My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Thursday, August 25, 2011

Cecara nak wat "popia simpulan kasih sayang"....

Atas permintaan rakan dari facebook..ini ku revealkan cara2 nak wat popia simpul...ni aku karang sendiri nih..bukan dari mana2 sumber dan hasil tunjuk ajar rakan2 se opis...slama pandai makan jer skang kena blajar wat sendiri...heh


Bahan2
1. kulit popia potong 8 (jadi bentuk segiempat tepat)
2.Serunding (tak kisah la ikan, ayam atau daging)
3. Minyak yg banyak untuk menggoreng


Cara2:

1. Serunding ayam atau daging perlu di blender dahulu utk dpt tekstur yg lembut
2. kulit popia yg telah di potong 8 diatur diatas dulang
3. letakkan secubit serunding..jgn letak byk sgt sebab nanti susah nak simpul

4. gulungkan dan simpul seperti simpul mati

5. buat semua sampai habis
6. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan...perlu diingat yg popia nih cepat masak...so jgn tinggalkan nanti hangus plak...
7. toskan dan biar sejuk baru lar letak dalam balang

*bagi mengekalkan kelembapan kulit popia, incase buat tak habis, maka letakkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam fridge...

2 comments:

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

Anis Azman said...

tq untuk resepi kak..amat berguna..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...