My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Friday, January 29, 2010

Genting...hari kedua

Disebabkan malam tu tido awal..So pepagi buta aku dah kejut hb rasa cam lapar lak...

Sibbaik sewa hotel ni pakej skali ngan bf..Seawal kul 7 pg kitorang dah turun gi makan...

Sedap gak lar makanannya tp tak byk pilihan sgt..


Dgn penuh berselera batrisyia makan..termasuk lar aku skali

Lepas bf, kitorang terus gi Gohtong Sport centre..Hb nak gi swimming...aku pun dgn poyo2 nya bwk baju utk mandi..Dgn ramah mesranya hb tanya receptionist tu...

'nak mandi pakai seluar boleh tak?'...dah tentu ler dia kata tak boleh,...So aku tak brani ler nak mandi kolam dgn berpakaian sopan nih...hb ngan BIL jer lar yg mandi...Aku pun bawak ler batrisyia main kat taman kanak2 kat bawah ni membawa hati yg lara(sebab tak dapat mandi)..aku bwk dia main game ngan main pondok2..dgn aku2 skali masuk dlm umah kecik tu(sibbaik muat dan boleh kluar)..Almaklumlah masa kecik2 dulu tak pernah merasa nak main2 benda ni semua..

Aku bwk dia main game kete sumer..main tipu2 jer sebab duit sumer tinggal dlm kete..Dah jemu main, aku naik atas balik, then..ajak hb balik..jap gi nak gi strawberry farm lak..Hb aku naik jer, aku pun nampak ada 1 family nih dgn senang atinyer mandi pakai baju yg bersopan santun...Aduhai..kalo ku tau...takper la takder rezeki nak mandi swimming pool..takper la..

Dengki jer rasa tgk diorang mandi



Kolam air panas di gohtong sport centre


Wat cam umah sendiri jer coz takder org lain kat situ


Action jer tuh..



Pastu kitorang gi strawberry farm..petik sendiri buah strawberry...agak mahal gak lar..then kitorang ada lar beli strawberry kering buat buah tgn..Pastu balik hotel, kemas2 then balik ke pangkal jalan...

Dah tiba waktu tido dia, kat mana jer mesti tido gak


Nak bersiap balik dah ni


Ni reben aku beli masa kat genting..Klip rambut utk batrisyia


Ni pulak key chain sbg tanda kenangan


Itu jer la coretan ku utk trip kali ini..Tak tau ler bila lagi nak dtg sini..

Demam Sawan..

Pagi ni baru dapat tau anak member demam masuk hospital..kesian farish...Aku pun cari ler info tentang sakit nih..So kepada parent diluar sana, jangan pandang ringan bila baby dapat demam sebab benda boleh terjadi pada sesiapa saja...Bukan nak mintak tapi kiter kena tau...

DEMAM SAWAN

Pengenalan

2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa.

Insiden

• Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
• Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurangkurangnya sekali.
• Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur <>
• Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.

Diagnosa

Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanakkanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.

Tanda-tanda dan gejala

• Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
• Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
• Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
• Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
•Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
• Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
• Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam


Faktor-faktor risiko untuk sawan demam berulang

• Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
• Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
• Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
• Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.

Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam berulang.

Kesan jangkamasa panjang sawan demam

• Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
• Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.

Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain (yang tidak mengalami sawan demam).
Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) -didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya. Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi.

Ini termasuk kanak-kanak dengan:

• Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
• Perkembangan yang lambat.
• Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.

Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).

Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.

Mengawal sawan

• Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan.
• Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.

Kemasukan ke hospital

Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika:

• Takut sawan akan berulang
• Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
• Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
• Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.

Ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnosakan sawan demam. Walaubagaimanapun, doktor mungkin membuat beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak, tebukan spinal (lumbar puncture) mungkin perlu dijalankan.

Mencegah demam sawan

Mengawal demam
• Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
• Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
• Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.

Pencegahan sawan dari berulang
• Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
• Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.



Thursday, January 28, 2010

Genting...main games..

Disebabkan hotel tak penuh, so kitorang leh check in awal..Masa tu kalo tak silap dlm kul 9.30 pg..Bersiap ala kadar, terus jer gi stesen kete kabel..Ni 1st time dlm hidup aku naik kete kabel..Sedangkan naik lif pun aku gayat, apa lagi lar naik kete kabel nih..

Kete kabel ni sentiasa bergerak jer..So tak der la beratur lama..sat jer dah leh naik dah..Masa nak naik tu adalar org yg amik pic kiter..pastu bila sampai kt puncak dah siap print and kena byr 30 inggit...huhhu...





Perjalanan yg menakutkan pun bermula..Gayat giler masa nih..Depan tu jer terus nampak gaung..mengerikan...Baca doa naik kenderaan yer semua..Darat ker laut ek..ker udara..tak kesah lar yg penting mohon pada Allah semoga selamat mendarat..
Sepanjang perjalanan si batrisyia melekap jer ngan mama dia..hb lak melekat jer ngan tiang tu..dan aku....

huhhu..tak abis2 amik gambar..aku rakam guna phone..tak brani tgk bawah...hb kata balik nanti kiter dok mengundur lak..takder la rasa takut...

