My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Thursday, March 10, 2011

Diantara 3 golongan tidak masuk syurga...

SAIDINA Abu Bakar As Siddiq meriwayatkan sebuah hadis bermaksud:"Tiga golongan tidak masuk syurga ialah penipu,bakhil dan suka mengungkit-ungkit (pemberiannya)


  1)Golongan Pertama    ( Menipu )

     Menipu perbuatan keji yang dibenci Islam kerana menipu boleh mengguris hati seseorang yang memberi kepercayaan kepadanya.Akibat perbuatan itu,orang lain yang jujur akan teraniaya kerana orang yang menjadi mangsa penipuan itu tidak akan percaya kepada orang yang jujur itu.
     
Juster,Islam menganjurkan urusan hutang piutang atau pinjam meminjam diadakan perjanjian bertulis dengan dua saksi atau mengambil cagaran bagi memastikan kepentingan orang yang memberi hutang terjamin


  2.Golongan Kedua    ( Bakhil )

     Sesungguhnya harta yang dimiliki seseorang itu adalah amanah Allah dan mereka tidak boleh bersikap bakhil atau kedekut kerana bukan miliknya secara mutlak.

Sikap kedekut dipandang keji oleh Islam kerana seseorang itu cuba menyekat aliran rezeki yang didatangkan Allah kerana ada ketikanya Allah memberi rezeki kepada seseorang melalui saku orang lain.     


Tetapi,disebabkan orang yang menjadi saluran rezeki itu bakhil maka tersekatlah rezeki orang lain.




  3.Golongan Ketiga    ( mengungkit Segala Kebaikan Dan Pemberian )

     Firman Allah yang bermaksud,"Hai orang yang beriman,jangan kamu batalkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (perasaan si penerima) seperti orang yang menafkahkan bertanya kerana riya' kepada manusia dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat" (surah al-Baqarah:264).

Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyinggung perasaan orang yang menerimanya.Perbuatan itu mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang yang diungkitnya.


Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakiti hati orang lain.Sesungguhnya,ia bercanggah dengan seruan persaudaraan yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya.

(entry ini di salin dari 1 laman web tp tak ingat nama...)


Aku kongsikan artikel nih sebab aku rasakan memang ramai dikalangan kiter pada hari ni sama ada sedar atau tidak, sengaja atau tidak, berbuat baik hanya untuk dapatkan nama dan pujian...tapi bila di belakang segala keburukan dicanang, segala pemberian diungkit...Aku maafkan sesiapa yang buat begitu pada keluarga ku tetapi ingatlah bahawa setiap perbuatan pasti ada pembalasan...hari ini hari kami..hari kamu mungkin akan tiba nanti...pabila tiba hari itu, aku takkan memulangkan paku buah keras...cukup lar aku doakan semoga kau sekeluarga tidak merasa seperti yang kami rasa....Allah maha adil dan bijaksana...semoga korang sekeluarga berbahagia setelah puas mencemuh kami sekeluarga....

1 comment:

Wafi said...

semoga kami semua tidak tergolong dalam golongan ini Ya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...