My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Thursday, May 3, 2012

Resepi atas permintaan....Siakap 3 rasa...

Resepi ni aku amik dari myresepi.com




Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5 biji cili hijau (dikisar)
  • 2 biji cili merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1cm halia (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  • Air

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
  3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.
  5. SELAMAT MENCUBA 

Slalunya aku pakai resepi sendiri jer tp kali ni nak kelainan sket...dan hasilnya sangatlar memuaskan....sedap dimakan panas2...

Wednesday, May 2, 2012

Reunion @ Shah Alam

Smalam sempena cuti hari buruh kami sekeluarga berkumpul beramah mesra dgn geng2 Uitm Segamat...Asalnya aku dah invite kat fb tapi tak dpt respond...so aku just plan ngan member sekitar shah alam jer lar...Destinasi yg dituju adalah rumah yan di puncak perdana...Aku just bawak kek sebagai buah tangan buat tuan rumah...

kek terpaksa di 'seatbelt' kan sebab tanak kek terjatuh tahan polis trafik


si pembawa kek...
Sampai2 jer juadah makan dah terhidang depan mata...takkan nak terus terjah...beramah mesra ler dulu...heheh



budak2 biasa lar berkenal2an dulu

then terus jer sambar sebijik pinggan...

masa aku sampai adina dah sampai dulu...dia ada appoinment lain so dia dtg awal dan boleh balik awal...



kek brownies walnut...

diantara menu yg disediakan....sambal sotong

masak lemakcili api udang disediakan oleh chef wan merangkap tuan rumah

selain tu ada gak mee goreng, telur dadar. marble kek dan buah

ni ler tuan rumah puan yan dan tetamu yg sampai lewat sket...puan siti

siti ada bawak mee rebus tp aku lupa plak nak snap pic...heheh



mak2 nak bergambar..



ni anak2 plak bergambar

yg si kecik dah tetido..letih sgt gamaknya


bapak2 plak nak bergamba...si batrisyia nih dia bukan kira dgn bapak saper pun dia boleh bermanja




masa ni dah nak balik dah...Destinasi seterusnya InsyaAllah wat kat umah siti plak...heheh..
Kitorang gerak balik lebih kurang jam 6 ptg...abis sumer citer2 masa blajar dulu di kenang kembali..lama dah rasanya tak bergelak ketawa dgn meriahnya macam dulu2...time kasih kepada Encik iwan dan puan fuziyan diatas makanan sodap dan layanan istimewa yg diberikan...Semoga korang sihat slalu dan murah rezeki...

Projek usahasama encik suli dan menantu...

Projek ni dah bermula sejak sebulan lalu...dari perbualan biasa seorang menantu dan pak mentua menghasilkan idea menanam cili secara serius...







tuan cili yg hepi melihat hasil tanamannya...

cili baru menunjukkan anak benih yg dah mula bercambah...InsyaAllah bulan puasa nih dah boleh mula tuai hasilnya...

Happy birthday my lovely sister deqla...yg ke 16 tahun...heheh..

Actually besday deqla 23 Apr..tp sebab jatuh ari isnin so kitorang plan celebrate besday dia kat kampung...dah alang2 ramai balik kg cuti ari buruh ni kan...Majlis dibuat secara kecilan tetapi meriah...Kalo nih aku monopoli dapur dgn dibantu oleh deqla...

Diantara menu lunch yg disediakan...

siakap 3 rasa

tomyam seafood

sotong + udang goreng tepung

taugeh goreng

dan  kailan ikan masin


Majlis dimulakan dgn bacaan doa oleh deqman


dan diikuti dgn hadiah dari aku ngan kak ita....



Ni plak aksi2 mencuit hari Baby aliya dan kak Batrisyia





Deqla dan anak daranya

sayang tul dia ngan 'ayiya' nih...


Itu sajerlah sambutan besday buat adinda tercinta...Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga berbahagia slalu...Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...