Sampai jer kitorang terus gerak ke kaunter outdoor games..Aku rasa agak membazir kalo main putdoor sebab pertama byk game batrisyia tak leh naik dan keduanya aku penakut naik roller coaster...So fariez jer amik outdoor..Aku ngan hb amik indoor..batrisyia FOC


Lepas beli tiket indoor yg berharga RM60(2org), kitorang naik lar ferris wheel..Slama ni aku punya lar takut nak naik roda pusing2 ni(hatta yg kat funfair pun takut), Alih2 kat sini relaks jer pasal td dah naik kete kabel yg jauh lebih takut dari ni...then kitorang naik sampan yg ada pendayung tuh, pastu naik kete rusa dan monorail..
Monorail ni pusing sekitar taman tema nih...




Merenggek nak nenen..Aduyai..Sibbaik lar bawak susu dia kalo tak...




Ni ler rupa paras monorail nyer..comel jer..kitorang panggil ulat gonggok


Letih sgt main sampai lapas call fariez ajak makan..Masa mkn tuh jenuh ler si fariez ni bercerita apa yg dia naik...Brani tul..




Pas solat kitorang sambung naik rio float lak..


Ni ler rupa rio float dari luar

then dua beradik nih naik bumper car..Disebabkan takleh bawak baby, so aku duk kat tepi jer la


Ni mini train..punya ler comel train nyer..


Ni masa aku ngan hb tgh tunggu turn nak tgk movie 4D...15 minit jer..ok gak lar..



Dah tak larat dah nak main apa2 lagi..Dok melantak ler tepi pagar ni ha...sambil tgk org lain terjerit2 main spiderman...



Mana jer la kamu dapat plastik ni batrisyia oi...


Ni dalam perjalanan blk ke hotel naik kete kabel gak..takkan nak terbang kot..kali ni kitorang duk mengadap bukit..so takder la gayat sgt..
Dan pada malamnyer...ingatkan lepas mandi nak gi turun bawah makan..sibbaik lar aku ada bwk stok megi..lepas makan megi terus masing2 tido tak ingatnyer..tau2 dah kul 4 pagi..Punya lar sejuk..lapar lak tu..ahaks



Wednesday, January 27, 2010

Ketidaksihatan melanda diri..

Pagi isnin lalu bawak batrisyia gi klinik coz dia batuk dan selsema
Selasa lak aku mc coz berjangkit dari batrisyia..Aduyai
Doktor lak bagi ubat batuk, selsema dan antibiotik..
Makan ubat batuk tu mcm hisap dadah
kepala jadi mamai jer...rasa cam nak tido jer sepanjang hari..batrisyia melompat2 atas badan pun dah tak sedar dah..
tido pun seawal 9 malam..
Nanti bila kesihatan kembali pulih aku akan update blog semula..
Nantikan kisah aku dan family berpoya2 di genting highlands

Monday, January 25, 2010

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT.
Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.
Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.
Wallahu a’lam.
P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.

ke genting lagi....Dalam perjalanan pergi

Sabtu dan ahad lepas kitorang gi genting lagi..kali ni gi ngan fariez my BIL

Pepagi buta lagi dgn semangat yg berkobar2 didada, aku bgn pagi siap2 sumer..Sibbaik lar sumer brg dah packing mlm td

Almaklumlah nak bermalam disana..Tak sempat nak wat bf (mcm lar slama ni sempat..ahaks) so kitorang singgah makan kat nasi lomak power..Sedap tul nasik lemak kat sini esp dia nyer sambal..Batrisyia makan ns lemak kosong jer..dah tu jer yg dia nak makan..






Terkejut beruk abg tu aku amik gambar..Dah ler gelap lagi tetiba ada flash camera..Sori a bro..aku promote ko nyer kedai er....kedai ni terletak di RnR dari nilai menghala ke KL

Kelincahan batrisyia selepas pekena sebungkus nasi lemak power..


Kalo tak merayau tak sah..

Ni ler hotel tempat kitorang menginap...Hotel Seri Malaysia..



Aku takder keje lain asik amik gambar jer sampai depan pintu lif pun sempat lagi

Tuesday, January 19, 2010

Jalan jalan cari makan: Aunty Aini

Aunty Aini adalah satu tempat makan yg agak best gak kat Nilai..Tempat ni terletak di kawasan kg..Dah byk kali gak kau makan kat sini..Asal ada member dtg jer, kitorang bwk makan kat sini sebab tempat dan makanannya best..Sampaikan aunty tu pun dah perasan kewujudan kitorang..aku suka dok kat gazebo dia..Ada mcm pondok pastu leh makan bersila..Sebenarnya senang dok kat situ sebab senang nak tukar pampers baby, bagi dia menyusu (badan) dan nak bermanja pun boleh..agak privacy gak lar..







