My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Wednesday, March 9, 2011

Menyalang ke balakong

Sabtu lepas pepagi buta lagi si kecik dah kejutkan aku dgn siraman air mawar...sumer gara2 aku tertido awal malam tadi...hb plak tak tukarkan dia pampers malam...maka terjadi ler perkara yg tak diingini..Skang nih aku guna 2 jenama lampin sebab drypers daya serap kurang sket dari huggies...nak beli huggies semata2 rasa cam tak berbaloi plak...maka siang aku pakaikan drypers dan malam huggies....apa ker melalut sampai ke lampin plak nih...bila aku tukar lampin dia makan aku ngan dia skali kena mandi..cadar sumer siap basuh...kesian hb kena tido kat sofa...tp takper..dari bergelumang dgn kencing anak...mana nak...pilih

lepas abis mengemas sumer, kitorang gerak balik kampung jam 10.30 pagi..sampai sana nak dekat kul 11.45..mak tgh masak rupanya..biasalar nak meninggalkan suami tercinta makan kena lar masak dulu..abah aku tak ikut skali sebab kambing tinggal...Alasan jer tuh..memang payah nak bawak abah nih berjalan..lebih2 lagi kalo bermalam...so esok abah akan tompang maktih roha dtg dari seremban...dah siap masak makan sumer..kitorang gerak terus gi kajang umah paklong...Sampai sana takder org plak..rupa2 nya maklong ada sedara meninggal kat ipoh..umah sebelah pun takder org maka gi amik kak ita plak..nak dekat kul 7pm baru sampai kajang balik...mencabar sungguh perjalanan ari nih..malam tuh ramai2 ler bungkus bunga telur utk wat bunga pahar....malam tu gak kitorang di balakong..ada sanding2 dan persembahan...adat budaya melayu negeri sembilan dan org balakong nih amat berbeza skali aku rasa...

kitorang aritu just ada karaoke jer utk hiburkan org ramai tp diorang nih siap ada berzanji, maulid, konsert lawak, siap ada pentas besar lagi...sungguh2 meriah...lain tempat lain budaya...masa kami sampai deqla mmg dah ada kt pelamin..dok bersanding berdua pakai baju merah..dia duduk jer kat situ cam patung...hahaha...rasakan...diorang nih tak giler bergambar cam kitorang..kameraman plak ada hal tak boleh dtg..maka dok lar berdua kat situ jadi tatapan umum...yg herannya org bukan tgk pengantin sgt tapi tgk persembahan yg sedang berlangsung...sibbaik ada aku ngan akak jadi kameraman..kalo tak ada pengantin yg jadi camwhore nanti amik gambar muka sendiri..tp takper lar dah style diorang macam tuh...

Ada jugak tukar2 baju malam tuh..aku naik atas dan aku jumpa benda nih...

tangkal hujan...hahaha..Dah dekat kul 11 kitorang pun balik..masa tuh tgh berlangsung konsert lawak..kalo tak mengenangkan rumah org mmg bersapau aku kat situ...best gak tgk..klakar..tp lupa amik gambar

Esoknya nak dekat kul 11.45 kitorang gerak ke taman Setia Balakong..Ingatkan sampai terus berarak..rupa2nya berarak kul 1ptg..sementara tuh kitorang dok lar kat umah kakak Din..aku dok dalam kete jer pasal si kecik bubum...

kak ita comel

abu yg comel jugak

ni nak berarak dah nih...disebabkan abah tanak bawak hantaran..maka dia kena bawak cucu...tetiba ada sorang kakak nih tarik aku mintak aku tolong jadi pengapit deqla...pasal diorang sumer sibuk...pulak...berkejaran lar aku kat deqla jadi bidan terjun...rupa2 nya pengapit lelaki pun main cekau jer

ni persembahan kompang...bukan cam adat melayu biasa...stakat tepuk2 kompang jer...diorang nih siap menari bergelek segala..dari mula berarak sampai lar pengantin dah naik pelamin...nak dekat 10 minit baru berenti...dah lar panas terik...si batrisyia nih pulak tak leh tgk mak jadi pengapit..dia pun sibuk gak nak menyelit...sampai menangis dia
jadi aku bg dia air sejuk...memula minum pastu...
celup...bertuah punya budak..

gambar diorang bersanding takder sebab aku sedang bersantap...lapar giler

ni pengantin nak gi makan beradap

makan jgn tak makan..aku siap tolong kopekkan kulit udang lagi..

kak long n kak ngah



siap ada live band lagi..

raja ber hari hari

bergambar kenangan dgn kawan2 din..


