seblom mula kursus selfie dulu |
dok tempat VIP |
DMFK |
Auditorium MOF |
tajuk yg diberikan adalah 'integriti: warga kerja kelas pertama'
1. Integriti adalah jujur amanah ikhlas dari segi bahasa dan definisinya....tapi dari segi yang mudah kiter faham adalah perbuatan yang kiter lakukan....tak kira depan manusia atau belakang manusia kiter buat perkara yang betul sebab kiter yakin Allah maha mengetahui.... senang kata orang yg sentiasa mengingati mati adalah org yg berintegriti
2. Manusia yg jahat adalah bila mana dia merasakan diri dia telah baik....perasan baik sebenarnya
3. integriti bukanlah destinasi tetapi ia adalah sebuah perjalanan selagi mana kiter hidup...tak boleh kiter kata...'ok... aku dah berintegriti....' blom cukup lagi sebenarnya....
4. DMFK memetik firman Allah dari surah Saba 34:13 bermaksud
'....dan amat sedikit dari hamba Ku yang bersyukur'
Syukur bukan setakat lepas makan ucap alhamdulillah...syukur luas maksudnya....mari kiter cek adakah kiter benar2 hamba Nya yang bersyukur.
Tanda orang bersyukur
a) Patuh perintah Allah
b) Lakukan setiap perkara dengan TERBAIK
c) bantu org tanpa syarat dan banyak bersedekah
d) Doakan tempat kerja (MOF), bos, kawan sekerja, pelanggan dan orang lain
e) maafkan semua orang
f) Ucap terima kasih pada semua orang
g) didik orang lain utk sama2 bersyukur
- tips DMFK, doakan org lain selama 40 hari berturut2 (secara senyap, jgn hebahkan), InsyaAllah org yg benci kiter akan jadi neutral, org yg neutral akan jadi sayang, orang sayang akan hormatkan kiter
5. Kenapa sukar untuk berubah
a) tak nampak keperluan untuk berubah
b) akal yang jahil
c) hati yang keras
d) kurang disiplin
e) persekitaran yg tidak kondusif
f) iman yang lemah
g) hati dan minda tidak serasi
h) hidup tak seimbang
i) gagal bertemu titik untuk berubah
j) tak kenal diri yg sebenar
6. Untuk itu kiter perlu detoks hati minda dan tindakan
- setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam apa juga asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan
- kerja yg dilakukan dgn ceria, akan menghasilkan yg terbaik
- Ada 3 kategori manusia
a) org yg berjaya- hari ni lebih baik dari semalam
b) org yg terpedaya- hari ini sama mcm semalam
c) org yg celaka- arini lebih teruk dari semalam
7. Apa2 masalah yang kiter hadapi sekarang adalah kerana
- Qalbu yg tak murni
- amalan tidak betul
- fikiran negatif
- masalah persekitaran
-masalah paranormal
- ujian tuhan semata
8. Striving for the highest good (kebaikan terunggul)
- org yg berintegriti adalah org yg buat apa pun terbaik...kalo bekerja dia buat yg terbaik, kalo masak dia masak makanan yang terbaik, kalo layan suami/isteri layan dgn yg terbaik. Cara nk dapatkan yg terbaik tu
a) Solat istikharah
b) mesyuarat
c) wacana intelektual
d) rujuk pakar atau ulamak
e) serve internet
f) nasihat dr ibu bapa / pasangan
g) solat dhuha
h) doa2 khusus
i) tawakal kepada Allah
9. Pakej lengkap pekerja yg berintegriti
a) hati dan niat yg murni- set dalam hati niat nak pergi kerja kerana Allah....
b) Minda yg positif- sentiasa sangka baik dgn Allah
c) usaha dan tindakan yg cemerlang
d) ibadah dan doa
e) hubungan yg cemerlang
f) penampilan anggun
g) berterusan belajar
h) bentuk budaya diri dan budaya kerja yg hebat
No comments:
Post a Comment