Ni papan tanda kat depan kedai..Agak tersorok tempat ni di celah2 pokok

Pintu gerbang

Menu: western @ masakan kg


Suami ku memulakan menjamu selera dgn tapai aiskrim..



Batrisyia kalo dah dapat phone maklang..Dpt lak maklang bukak lagu poco..
hmm leka




Dah nak balik dah..Punya lar berselera makan sampai tak ingat nak amik pic makanan..sedar2 dah tinggal pinggan segan lak nak snap..
So kepada saper2 yg gi nilai leh lar singgah kat sini..Bessttt



Deqla and Din

Ruszilawati atau nama glamernya deqla, watie, zila..adalah satu2nya adik perempuanku..

Aku mmg rapat giler dgn dia dari kecik sampai lar skang..Aku lebih rapat dgn dia banding dgn akak..mungkin sebab umur kitorang tak jauh beza..Cam tak caya dia dah nak kawen...Ahaks..rasa cam bebudak jer lagi....masa form 1 dia blajar kat Sek Men Sains Sgor, Cheras, then sambung blajar kat Uitm Melaka amik Dip in Accountancy..Dan skang keje kat kuala pilah...huhuhu..nasib lar kau deqla..Dari KL ke melaka dan ke kampung halaman semula..

So sabtu lepas dia dtg umah aku utk beli brg nak wat gubahan a.k.a nak dating skali..(tu yg sebenarnya)....susah skit nak jumpa bf dia nih sebab duk kat kg kan..

So aku bwk ler ke nilai 3..hb tinggalkan kitorang kat kedai tuh(thankQ) then hb gi basuh kete..tak kuasa dia nak membontoti kitorang nak membeli brg yg dia sendiri tak minat..anak pun aku ler kena bwk..bf dia pun ikut lar skali(nak suh jaga anak sebenarnya)...
boleh ler aku membeli belah dgn tenang..Almaklumlah sikecik ni hyper..baru dpt rasa nikmat mempunyai kaki dan boleh berjalan lebih laju dari merangkak...Sibbaik malam td dah wat list baek punya..takder la merayau2 takder arah tujuan..Yg tak bestnya, salesgirl kat sini muka mcm apa ntah..tau lar diorang keje penat tp dah keje diorang kan..Senyum lar sket..aku lak yg tersengih2 cam kerang busuk...Nak suh amikkan ribbon tu 1 meter pun cam takut jer..Kalo ada gunting ngan pembaris kat situ dah lama dah aku ukur dan potong sendiri..tp tak per la..mungkin dia period pain kot(aku berbaik sangka)...

Setelah abis barang sumer di bakulkan, then nak bayar tuh sempat lagi bergambar..tak abis byk pun dlm Rm100 jer....tgk lar saper yg temankan..bajet cantik nyer
Ni lar bakal adik ipar yg baik..Dah lenguh kaki mengejar anak aku sampai lar budak tu tido..kesian ko din...nanti kawen ko akak sponsor la apa2

Deqla kat depan kedai thankQ, Nilai 3


Pastu kitorang gi KLCC, hb nak tukar plan maxis dr postpaid ker prepaid


maklang yg baik ati



eleh contol lak bebudak nih...

Besepah2 kat perkarangan KLCC..Ingatkan nak tgk air pancut..skali diorang tgh basuh kolam daa...


KLCC...sampai nak terbaring aku ngambik pic bebudak nih

Pastu gi Karaoke lak..Hobi kitorang masa bujang dulu.. Disatu sudut kelihatan din tgh merakam deqla..


Makan malam kat Rindu Alam, dengkil..
So, InsyaAllah 31 Jan ni, keluarga din akan dtg merisik, 7 Mac bertunang dan kawen Mac 2011 kot..Ikat setahun..Semoga berbahagia adindaku...




Monday, January 18, 2010

Melilau2 di hari minggu...


Adinda ku deqla dtg umah hari sabtu lepas..Plan mmg takder nak gi mana..Mausi lak tetiba wat kenduri sempena Anknya yg suulng anniversary yg ke 20 thn..Dan cucu yg kedua lak dpt PMR 8A..Ada lar kenduri doa slamat sket..So aku suh deqla dtg ptg..sempat lar kitorang gi kenduri dan amik dia blk..

Mlm nya takder gi memana..Borak2 jer la


On the way nak gi umah mausi (makcik) kat PJ



Mana2 pegi mesti nak bawak dua2 barney nih...




Ari ahad pg 2 la dah siap2 nak gi nilai 3
Actually deqla bakal bertunang InsyaAllah bulan 3 nih..Dgn org KL gak..So aku teman lar dia gi nilai 3 utk cari brg nak wat hantaran (jimat sket) sendiri..Aku ni nak kata pandai sgt menggubah tu takder la..tp boleh lar diharap..hantaran kawen aku sendiri pun aku buat..bukan stakat belah aku jer dgn belah2 hb skali aku wat...huhhuu..tetiba jer jadi kreatif..padahal slama nih tak pernah buat pun..

Ni hantaran yg aku buat sendiri masa kawen

Ni hantaran masa bertunang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...