Selesai lah sudah rentetan majlis pernikahan, persandingan dan perkahwinan deqla n din
Semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat...Amin...



Avon dan cosway....














Khas buat kawan2, sedara mara, jiran2,

Dengan ini diumumlan saya adalah dealer Avon dan Cosway...Berminat nak order...sila jumpa sy di office tingkat 4 BPP (unit kawalan kredit) atau di rumah saya di nilai... Ready stock pun ada..dgn harga yg berpatutan..




Monday, March 7, 2011

Happy birthday deqman..

Smalam besday adikku Nurrahman yg ke 21...Disebabkan kitorang sumer berkumpul kt rumah paklong sebab nak kenduri di balakong...Maka aku just beli kek dan celebrate kat sana jer...

sebab aku yg pilih maka kek indulgence ler yg aku beli...

apa ntah yg ditangiskannya masa nih...tunjuk kek baru diam..

besday boy...

aku ckp ni acim (aiskrim)...maka dia makan dgn seleranya...


Friday, March 4, 2011

Hari Persandingan Deqla...

Punyalar pulun buat keje sampaikan tak sempat nak update citer sambungan hari persandingan deqla..Ahad pagi tuh, cadangnya aku nak wat bihun Spore special..tp disebabkan aku terlewat bangun..mak dah siap wat pulut kuning...so makan pulut dgn rendang lar kitorang pagi tuh...

masa nih tak brapa sibuk lagi...Aku kemas2 umah ala kadar pastu bila nak vacum baru, apsal vacum nih cam semput jer...rupa2nya dah jahanam...mungkin sebab didera berturut2 slama 3 ari vacum satu rumah...kena lar kembali ke zaman dahulukala...guna penyapu..

Aku dah tak larat nak citer sumer yg terjadi pada hari kejadian maka tengok gambo jer lar...

Pelamin nan indah..tempah kt area melang, kuala pilah

menanti penuh debaran


pengantin manis berbaju rona gold

tangan dihulur dan disambut dgn ciuman mesra

fokus pada tukang bawak bunga manggar...mr abu

sama cantik sama padan

rombongan pengantin lelaki

satu2 nya nenekku yg masih ada...uwan lee kiew


ucapan terima kasih dari pengantin



pengantin lelaki malu2 sket

to be continue lagi...

Saya amat sibuk kebelakangan nih sebab tanggung keje kawan cuti bersalin...
terpaksa curi2 masa utk update blog...semoga kalian dalam keadaan sihat sejahtera...amin


Tuesday, March 1, 2011

Adat perpatih: tetiba jadi minat nak tau pasal adat lepas kawen deqla

sebut pasal adat nih, teringat pada suku, maka terkenang suatu masa dulu....aku ditugaskan oleh abah utk bayar bil api dan air..kat pejabat pos...tetiba aku ditegur oleh sorang orang tua lelaki...
orang tuo: ko suku apo daro
aku: ntah lar pakcik..tak tau ler..(buat muka confuse)
orang tuo: apo nih suku pun tak tau..balik kang tanyo omak kau...
tetiba dia marah plak..aku kenal pun tidak...tapi disebabkan aku nih punya ciri kesopanan yg sangat tinggi maka wat tak tau ker la...
nak elakkan diri dari kena marah lagi oleh orang tua yg lain maka balik jer aku terus tanya mak aku suku apa..
aku adalah suku biduanda....hahhaa..kalo org nogori ckp suku dondo(biduanda)...org nogori nih kalo bab bercakap memang pelik2 betul perkataanya...dapat lak mak ngan abah...aduh pekat tul...kengkadang sampai tak terteka apakah maksudnya....contoh:

menjempulun
terkedahap
menyonsong
suar kopuh
melikai
berketuntang

dan banyak lagi lar....
dah biasa dengar nih maka dah tau dah..cuma bila mak ckp depan menantu maka perkataan itu otomatik akan jadi klakar...hahaha

orang nogori nih kaya ngan adat...adat perpatih namanya
Ni sedikit info pasal adat


Artikel dibawah disunting dari link ini...

