My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Friday, January 8, 2010

Salam Hari jumaat- penghulu segala hari..

Hari ni agak bz skit pada belah pgnya..sebab merancang menu makanan untuk seminggu..
Agak pening kepala sebab nak sesuaikan menu makanan sekali dgn makanan batrisyia..tanak masak terlalu byk sehingga memungkinkan pembaziran berlaku..Membazi tu kan amalan syaitan..Bersesuaian lak dgn moto keluarga ku..

Jimat, Berkat dan Bahagia

Ingat PDRM jer ada moto..huhuhu..aku pun ada gak..So, next week ari khamis nak kena amik cuti coz Yang dipertuan Besar N9 nyer besday..Apa kena mengenanya dgn aku..???ada..disebabkan aku kerja dlm wilayah persekutuan putrajaya manakala taska anakku pula dlm jajahan N9..So kalo kjaan N9 cuti, taska batrisyia pun cuti..Nak kena apply cuti nih..Ari isnin la..ari ni tak sempat lak...

tahukah anda apa sejarah yg pernah terjadi di hari jumaat...

"Didalam sebuah riwayat dari Abu Lubaabah menyatakan bahawa terdapat lima perkara yang disebutkan:
a. Allah telah mencipta Adam as.
b. Nabi Adam diturunkan ke bumi
c.Nabi Adam meninggal dunia
d. Hari dimana Allah akan mengkabulkan permintaan hambanya
e. Hari bermulanya kiamat.

manakala amalan-amalan yang biasa dibuat pada malam jumaat adalah

1. Pergi bersolat Jumaat.
Dimulakan dengan membersihkan diri, datang awal ke masjid, mendengar khutbah dsb. Ibn Umar ra dan Abu Hurairah ra mendengar khutbah Nabi di mimbar dimana beliau mengatakan sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat, Allah akan sitarkan hati-hati mereka (hadith Muslim).

2. Membaca surah al-Kahfi.
Diriwayatkan dari Abu Sa'ed al-Khudri bahawa nabi bersabda :- "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya diantara dua Jumaat" [hadith riwayat al-Hakim. hadith ini dikelaskan sebagai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Targhib.

3. Memperbanyakkan berdo'a.
Di riwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah S.A.W menyebut bahawa pada hari Juma'at :- "Hari (ketika) tidak berdiri seorang hamba yang muslim untuk besolat dan memohon kepada Allah apa-apa jua, melainkan Allah akan memberinya - baginda mengisyaratkan dengan tangannya bagi menunjukkan pendek masa tersebut" [hadith riwayat al-Bukhari & Muslim ]

Secara umumnya, hari Jumaat merupakan hari umat Islam digalakkan memperbanyakkan zikir dan do'a. Malahan sehinggakan puasa khusus pada hari Jumaat di makruhkan kerana menurut ulama' agar manusia tidak letih pada hari tersebut, seperti juga orang yang berwukuf di padang 'Arafah.
Cuma selain dari amalan2 yang dinyatakan diatas, umat Islam bebas membaca mana-mana surah yang lain tanpa mengkhususkan bacaan tersebut khas bagi malam Jumaat sahaja. Sabda nabi
"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk berqiam dari malam2 lain, dan jangan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari2 lain, melainkan telah menjadikan puasa kebiasaan dikalangan kamu" [hadith Riwayat Muslim;]
Wallahhualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...