My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Wednesday, July 10, 2013

13 tips untuk berpuasa bagi ibu menyusu....


Alhamdulillah.. Rejab sudah menghampiri penghujung.. Syaaban pula 
bakal menjelma. Ini bermakna Ramadhan pun dah tak lama lagi nak tiba. 
So camne semua? Dah bersedia nak berpuasa? Terutamanya untuk ibu-
ibu yang bakal buat pertama kalinya nak melalui cabaran berpuasa saat menyusukan anak nanti.  Memang dalam Islam tidak memberatkan beban bagi ibu-bu hamil dan menyusukan dan diberi kemudahan iaitu rukhsah 
untuk berbuka (dengan syarat-syarat tertentu). Namun tidak salah 
sekiranya ibu-ibu cuba untuk berpuasa penuh.

Jom kita cuba tips untuk berpuasa bagi ibu menyusu meneruskan 

niat anda untuk terus dengan penyusuan ibu walaupun perlu melalui 
saat getir berpuasa. Mudah-mudahan Allah permudahkan niat kita 
untuk terus berpuasa penuh sebulan. (jika tak datang bulan la..hehe)

1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. 

Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan 
menjelang 
imsak.

air memang aku takder masalah..tp kadi masalah kalo nak minum byk 
gak waktu sahur...mau terkeluar balik sebab macam paksa..kiter plak 
tak dahaga...tp akan ku usahakan....kalo ikut berat aku perlukan 
hampir 
3 liter setiap ari

2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah 

dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan 
bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

ni tgk keadaan lar tp slalu memang akan masak berkuah satu lauk...
buah pun dah standby...anggur


3)Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari 

kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar 
serapan kalsium dalam badan. malah ia merupakan sumber tenaga 
yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap 
untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.

mana nak cari madu nih...madu tiruan berlambak lah.nak cari yg asli 
tu yg payah


4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

ini ofcos...memang sejak azali aku kalo bulan puasa memang buat 
kerja yg penting dan basic sajer..tak jumpa lar kau bersesak2 kat jalan
 tar di siang ari puasa...kang ada yg berbuka tgh jalan nanti...tu 
sebab aku wat 
stok bahan mentah, siap2 beli baju raya sumer sebab nak simpan 
tenaga...

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang 

yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

ya...seimbang...karbo, protein dan vitamin..kalo takder sayur aku 
akan makan buah


6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga 

segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran 
hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.

yg lain aku makan...oat jer tak lalu

7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.

berkabonat boleh elakkan tp kafein oh tidak...tapi aku amik sket jer...
1/4 sudu teh jer...campur milo dan susu anmum...boleh???


8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu 

malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)

skang aku dah stat pump 4 kali sehari...seblom ni 4  kali gak tp kekadang buat kekadang tak... ikut mood irfan...jadual aku 5.30am, 10.30am, 
3.30pm dan 11.00pm

9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada 

ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan 
kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.




10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda 
dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar 
bagi mengelakkan sembelit.



11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu 

kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara 
dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.


12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa 

tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi
 atau memerah susu.

ni takder masalah...

13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiatuntuk diri sendiri, pertimbangkanlah 

untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

tak tau lar nak amik vit apa...any idea???
credit: Pa&Ma Julai '12 





ni ler rupa peti ais yg penuh ngan stok susu dan lauk mentah


close up sket...tarikh paling lama pun yg minggu lepas punya...setiap botol aku hadkan 3oz....setiap ari aku antar 4 botol bersama ngan bubur nasik...








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...