My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Thursday, March 21, 2013

Mee ketam....

Dari masa pregnant dulu teringin makan mee ketam..dah bersalin baru dapat makan...aku carik resepi dan try wat sendiri...Alhamdulilllah menjadi...masuk nih dah 2 kali aku cuba...

Resepinya adalah dari my resepi.com tapi aku olah sket ikut keselesaan ku


Bahan:
sekilo  ketam (lebih kurang 4 ekor) dipotong dua

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering

Bahan lain
1 peket kecil rempah kari daging 
1 cawan santan
1 biji ubi kentang di rebus dan di lenyek halus
minyak 
air kosong
6 keping tauhu pop

Bahan Hiasan
1 peket mee kuning dicelur 
1 biji tauhu digoreng dan dihiris
2 keping fish cake digoreng dan dihiris
Sawi dicelur 
1 biji tomato dibelah 8
Limau nipis dan cili merah yang dihiris
Bawang goreng untuk ditabur.
2 biji telor di rebus
Daun sup dan daun bawang di hiris halus

Cara:
1- Tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari, dan tambah  air kosong, masak hingga sebati dan agak pecah minyak sedikit.Jika terlalu pekat boleh ditambah air lagi.kalo nak kuah banyak boleh letak banyak air

2-Masukkan ketam dan kentang yang telah di lenyek masak hingga sebati. masukkan tauhu pop...Tambah pula santan kacau. bila dah masuk santan kena kecilkan api dan sentiasa kacau takut meruap...nanti kuah tak cantik...Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.


Cadangan hiasan:
1- Letakkan mee dalam mangkuk.
2-Kemudian masukkan semua bahan hiasan dan tuang kuah kari tadi. Sedia untuk dimakan





Ada lebihan kuah ketam tuh....esoknya aku panaskan balik....dah pekat sket...tanak nasik dan boleh bawak bekal ke opis...jadi lar nasik kari ketam....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...