My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Monday, January 11, 2010

Masak masak di hari ahad

Pg ahad tu, mak sedara hb ada lagi kat umah..diorang ni kira macam mentua aku gak lar (parent hb dah meninggal)..so sbg menantu mesti lar nak tunjuk skill memasak sket..dah lar smalam makan ns bungkus jer(nasi lemak ayam dara)..so aku masak lar bihun singapore..Agak expert gak masak bihun nih sebab dah cuba byk kali..
Sibbaik menjadi...
then tghr nya..dok pikir nak masak apa nih..kalo boleh tanak lar makan kt luar..dah berazam kan..so aku pun try lar masak mee bandung muar..(hb suka sgt makan mee bandung)dan hasilnya..jeng jeng jeng


Dan ini lar resepinya..Kalo korang nak try boleh lar

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) aku guna daging ayam
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir (hb kata manis sker,,so lepas ni kena guna 1/2 cawan jer)
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:


1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat


Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)


1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.


Bila dah nak siap tu seperti biasa lar pendapat pakar diperlukan..hb suh letak tepung jagung 1/2 sudu makan (bancuh dlm air) untuk bg kuah tu pekat..Alhamdulillah menjadi dan sgt sodap..Cubalah kalo rajin..





Pada sebelah malamnya sambil melayan Anugerah juara lagu..Aku masak lak roti gulung cheese sosej..



Bahan2nya

  1. Roti 5 keping
  2. sosej 5 ketul (rebus dlm air mendidih sebentar dan toskan)
  3. cheese 5 keping
  4. telur 2 biji (pukul dgn sedikit garam)
  5. pencungkil gigi
  6. minyak utk menggoreng

Cara2nya:

  1. Ambil sekeping roti, letakkan cheese,sosej..gulungkan
  2. sematkan pencungkil gigi di hujung roti (bg mengelakkan roti terbukak)
  3. celupkan roti dlm telur dan goreng hingga kuning keemasan
  4. sedia untuk dihidangkan

Slamat menjamu selera..

2 comments:

Nadiah Sidek said...

rajinnya. nnt kalau ada resipi sedap yg dh pernah cuba kongsi2 la jgk ye. silap2 blog ni jd blog resipi lak ;)

Mummy said...

Boleh jer kak nadiah..sy skang ni tgh memantapkan skill memasak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...