Pepatah 'biar mati anak, jangan mati adat,' masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke abad millenium kini. Hal ini berikutan beberapa adat yang masih dilakukan oleh kebanyakan masyarakat 'Pepatih Nan Sebatang Sabai Nan Aluih' atau Negeri Sembilan, terutamanya adat perkahwinan pepatih. Tidak hairanlah, jika sehingga ke hari ini ramai lelaki yang 'agak keberatan' untuk menyunting anak dara jati Negeri Sembilan, kerana adat dan syarat-syaratnya agak rumit. Berikut adalah susun atur upacara perkahwinan adat pepatih.

Adat Merisik dan Meminang
Bermula seawal merisik, tuan rumah (pihak pengantin perempuan) akan membuat persiapan seperti memasang lelangit yang merupakan kain yang dipasang di atas permukaan bumbung rumah. Pihak pengantin lelaki akan diwakili oleh buapak dari sukunya, begitu juga dengan pihak pengantin perempuan, yang diwakili oleh buapak dari sukunya.
Adat merisik ini dilakukan bagi memastikan gadis yang dipinang masih belum berpunya. Dalam istiadat ini, pihak lelaki haruslah menyediakan cincin tanya seperti adat perkahwinan Melayu biasa.
Epok dan bujam atau sirih untuk dimakan perlu disertakan oleh pihak lelaki dan diserahkan kepada pihak perempuan. Setelah mendapat kata sepakat dari kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, tarikh pertunangan juga ditetapkan.
Dalam istiadat bertunang, pihak lelaki perlulah menyediakan cincin tunang dan diserahkan kepada pihak perempuan. Buapak kedua-dua suku, akan menetapkan tarikh perkahwinan. Cincin tanya yang telah diserahkan semasa adat merisik itu akan dikembalikan semula kepada pihak lelaki. Proses ini dikenali sebagai proses mengembang cincin. Cincin tersebut kemudiannya perlulah dirujuk kepada buapak dan waris saka yang lain.
Setelah ditentukan harinya, buapak bagi pihak lelaki perlulah bertanya kepada buapak pihak perempuan, tentang beberapa perkara, iaitu termasuklah:
a. mas kahwin perempuan yang dipinang
b. belanja hangus yang diminta oleh pihak perempuan
c. wang bayar upah nikah
d. wang rompak pintu
e. wang masuk khariah
f. wang adat untuk buapak
Maka dengan terjawabnya persoalan-persoalan ini, selesailah adat meminang, lalu doa selamat dibacakan.
Adat nih masih family aku amalkan..tapi wang rompak pintu tuh aku tak pernah dengar plak..dah cam penyamun lak rasa

Adat Berkampung
Setelah kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk menyatukan kedua-dua anak mereka, buapak akan bertanyakan tentang majlis kenduri kahwin, yang akan dibuat. Kemudiannya buapak akan mengumumkan kepada penduduk kampung supaya datang bekerjasama semasa kenduri itu nanti, di mana setiap orang menpunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing. Upacara ini dinamakan berkampung. Ia dilakukan bagi mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara penduduk-penduduk kampung serta bergotong-royong dalam apa jua keadaan.
.
yg ni pun ada tapi aku tak dapat balik...lagipun makan bihun jer...hahaha...kalo wat lemang ker ketupat ker InsyaAllah aku balik

 Adat Menjunjung Pengantin
Antara upacara yang menarik dalam adat pepatih ialah adat menjunjung pengantin. Pengantin akan dijunjung dan diarak sehingga ke atas rumah. Tandu akan dihias dan diikat pada buluh.
Sebelum pengantin naik ke atas rumah, kedua mempelai akan membasuh kaki. Upacara ini dilakukan oleh saudara-mara. Tujuan dilakukan sedemikian adalah untuk menunjukkan orang Melayu kaya dengan kesopanan dan mengutamakan kebersihan sebelum memasuki sesebuah rumah

ni serius memang takder...mana nak cari tandu..nak ikat2 lagi..dan yg paling penting kalo pengantin saiz s takper...kalo saiz cam aku nih camana...


 Adat Merenjis
Upacara ini dimulakan oleh buapak, dan diikuti dengan bapak-bapak lembaga yang lain. Setelah selesai tetamu-tetamu kehormat merenjis, barulah diikuti dengan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang lain.

ni kat tempat lain pun ada buat nih...cuma lain sket..diketuai oleh YB, VIP, org besar, mak bapak pengantin, sedara mara, sahabat handai, jiran2...deqla smalam nak dekat 60 orang merenjis dia..aku tau sebab aku jadi tukang bagi bunga telur...


