Kiter mulakan membaca nota dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....
1. Allah nak beri keistimewaan kepada manusia dengan memberikan bulan Ramadhan
2. Kenapa ramdhan?? kerana umur umat Nabi Muhammad x sepanjang umat terdahulu....ada yg mencecah ratusan tahun. Umur umat nabi hanya antara 60 ke 70 tahun.
3. Dalam bulan ramadhan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. lebih kurang umur 83.3 tahun....just imagine kalo mengaji malam lailatulqadar tu ibarat mengaji selama 83 tahun....begitu juga ibadah lain seperti tahajud sedekah dan apa2 sahaja amal soleh yg dilakukan.
4. Bulan rejab dan syaaban ni adalah bulan persediaan utk menghadapi bulan ramadhan...dah boleh mula kerap membaca alquran, bersedekah, pergi ke masjid. jadi bila tiba bulan ramadhan takder la terkejut
6. Ada 2 jenis penyakit manusia ni
i) terkejut
-Slalu kiter terkejut bila dengar berita kematian kenalan terdekat. rasa baru je jumpa dia. elok je tiba2 dengar berita dia meninggal. ketahuilah bahawa orang yg meninggal tu lebih terkejut lagi. Skang kiter tak rasa apa lagi sebab kiter blom mati lagi....huhuhu
ii) menyesal
-menyesal bila malaikat maut dah ada depan mata. bila dah sampai ajal tak boleh tanggul atau awalkan walau sesaat
-sakitnya sakaratulmaut hanya Allah yg mengetahuinya.
-kiter hidup ni setiap hari hanya nak lari dari kematian, makan supplemen jaga kesihatan jaga keselamtan sebab apa..?? nak lari dari mati je...tapi x la kiter cakap macam tu
-sakit bersalin tu hanya 1 juzuk dari 99 juzuk sakit sakaratulmaut.
7. Ustaz menceritakan rasa bagaimana roh dicabut dari kaki ke pusat dan akhirnya keluar....punya bersemangat ustaz bercerita sampai boleh imagine kiter yg melaluinya....bila roh dah sampai ke halkum taubat sudah tidak diterima lagi. Roh yang keluar akan dibawa mengadap Allah. pada masa itu sudah tau arah kiter kemana . roh turun semula dan duduk di kepala kiter... roh boleh lihat siapa yang datang ziarah , siapa yg baca yaasin siapa yang mendoakan. sampai kubur sudah nampak malaikat munkar dan nankir. Andai ditanya keinginan simati pasti semuanya nak kembali hidup...sebab apa??? nak buat persediaan saat kematian
8. Sepanjang kehidupan kiter, kiter akan di uji...terdapat 3 ujian terbesar
i) diuji dengan rasa takut
- takut hidup seorang
-bila dah kawen, takut pasangan khianat
-bila pasangan ok, takut takde zuriat
-bila ada zuriat takut x leh besarkan dgn baik
- takut nak pergi kerja, takut dapat keje susah, takut kena transfer
bila kiter takut, Allah nak tengok kiter bergantung pada siapa?? Sebaiknya tawakal pada Allah
ii) diuji dengan lapar
-kerana lapar manusia rasa x cukup, tamak, hilang integriti, tak peduli halal haram
-walaupun manusia tak nampak perbuatan jahat kiter, ketahuilah Allah maha melihat
- dengan berpuasa, itulah cara Allah nak didik kiter menahan ujian lapar ini
iii) diuji dgn mengurangkan harta benda dan mematikan org yg kiter syg
- ustaz menceritakan kisah nabi yg kehilangan 2 org yg paling baginda syg iaitu bapa saudara baginda dan isteri tersayang. Bapa saudara yg meninggal dalam keadaan tidak beriman pada Allah. Hidayah tu datang dari Allah, manusia even nabi pun x mampu nak beri hidayah
9. Perbanyakkan pelajari Alquran dan hadis, fahami perjalanan dan hikmah isra' mikraj
10. Ustaz menceritakan tentang kisah masjid yang mempunyai 2 kiblat. bagaimana nabi berdoa hampir setahun kepada Allah untuk menukar kiblat akibat diejek oleh orang yahudi kononnya islam meniru kiblat mereka ( arah masjidilAqsa). sedang solat zohor rakaat ke 2 turun ayat agar menukar kiblat ke arah masjidilharam. Nabi berjalan menukar arah kiblat dan diikuti oleh sahabat2 di saf belakang. Itu la pertama dan terakhir boleh berjalan dalam solat ...
- doa mohon Allah mudahkan kiter menghadapi sakaratulmaut
-berhati- hati dengan doa org yg dianiaya kerana doa mereka tiada hijab... jgn sampai nama kiter tersenarai dalam doa org yg dizalimi.
12. Jangan bertangguh dalam melaksanakan perintah Allah seperti solat. Semua orang buat salah dan jangan ingt kiter orang yg baik sebabnya kiter nampak baik kerana Allah sembunyikan aib kiter.
13. Ustaz sarankan balik rumah malam nanti tanya pasangan...Andai kiter mati malam ni kiter ni ahli syurga ke ahli neraka. sebab pasangan adalah orang yg paling rapat dan nampak amalan kiter seharian.
14. jangan peduli apa yang orang kata tapi pedulikan apa yang Allah kata
15.Utk elakkan lalai
i) dekatkan diri dgn org miskin/ susah, supaya kiter lembut hati, sentiasa rasa bersyukur dan tak sombong
ii) Banyak ziarah kubur, waktu terbaik ziarah kubur adalah pada hari khamis malam jumaat lepas isya' huhuhu
iii) Duduk dalam majlis ilmu even live fb ustaz pun boleh cuma lebih afdhal kalo dapat duduk face to face dgn tuan guru
iv) Banyakkan bersedekah, harta tak sepatutnya banyak disimpan tapi sebaiknya dibelanjakan ke jalan Allah...tu la simpanan utk masa depan... nak simpan pun simpan utk ke syurga cthnya mcm infaqkan harta wakaf sedekah derma.....jgn sampai harta yg kiter tinggalkan jadi fitnah kubur bila waris kiter berebut harta yg ditinggalkan...
Diakhir ceramah ustaz ada membacakan doa yg aku akhirnya menitiskan air mata,,,keinsafan meresap ke dalam jiwa sob sob sob....
tu je yg sempat di catatkan...mohon teguran andai ada yg tersalah faham dan tulis....
No comments:
Post a Comment