My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Friday, November 11, 2011

Resepi: Lontong dan kuah kacang....

Atas permintaan hb, aku wat kuah kacang dan kuah lontong nih..ketupat nasik dah beli lama dah masa nak raya pose aritu...So smalam gigih ler aku mencuba satu resepi yg agak menjadi...dan macam biasa resepi datang dari sini

 

Kuah Lontong

Bahan-bahan ( 10 orang )



  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis


Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding



ini ler hasilnya...kuah kacang tuh termanis sket


Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1kg kacang tanah
  • 2 batang serai
  • 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
  • 3 senduk gula atau ikut suka
  • 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
  • 20 tangkai cili kering
  • 1/3 belacan
  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 3 senduk minyak masak
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
  2. Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
  3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
  4. Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
  5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
  6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
  7. Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!

ni testimoni malam tadi...dia nih pakai baju kurung tak kira malam ker siang...pakai ikut mood dia jer...

ada lebih sket aku bawak ler ke opis..ada ler rezeki member nak rasa lontong sulungku...Alhamdulillah kata mereka boleh bukak kedai...heheh...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...