Adat Menyuap
Satu lagi upacara yang menarik adalah adat suap-menyuap. Dalam upacara ini, pengantin akan cuba menyuap pulut kuning ke dalam mulut pasangannya, sementara pasangannya perlulah mengelak. Upacara ini dibantu oleh ahli keluarga.

adat nih aku nak wat masa aku kawen tapi tak teringat sedangkan pulut dah siap..masa deqla nih aku ingat siap tanya lagi nak ker tak...deqla kata tak yah lar..suap2 kat meja makan jer lar...amboi..takut mekap terjejas lar tuh.. seingat aku ,aku ada tengok adat nih masa kecik2 dulu..mmg gamat jadinya bila mak andam nak suap ke pengantin lelaki tetapi pengapit pengantin lelaki dah siap adang guna tangan...kena usaha sampai dapat...tapi pengantin perlu lar malu2..takleh lar ko nak menganga lebar2 makan pulut bersungguh2 atas pelamin tuh..kok 7 keturunan di umpat kat org kampung...hahaha


Hidangan Bapak Lembaga
Buapak dan bapak Lembaga akan dijamu ditempat yang disediakan oleh tuan rumah. Mengikut lazimnya, makanan yang dihidangkan kepada mereka perlulah diasingkan dan ditutup dengan tudung saji beralaskan kain. Ini sebagai tanda berterima kasih kepada Buapak dan Bapak Lembaga kerana sudi menghadiri majlis persandingan anak mereka.


oh..ini mesti..masa kawen aku sampai kebuluran tetamu kat luar nak makan gara2 buapak lambat sampai...aduyai..yg dewasa takper lar. leh sabar lagi..yg bebudak nih..berketuntang nak makan..kesian korang..bukan salah aku..aku kan pengantin tak tau cerita...tambah menyeksakan lagi bila aroma lauk pauk sudah menusuk hidung menggamit2 selera dan perut yg lapar..


Adat Menyembah
Bagi melengkapkan adat, upacara yang terakhir adalah upacara menyembah. Dalam upacara ini, pengantin akan bersalam dengan ahli keluarga. Pengantin akan diperkenalkan kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang baru, supaya tidak merasa kekok setelah menjadi suami isteri. Upacara ini dimulakan dengan pengantin bersalaman dengan Buapak, diikuti dengan waris saka yang lain.


yg nih pun biasa gak tapi yg aku musykil boleh ker kiter salam ngan buapak..leh batal air sembahyang kan..ntah ler..tp aku memang tak salam buapak..aku salam bapak2 sedara aku jer...ada satu lagi adat menyembah nih ialah selepas abis kenduri..pasangan pengantin berdua akan pergi ke rumah setiap bapak dan mak saudara belah pengantin perempuan memperkenalkan suami...pengantin pergi membawa 'boko'..aku dulu bawak dodol..nak balik tuh pak sedara nih akan bagi duit pada pengantin sebagai hadiah..jumlah nya terpulang pada mereka sendiri...seronok tuh dapat duit...hahaha..kan best kalo pak sedara ada 20 orang..

Perkara yang amat dititikberatkan oleh masyarakat Negeri Sembilan adalah tidak berkahwin sesama suku. Masyarakat yang mengamalkan adat pepatih ditegah daripada mengahwini sesama suku. Mereka yang melanggar pantang ini akan disingkirkan atau dibuang daripada daerah Negeri Sembilan. Oleh kerana terlalu menghormati adat, masyarakat Negeri Sembilan berpegang teguh kepada pantang ini sehingga kini. Mereka percaya jika pantang itu tidak dipegang, maka keluarga atau suku tersebut akan ditimpa bencana.

kalo nak kawen gak sama suku, yg lelaki tuh kena keluar suku...bukan keluar sesuka jer..ada lar dibuat majlis..kalo tak silap kena sembelih sekor lembu...nak slamat sila tanya bakal suami ada suku ker tak..kalo ada..suku apa....kalo sama, sila lar sediakan duit blanja lebih utk kawen...hahaha..



.Perkahwinan adat pepatih tidak seperti perkahwinan biasa. Istimewanya perkahwinan ini adalah kerana dihadiri dan dimeriahkan lagi dengan kedatangan Buapak, Bapak Lembaga, Ketua Adat serta Ketua Kampung.


