lelaki dan diserahkan kepada pihak perempuan. Setelah mendapat kata sepakat dari kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, tarikh pertunangan juga ditetapkan.
Dalam istiadat bertunang, pihak lelaki perlulah menyediakan cincin tunang dan diserahkan kepada pihak perempuan. Buapak kedua-dua suku, akan menetapkan tarikh perkahwinan. Cincin tanya yang telah diserahkan semasa adat merisik itu akan dikembalikan semula kepada pihak lelaki. Proses ini dikenali sebagai proses mengembang cincin. Cincin tersebut kemudiannya perlulah dirujuk kepada buapak dan waris saka yang lain.
Setelah ditentukan harinya, buapak bagi pihak lelaki perlulah bertanya kepada buapak pihak perempuan, tentang beberapa perkara, iaitu termasuklah:
a. mas kahwin perempuan yang dipinang
b. belanja hangus yang diminta oleh pihak perempuan
c. wang bayar upah nikah
d. wang rompak pintu
e. wang masuk khariah
f. wang adat untuk buapak
Maka dengan terjawabnya persoalan-persoalan ini, selesailah adat meminang, lalu doa selamat dibacakan.
Adat nih masih family aku amalkan..tapi wang rompak pintu tuh aku tak pernah dengar plak..dah cam penyamun lak rasa

Adat Berkampung
Setelah kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk menyatukan kedua-dua anak mereka, buapak akan bertanyakan tentang majlis kenduri kahwin, yang akan dibuat. Kemudiannya buapak akan mengumumkan kepada penduduk kampung supaya datang bekerjasama semasa kenduri itu nanti, di mana setiap orang menpunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing. Upacara ini dinamakan berkampung. Ia dilakukan bagi mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara penduduk-penduduk kampung serta bergotong-royong dalam apa jua keadaan.
.
yg ni pun ada tapi aku tak dapat balik...lagipun makan bihun jer...hahaha...kalo wat lemang ker ketupat ker InsyaAllah aku balik

 Adat Menjunjung Pengantin
Antara upacara yang menarik dalam adat pepatih ialah adat menjunjung pengantin. Pengantin akan dijunjung dan diarak sehingga ke atas rumah. Tandu akan dihias dan diikat pada buluh.
Sebelum pengantin naik ke atas rumah, kedua mempelai akan membasuh kaki. Upacara ini dilakukan oleh saudara-mara. Tujuan dilakukan sedemikian adalah untuk menunjukkan orang Melayu kaya dengan kesopanan dan mengutamakan kebersihan sebelum memasuki sesebuah rumah

ni serius memang takder...mana nak cari tandu..nak ikat2 lagi..dan yg paling penting kalo pengantin saiz s takper...kalo saiz cam aku nih camana...


 Adat Merenjis
Upacara ini dimulakan oleh buapak, dan diikuti dengan bapak-bapak lembaga yang lain. Setelah selesai tetamu-tetamu kehormat merenjis, barulah diikuti dengan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang lain.

ni kat tempat lain pun ada buat nih...cuma lain sket..diketuai oleh YB, VIP, org besar, mak bapak pengantin, sedara mara, sahabat handai, jiran2...deqla smalam nak dekat 60 orang merenjis dia..aku tau sebab aku jadi tukang bagi bunga telur...


Adat Menyuap
Satu lagi upacara yang menarik adalah adat suap-menyuap. Dalam upacara ini, pengantin akan cuba menyuap pulut kuning ke dalam mulut pasangannya, sementara pasangannya perlulah mengelak. Upacara ini dibantu oleh ahli keluarga.

adat nih aku nak wat masa aku kawen tapi tak teringat sedangkan pulut dah siap..masa deqla nih aku ingat siap tanya lagi nak ker tak...deqla kata tak yah lar..suap2 kat meja makan jer lar...amboi..takut mekap terjejas lar tuh.. seingat aku ,aku ada tengok adat nih masa kecik2 dulu..mmg gamat jadinya bila mak andam nak suap ke pengantin lelaki tetapi pengapit pengantin lelaki dah siap adang guna tangan...kena usaha sampai dapat...tapi pengantin perlu lar malu2..takleh lar ko nak menganga lebar2 makan pulut bersungguh2 atas pelamin tuh..kok 7 keturunan di umpat kat org kampung...hahaha


