My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Wednesday, December 23, 2009

Kemanisan berumahtangga








Perkahwinan menghalalkan segala yang haram sebelumnya. Ia adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh hampir setiap teruna dan dara. Saat yang penuh nikmat dan saat yang penuh debaran. Nikmat kerana hanya dengan perkahwinan, segala persoalan, batasan dan khayalan kini diungkai sepenuhnya.


Dalam pada itu, perkahwinan juga menghadirkan debaran-debaran pada hati kedua mempelai tatkala diijab kabul, malam pertama dan tanggungjawab yang mendatang. Dengan sebab itu, sebelum seseorang melangkah ke jinjang pelamin, buatlah persediaan secukupnya baik dari segi ekonomi, ilmu, perasaan dan tingkah laku.

Seseorang yang merancang untuk berkahwin mesti dapat menjangkakan kedudukan kewangannya selepas perkahwinan dan seterusnya selepas menimang cahaya mata. Jangkaan-jangkaan yang perlu diambil kira ialah perbelanjaan harian, sewa rumah (jika perlu), kenderaan, pakaian, peralatan, bil, keluarga belah suami atau isteri dan banyak lagi pertimbangan luar jangkaan. Jika anda merasa berkemampuan untuk menguruskan kesemua hal-hal yang tersebut, maka selepas perkahwinan nanti, anda akan merasa lebih selesa. Jika tidak, bawalah pasangan anda berbincang bagi mendapatkan pemahaman dan keputusan agar kelak masing-masing dapat menerima kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing.

Persediaan dari segi kesihatan juga dirasakan semakin perlu akhir-akhir ini. Sebelum berkahwin, anda perlu memastikan kesihatan anda memuaskan kerana takut kalau-kalau ia boleh mempengaruhi kesihatan pasangan dan merosakkan mahligai bahagia.Ilmu juga memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga.

Orang yang berilmu biasanya lebih matang cara berfikir dan bertindak, lebih sabar dalam menghadapi kerenah rumahtangga dan tidak terburu-buru membuat keputusan.Apabila anda berkahwin, anda perlu ingat selalu bahawa insan yang dikahwini mempunyai perasaan yang berlainan daripada anda.

Oleh sebab itu, jika anda dapat menyelami perasaan masing-masing, bahtera rumahtangga lebih mudah dilayari walaupun dilanda gelora. Selalulah berkomunikasi dan cuba selesaikan sebarang masalah sebelum masuk tidur.Setelah berkahwin, anda juga perlu menjaga tingkah laku. Semua kelakuan dan tabiat yang kurang disenangi sebelum berumahtangga perlulah dibuang.

Anda juga harus berkelakuan mengikut situasi kerana walaupun anda berkahwin dengannya, anda perlu ingat dia punya keluarga yang perlu dijaga perasaannya.


*Selamat pengantin baru buat member lama zira dan pasangan..welcome to the club

4 comments:

zielarusli said...

nie yang x sabar nak kawin nie hehe

Mummy said...

sabar...sabar...takkan lari gunung di kejar...

MamaAdeels said...

uikss..tgh jln2 bace blog ko ni...terkejut tgk gmbr sndiri..hihihi...

Mummy said...

hahaha.....pinjam gambar eh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...