The making off: majlis persandingan ziela & wiwie


Sempena majlis persandingan deqla nih aku n hb dah siap2 amik cuti 2 ari...jumaat ngan isnin..Sibbaik la kami sama2 kerja kerajaan..senang nak amik cuti sama2
Abis keje ari khamis aku dah packing barang segala...lepas maghrib bertolak balik kampung...penuh kete ngan payung pasar malam, vacum, kain baju, bakul susu lagi..Ada lar space celah2 baju tuh utk aku ngan batrisyia duduk..kalo tak..kitorang balik naik bas...huhuhu



muka ceria nak balik 'tapung'

Jalan nak masuk rumah...sibbaik gak deqman cuti sebulan lebih...boleh kata hari2 dia menebas..kasik clear sumer...jalan nak masuk kg aku nih takleh selisih 2 kete..kalo tak  pandai adjust leh masuk longkang atau ke gaung..pilih mana nak..

ni plak dari pandangan hadapan...


depan rumah lagi

anak sepupu sebelah abah..

pelamin yg baru siap separuh


Masa aku sampai khamis malam tuh, deqla tgh pakai inai..Dia nih kalo pakai inai bukan leh dok diam..jap gi basuh pinggan lar basuh kain lar..pudar lar inai tu dik oi...kalo dia tak buat saper lagi kan..tu pasal lar aku balik awal sket..kesiankan deqla

Jumaat pagi, hb gi amik nenas utk buat pajeri...baper bijik aku pun tak tau..tghr bawak ke malam ntah kemana dia kena suruh beli itu ini..kesian suami ku...camtu lar bang...dulu masa kiter kawen terkangkang2 deqla nih menolong sampai kan koyak2 baju dia..la ni giliran kiter plak tolong dia..

aku siap2 iron baju sebab tanak iron masa sibuk..kalo sibuk2 kang takde mananya aku nak iron baju..iron ler memasing punya baju...dah siap iron baju aku, hb, anak, fariez....pastu deqman, abah ,baju mak,dan siap...banyak keje nak wat kenduri nih sebab sumer kitorang masak sendiri..tak der caterer2 nih...
dari masak air minum, masak nasik, lauk pauk, souvenir, bilik pengantin, meja beradap, lauk pengantin.tabir lelangit, talir lingkung, ntah apa kebendanya lagi..sibbaik mak aku tak pandai mekap..kalo tak mau dia jer jadi mak andam...lagi jimat...

yg deqla tempah cuma, pelamin, make up, cameraman, karaoke dan khemah...yg lain sumer sendirian berhad..
malam tuh merebus telur sampai nak dekat 1 sarang telur rosak..bukan rosak apa pun mungkin ter over cook...api kemain panas..terkejut telur tuh..tapi tak per..mak aku kan kreatif..sabtu pagi tuh kitorang sarap ngan nasik lemak sambal telur...tak ler membazir

pagi sabtu tuh hb gi amik lembu ngan abah..skali banyak plak alasan budak lembu tuh...lembu tak *cokau lagi lar apa lar..ko ingat kenduri nih acah2 ker..merajuk abah aku terus beli kerbau kat tempat lain...ha..kan dah melepas ngko..tu lar kalo nak meniaga nih serius sket boleh tak...sibbaik ada kerbau..kalo tak mau sereban kambing abah kena sembelih...

sabtu pagi sedara mara sumer dah semakin ramai...sabtu petang ditambah ngan orang kampung dan jiran tetangga..masa nih aku dah terkejar2 kesana kemari...aku tawakal jer lar harap2 ada saper2 tolong tengok2 kan batrisyia...bukan apa..terleka sket jer kang dia dah panjat tangga naik atas..pastu bergayut kat tingkap....tertonggeng ke bawah kang saper susah...ada mood kejam dia kang ditariknya ekor kucing sampai kucing tuh jerit2 mintak tolong...aduyai budak bertuah...tapi Alhamdulillah, dia pandai2 bawak diri...kesian anak mak...

