Smalam episod terakhir chinta iaitu episod ke 28...
Sambung cerita aritu ek...tp ringkas jer lar sebab bz...hehhe...
Rasul membuat solat isthikarah atas nasihat kawannya bagi membuat pilihan antara sadatul dan chinta..Keesokannya semasa rasul ada appoinment dgn client di sebuah hotel , dia ternampak chinta sedang berpelukan dgn seorang tua bukan muslim...Membuatkan rasul geram dan marah pada Chinta...Bukan kerana chinta menipu nya tetapi kerana chinta mempermainkan taubatnya...
Chinta hanya berpura2 baik dgn sadatul kerana mahu merebut hati rasul iman yg mula menjauhkan diri...Rasul iman sengaja menjauhkan diri dari chinta kerana tidak mau hatinya berubah..Dia telah bersetuju utk berkahwin dgn sadatul...Menjelang hari perkahwinan mereka, pelbagai helah dilakukan oleh chinta tetapi tidak menjadi...
Chinta mempunyai seorang kenalan lelaki yg sebenarnya menyintai Chinta dlm diam....Pada malam perkahwinan rasul chinta telah ditemui terapung dlm kolam mandi dan mujur masih hidup...Dia dilaporkan minum minuman keras hingga mabuk membuatkan rasul rasa bersalah diatas perkara itu... Sadatul yg simpati dgn chinta selepas mendengar kisah hidup chinta dari rasul telah pergi menemui chinta...Sejak itu sadatul semakin akrab dgn chinta...Walaupun dihalang oleh ibu rasul, sadatul tetap berdegil dan mendampingi chinta sehinggakan chinta kembali membuka hatinya utk mempercayai org lain...Selepas bebrapa bulan berkahwin tiada tanda2 menunjukkan sadatul hamil menyebabkan ibu bapa mereka mendesak sadatul dan rasul membuat pemeriksaan..hasil pemeriksaan menunjukkan sadatul tidak boleh mengandung...
Sadatul amat terkejut mendengar berita itu dan lebih menambah luka apabila dia terdengar perbualan luahan perasaan rasul terhadap chinta...Sadatul telah merajuk tidak bertegur sapa dgn iman sampai kan sadatul melarikan diri kerumah ibu bapanya...
Iman yg risaukan krisis rumahtanngganya terbabit dlm kemalangan sehingga tidak sedarkan diri...Sadatul rasa amat bersalah dan bergilir dgn chinta menjaga rasul di hospital..Luluh hatinya apabila terpandang chinta mengucup dahi suaminya...Cinta Chinta pada rasul amat mendalam...
ibu rasul menyalahkan sadatul diatas apa yg terjadi terhadap iman...Selepas pulih, ibu iman mendesak supaya sadatul membenarkan iman berkahwin lagi utk mendapatkan zuriat... Sadatul menolak pada mulanya tetapi akur apabila mengenangkan dirinya yg mandul...Sadatul menetapkan syarat yg bakal madunya mestilah pilihannya sendiri...Tanpa pengetahuan sesiapa, sadatul telah pergi meminang Chinta Chanduri...Chinta yg pada mulanya menolak tetapi terpaksa akur kerana terlalu sayangkan sadatul..Pada hari perkenalan antara bakal madu sadatul dan keluarga iman, ibu rasul pengsan kerana terlalu marah dgn perbuatan sadatul yg meminang Chinta utk dijadikan isteri...Chinta yg tunduk memandang lantai bangkit bersuara apabila ibu rasul mengatakan yg Chinta tidal layak bersuamikan rasul kerana dia pelacur yg akan mengheret rasul sama2 keneraka...Chinta mengatakan tiada manusia yg berhak memutuskan siapa yg masuk syurga dan siapa yg masuk neraka..semuanya adlah ketentuan Allah...
Rasul tidak mahu ibunya terus tertekan lalu berhasrat nak membatalkan pertunangan...tetapi terlebih dahulu dtg memulangkan brg hantaran sekaligus membatalkan pertunangan...Ibu rasul keluar dari hospital dan pada mulanya amat gembira kerana rasul tidak jadi menikah dgn chinta tetapi terkedu dgn kata2 sadatul yg mengatakan ' lebih baik mengalah utk menang drpd menang ttp hakikat sebenarnya kiter kalah'
Ibu rasul menghantar semula rombongan meminang chinta dan memohon maaf diatas keterlanjuran perckpannya tempoh hari...Chinta menerima semula pinangan itu...
Tanpa diduga sadatul didapati hamil 3 bulan menyebabkan semua org berfikir utk batalkan perkahwinan chinta dan rasul...Rasul menolak membuatkan sadatul terguris hati...Tetapi sadatul tetap nak teruskan kerana sayangkan chinta... ibu sadatul telah pergi menyerang chinta kerana menyangkakan Chinta mau merebut menantunya...Kata2 ibu sadatul menyebabkan chinta jatuh pengsan...
Dihospital barular rasul dan sadatul mendapat tahu yg sadatul mengidap sakit jantung..Dia tidak boleh menerima tekanan...Hari perkahwinan pun tiba, Chinta yg manis berpakaian pengantin ttp nampak raut derita di wajahnya...Penyakit yg ditanggung tiba dipenghujungnya..Selepas sah dinikahkan...Disaat cincin hendak disarungkan Chinta rebah dan meninggal dalam pelukan rasul....
Berakhirlah kisah Chinta gadis yg pada mulanya amat patuh pada ajaran agama hasil didikan org tuanya,,,tetapi kerana dikhianati oleh abg kandung, kawan baik dan kekasihnya sendiri menyebabkan Chinta terpesong dari landasan yg benar...tanpa arah tujuan dia menjadi pelacur kelas atasan...tapi kerana cinta juga dia kembali kelaluan yg benar..kembali bertaubat....
Pengajaran yg aku dpt ringkaskan dari cerita ini..jgn ingat org yg buat jahat tu, mak bapak dia ajar tak betul...kdg2 makpak ajar elok dah tp sebab pengaruh, desakan, keadaan dia jadi terpesong...Jgn ingat mereka yg terpesong dari ajaran islam akan kekal begitu selamanya..jika Allah mau memberi hidayah kepadanya tidak mustahil dia akan jadi lebih mulia dari kiter...Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka...
Sekian....
No comments:
Post a Comment