My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Tuesday, August 9, 2011

Akhirnya lulus jua...Alhamdulillah

Pepagi lagi member opis atas bukit dah call bgtau yg result exam KPSL dah keluar....Aku pun apa lagi terus masuk laman web JPA...dan Alhamdulillah  aku lulus paper undang2 umum...tak sia2 aku study hard utk paper nih..Lulus exam nih adalah diantara syarat bagi memungkinkan aku naik pangkat...tp nak kena lepas interview dulu...1st time aku amik exam nih tahun lepas, lulus paper 1 dan 2 jer..tahun nih amik paper 3 jer dan lulus jua akhirnya...Alhamdulillah

Meh sini aku nak bagi tips caner nak lulus exam nih...Disebabkan boleh bawak buku utk ditiru, maka beli lah buku edisi yg paling latest skali...Dalam laman web JPA rasanya ada skop soalan yg bakal ditanya dalam exam...

BAHAGIAN I – PERINTAH AM, ARAHAN PERBENDAHARAAN

DAN TATACARA PENGURUSAN STOR

Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

A.  Perintah Am

i)              Bab A – Lantikan dan Kenaikan Pangkat
ii)             Bab B – Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan
iii)            Bab C – Cuti
iv)           Bab E – Rumah dan Pembangunan Pejabat
v)            Bab F – Perubatan
vi)           Bab G – Waktu Bekerja dan Lebih Masa
vii)          Akta Badan-badan Berkanun
(Tatatertib dan Surcaj 2000)
      viii)     Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib, 1993
      xii)      Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat, 1986

B.  Arahan Perbendaharaan

i)              Acara Kewangan
ii)             Acara pengakaunan
iii)            Audit, Kehilangan dan Acara Hapus Kira


C.  Tatacara Pengurusan Stor

i)              Bab 1    Am
ii)             Bab 2    Dokumentasi Untuk Pemesanan dan Pengeluaran Barang- barang
iii)            Bab 3    Membungkus Dan Menghantar Barang-barang Stor
iv)           Bab 4    Tanda Pengenalan Bungkusan
v)            Bab 5    Penerimaan Barang-barang
vi)           Bab 6    Tuntutan
vii)          Bab 7    Sistem Merekod Barang-Barang
viii)         Bab 8    Kawalan Stok
ix)           Bab 9    Sistem Penyimpanan Stok
x)            Bab 10 -  Barang-barang Terhad Tempoh Penggunaan
xi)           Bab 11 -  Penstoran Bahan-bahan Kimia Dan Barang-barang Mudah Terbakar
xii)          Bab 12 -  Verifikasi Stok
xiii)         Bab 13 -  Pengiraan Stok
xiv)        Bab 14 -  Pelupusan Barang-barang
xv)         Bab 15 -  Kawalan Barang-barang Terluak
xvi)        Bab 16 -  Sistem Perakaunan

D.  Pekeliling Perkhidmatan / Surat Pekeliling Perkhidmatan
E.  Pekeliling Perbendaharaan / Surat Pekeliling Perbendaharaan


Soalan  :           8 jawab 5 (Esei)
Masa                :           3 jam   


Calon-calon dibenarkan merujuk kepada perintah Am, Arahan perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor semasa peperiksaan.



BAHAGIAN II – PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT, ARAHAN KESELAMATAN
DAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM


Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

A.  Panduan Pengurusan Pejabat

i)              Bab 1 – Jabatan Dan Orang Ramai
ii)             Bab 2 – Perkara-perkara Perkhidmatan
iii)            Bab 3 – Surat menyurat
iv)           Bab 4 – Fail memail
v)            Bab 5 – Memelihara dan Menyimpan Rekod-rekod Kerajaan
vi)           Bab 6 – Kemudahan-kemudahan Perhubungan
vii)          Bab 7 – Kelengkapan Pejabat
viii)         Bab 8 – Lain-lain Perkara Jabatan

B.  Arahan Keselamatan

i)              Pendahuluan, Ancaman Dan Tanggungjawab
ii)             Keselamatan Fizikal
iii)            Keselamatan Dokumen
iv)           Keselamatan Peribadi

C.  Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

  • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam bermula dari tahun 1991 hingga sekarang.


Soalan :           8 jawab 5 (Esei)
Masa               :           3 jam


Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan keselamatan dan Pekeliling–pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang berkenaan semasa peperiksaan.


 

BAHAGIAN III – UNDANG-UNDANG UMUM



Soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

i)              Perlembagaan Malaysia Bahagian III, IV dan VI
ii)             Akta pencen (1980) dan Peraturan-peraturan Pencen 1980
iii)            Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


Soalan :           6 jawab 4 (Esei)
Masa               :           2 jam


Calon-calon adalah dibenarkan merujuk kepada Perlembagaan dan Undang-undang/Akta-akta yang berkenaan semasa peperiksaaan.




Sumer buku tuh nak kena standby sukati lar nak pinjam atau beli baru...kalo pinjam pastikan keluaran yg terkini...then tandakan setiap tajuk buku...pastu baca ler lebih kurang..kalo nak baca beria2 pun boleh gak...


Kalo ada soalan2 tahun lepas leh lar wat latihan...Pada hari exam, jawab lar dgn bersungguh2...memang kena tulis dgn banyak, jadi rehatkan jari jemari 3 hari seblom tuh dari buat kerja2 berat...Dah usah dgn gigih pastu bertawakal lar..kalo ada rezeki nak lulus, lulus lar...kiter dah wat yg terbaik...kalo tak lulus gak, leh mohon repeat exam lagi....




2 comments:

azrin_zelina said...

Tahniah,sayapun amik jgk tinggal paper undang2 je yg belum lulus lagi...hehehe

Mummy said...

time kasih...undang2 nih memang payah sket dari paper yg lain...mungkin thn depan awak leh lulus...InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...