Sabtu malam tu sibbaik lar ada karaoke yg menghiburkan kitorang yg bergelumang ngan gulai dan lauk nih..aku amik tender basuh pinggan jer...deqla diarahkan pakai inai lagi...itupun dgn inai penuh dijari nak jugak bersepah kat tempat basuh pinggan nih...dia kuat gak nak tolong...ish budak nih..kalo aku lama dah aku tido...hahahaha...
malam tuh nak dekat kul 1 pagi baru tido...itupun ketung ketang kat dapur tak settle lagi...mak plak nak dekat kul 3 pagi baru tido...cam biasa lar mak paling last skali tido dan paling awal skali bangun...

to be continue....

Thursday, February 24, 2011

Cuti beberapa hari sempena kenduri kendara di kampung terchenta...

InsyaAllah petang nih pasking brg semua balik kampung...sebabnya esok pepagi buta selepas subuh hb diperlukan utk kerja2 amal sempena persandingan adik ku...takpe bang lepas abis kenduri kiter suh deqla blanja kiter bercuti eh...kiter tompang dia gi honeymoon...

Doakan segala berjalan lancar, cuaca elok dan semua yg hadir utk kenduri nih selamat perjalanan pergi dan balik...InsyaAllah...teringat masa hari nikah aku dulu, lepas solat aku berdoa semoga cuaca elok, tidak hujan dan tidak terlalu panas...Alhamdulillah sepanjang hari tuh suaca elok jer..macam mendung tapi tak hujan...org zaman dulu2 kan ada kepercayaan mencampakkan pakaian dalam pengantin utk elak hujan....huhuhu....jgn percaya lar benda2 mengarut nih...nak mintak apa2 hanya pada Allah sahaja...doa dan tawakal..kalo dah Allah nak bagi hujan, bersabar dan bersyukurlah..pasti ada rahmat disebaliknya yg hanya Allah sahaja yg tau...

Astro dah ada gov tax...sejak bila...?????

Ada gak dengar aritu member merungut pasal astro charge gov tax...aku ingatkan utk saper2 yg amik astro first jer...Skali datang bil bulan nih...terkejut aku...Terkejut sebab bulan lepas tak dapat bil...kemana ntah bil aku...tak pasti samaada memang tak sampai ataupun bebudak curik surat aku...apa kes nak curik surat org plak...ntah lar...

Aku tanak jadi macam mula2 aku masuk astro dulu...bil lambat sampai aku takder lar wat payment...yer la no akaun pun tak tau..skali ngko dtg bil bulan ke dua dia terus charge aku 30 inggit tak silap...aku just byr yg semasa jer la..konon2 macam bayar bil air ngan api...skali bulan depan tuh, dia charge lagi keatas amaun yg tak bayar tuh...sibbaik hb ada member kat astro masa tuh...member dia tolong checkkan dan dia suh bayar gak semua tunggakan tuh..bengang tul aku...masa tuh bil nak dekat seratus gak padahal aku amik pakej asas+3 mini pakej jer...

tanak kejadia sama berulang lagi maka bulan lepas aku bayar jer lar astro tuh tanpa bil...no akaun astro mmg aku dah save dalam phone...awal feb aritu hb aku tergoda ngan astro first...astro pun nama dia kan tp aku yg bayar...hahaha...aku tak kisah tp utk yg astro first tuh aku mintak dia topup sket nanti...maka kami pun langgan citer ngangkung...48 jam..ntah baper kali dah aku tgk..sampai bwk balik smartkad tuh balik kg...yer la rugi ler 15 engget tengok dua orang jer..nak ajak2 jiran2 skali tgk segan plak....kira berbaloi lar sebab nak dekat 7 orang yg tgk...kalo gi cinema dah 77 engget...

Smalam bila dapat bil aku tgk yg aku bayar bulan lepas ada terhutang lagi 3 ringgit lebih...pastu astro first tuh bukan 15 engget semata2 siap charge 6% gov tax...cis..nak dekat 20 engget lar kiranya...tetiba rasa tertipu plak...kalo ikutkan hati memang aku potong jer astro nih tapi mengenangkan tv tak clear..pastu kartun takleh tgk, terpaksa lar batalkan niat murni tuh...

aku ingat nak amik yg asas jer lar...baru 30 lebih...tapi kartun plak takder..yg ada astro ceria jer...yg tak brapa nak ceria...aku suka channel 612 dan 613...kartun dia macam berpelajaran sket...batrisyia dah pandai ler ckp omputih sket2...contoh macam kartun dora...

kalo dalam english
dora: do you want to play with me?
batrisyia: yeshh

kalo dalam malay (tv9)
dora: mahukah kamu bermain dengan saya
batrisyia: terkebil2 jer tgk...tak faham rupanya...

ada tak pakej yg kiter boleh pilih channel mana yg kiter nak...aku bukan sempat tengok sumer pun...yg slalu aku tgk  tv3, tv9, 104,105,106,108,612,613,615,701,711 yg lain sumer citer apa2 ntah....asik ulang2 jer...kalo ari malam takder citer best kat tv3,104 dan 105 aku akan bukak 108..kalo sumer mengarut, aku sanggup tengok channel kartun...sampai lar batrisyia tido...