Hidangan Bapak Lembaga
Buapak dan bapak Lembaga akan dijamu ditempat yang disediakan oleh tuan rumah. Mengikut lazimnya, makanan yang dihidangkan kepada mereka perlulah diasingkan dan ditutup dengan tudung saji beralaskan kain. Ini sebagai tanda berterima kasih kepada Buapak dan Bapak Lembaga kerana sudi menghadiri majlis persandingan anak mereka.


oh..ini mesti..masa kawen aku sampai kebuluran tetamu kat luar nak makan gara2 buapak lambat sampai...aduyai..yg dewasa takper lar. leh sabar lagi..yg bebudak nih..berketuntang nak makan..kesian korang..bukan salah aku..aku kan pengantin tak tau cerita...tambah menyeksakan lagi bila aroma lauk pauk sudah menusuk hidung menggamit2 selera dan perut yg lapar..


Adat Menyembah
Bagi melengkapkan adat, upacara yang terakhir adalah upacara menyembah. Dalam upacara ini, pengantin akan bersalam dengan ahli keluarga. Pengantin akan diperkenalkan kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang baru, supaya tidak merasa kekok setelah menjadi suami isteri. Upacara ini dimulakan dengan pengantin bersalaman dengan Buapak, diikuti dengan waris saka yang lain.


yg nih pun biasa gak tapi yg aku musykil boleh ker kiter salam ngan buapak..leh batal air sembahyang kan..ntah ler..tp aku memang tak salam buapak..aku salam bapak2 sedara aku jer...ada satu lagi adat menyembah nih ialah selepas abis kenduri..pasangan pengantin berdua akan pergi ke rumah setiap bapak dan mak saudara belah pengantin perempuan memperkenalkan suami...pengantin pergi membawa 'boko'..aku dulu bawak dodol..nak balik tuh pak sedara nih akan bagi duit pada pengantin sebagai hadiah..jumlah nya terpulang pada mereka sendiri...seronok tuh dapat duit...hahaha..kan best kalo pak sedara ada 20 orang..

Perkara yang amat dititikberatkan oleh masyarakat Negeri Sembilan adalah tidak berkahwin sesama suku. Masyarakat yang mengamalkan adat pepatih ditegah daripada mengahwini sesama suku. Mereka yang melanggar pantang ini akan disingkirkan atau dibuang daripada daerah Negeri Sembilan. Oleh kerana terlalu menghormati adat, masyarakat Negeri Sembilan berpegang teguh kepada pantang ini sehingga kini. Mereka percaya jika pantang itu tidak dipegang, maka keluarga atau suku tersebut akan ditimpa bencana.

kalo nak kawen gak sama suku, yg lelaki tuh kena keluar suku...bukan keluar sesuka jer..ada lar dibuat majlis..kalo tak silap kena sembelih sekor lembu...nak slamat sila tanya bakal suami ada suku ker tak..kalo ada..suku apa....kalo sama, sila lar sediakan duit blanja lebih utk kawen...hahaha..



.Perkahwinan adat pepatih tidak seperti perkahwinan biasa. Istimewanya perkahwinan ini adalah kerana dihadiri dan dimeriahkan lagi dengan kedatangan Buapak, Bapak Lembaga, Ketua Adat serta Ketua Kampung.


6 comments:

mode said...

Tq share sis...menarik sesangat...

Unknown said...

Mummy orang mana ?

Mummy said...

Saya memang asal negeri sembilan...

Unknown said...

kalau calon perempuan orang luar, camne ye?

NMZ said...

Tkda mslh

NMZ said...

Org luar tkda mslh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...