Monday, February 21, 2011

17 Feb 2011...aku menerima adik ipar baru...

Selamat datang pada din atau dgn nama manjanya wiwie ke dalam keluargaku yg bahagia ini...chewah...khamis lepas satu2 nya adik perempuanku merangkap teman gosip slamat dinikahkan dengan suami tercinta salehudin...Dgn 2 kali lafaz, deqla sah menjadi isteri din...

Aku amik cuti 2 hari sebab ari sabtu tuh abah mintak tlg hb belikan kelapa 100 biji utk kenduri persandingan 27hb nanti..So aku malas nak berulang dari kampung maka aku mengorbankan cuti ku itu...hb aku tetap nak keje gak..Insiden yg amat mencuit hati apabila bapa pengantin lagi gabra dari pengantin itu sendiri...masa aku kawen dulu, abah jugak yg jadi wali..Aku dah siap tulis kat atas kertas utk abah aku berlatih..skali betul2 dibacanya kertas tuh masa akad nikah...itupun kali pertama

'aku nikahkan dikau dgn anakku dgn mas kawen"
anak yg mana pun tak tau sebab ada 3 org anak dara masa tuh

kali ke dua
"aku nikahkan dikau dgn rosmaria dgn maskahwinnya dua ratus lima ringgit tunai"
actually mas kawen aku 250..abah tertinggal perkataan puluh..

skali abah dpt ckp dgn lancar, maka dgn lancar nya suamiku menyebut "aku terima nikahnya rosmaria binti rusli dgn mas kahwin 250 ringgit tunai"...sumer org pakat gelak sebab kemain laju hb aku ckp sebab takut jap gi kalo dia salah nak kena wat lagi skali...


Ni tiba masa deqla plak...
Deqla pun nak sediakan kertas tp abah aku tanak..dah expert kononnya..kali nih dia nak ckp "aku nikahkan dikau dgn anak saya"...chewah memandai nak tukar...
Seblom mula tuh tok kadi suh abah mintak izin pada deqla utk nikahkan dia dgn din

abah: se nak nikahkan kau dgn salehudin..kau rela tak
deqla: rela (sambil angguk)
apsal aku dulu takder pun abah tanya ek...confuse

ijab kabul pun dimulakan..masa testing depan tok kadi...dia reject..dia suh ckp aku nikahkan dikau dgn anakku...huhuh...selepas 3 kali testing dgn jayanya...barular betul2 nak akad nikah..Abah aku dah start nervous...

kali pertama
'aku nikahkan dikau dgn anakku dgn mas kawen"
masa nih mak aku gelak paling kuat skali...huhuh

kali ke 2
" aku nikah kan dikau dgn aku"
tak penah lagi jadi dlm sejarah pak mentua kawen ngan menantu...

kali ke 3 baru lar betul2 dan sekali lafaz oleh din maka sah lah mereka sebagai suami isteri...

Selesai akad nikah, acara makan2 dan bergambar..lepas amik gambar, pengantin lelaki ikut skali rombongan balik sebab sanding lagi 10 hari..hehehe...kesian...setahun bertunang leh tunggu takkan 10 hari jer takleh nak sabar...takkan lari gunung dikejar....

tgh make up lagi

 gambar tak clear sgt sebab guna phone jer

 detik2 cemas diijabkabulkan

mak pengantin

abah pengantin

pengantin lelaki

sepersalinan baju dan tudung utk kak ita


Alhamdulillah selesai diijabkabul

pose brutal seorang pengantin


ni aktiviti membungkus jajan selepas habis majlis..

happy betul dia tgk gula2 berlambak2 nih..tak habis2 mengira tapi sampai 10 jer la...pastu sambung one two three plak...nak dekat suku balang dia makan..sumi tuh tak tau baper bungkus dia makan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...