My kids

Sila ler klik..jangan malu malu

Friday, April 13, 2012

Ada beberapa perkara berbangkit yg aku nak sentuh...

Dah macam mukadimah meeting plak...heh...banyak sgt benda nak citer...kang satu entry 1 tajuk kang membazir tenaga plak...baik aku combine semua jadi satu...

1. Msg mengarut dari celcom
-Asalnya memang aku slalu abaikan ajer msg dari no celcom...tp msg yg ni lain sket...
memula aku dpt msg pasal ari jadi...on apa ntah nanti ada ler bonus sempena ari jadi...yg jadi heran tuh besday aku bulan 12..apa kejadahnya bg masa bulan 2
-then dpt lagi dari no yg sama...suh on CT utk aktifkan aku nyer sms..masa ni aku dah cuak..apsal nih...mcm nak menipu jer..aku ignore lagi...
-pastu dia tukar nombor lain plak...antar lagi msg mengarut...kali nih dia umpan aku ngan animasi cun dari jepun...aku just abaikan...cuma aku terfikir kalau lar ada org yg ikut arahan dia tuh..konon2 kalo kiter tak reply msg dia nanti akaun kiter kena blok lar apa lar... sengal sungguh...jadi berhati2 lar yer...nak slamat jgn reply langsung


2. Makan2 di hujung minggu
Sejak 3 minggu nih, hb dah kembali aktif berniaga eskrem balik,so aku lebih banyak ler menghabiskan masa kat rumah...jadi memang kena masak ler utk makan tengahhari..hb berniaga plak kat Nilai 3 jer..Jap gi aku dah siap masak dia balik ler amik nasi bekal....dah macam org zaman dolu2 plak...heh...merasa lar jadi fulltime housewife...sabtu lepas aku masak ayam masak lemak cili api, sambal bilis ngna sup sayur...gambo takleh upload plak...nape ntah..sejak smalam lagi


3. Melanggan pakej mustika gara2...
Slama ni macam2 godaan cerita terpapar dlm iklan astro suh kiter langgan pakej mustika...skali sabtu malam tuh,,,aku dh tgk info takder cerita yg best,,,pastu gatal2 tgn tgk info astro citra...skali citer Veer Zaraa...laju jer tgn aku capai remote bukak ch130 utk melanggan then amik phone sms ikut arahan...dan beberapa ketika selepas itu aku tgk Veer Zara...kesian batrisyia tak dpt tgk kartun...hehe...skali skala kan...Bila dah langgan mustika ni, aku tgk ok jugak lar...byk lar citer best2...macam pagi tadi citer setinggan lakonan yusni jaafar dan ibrahim pendek...asik tgk citer pramlee jer sampai naik hafal dah dialognyer...ni ada lar kelainan sket...tak lama lagi ada citer merong plak...

Aliya 4 month...

Rasanya dah dekat 2 bulan aku tak jumpa sikecik nih...bila aku balik kampung, deqla tak balik...bila dia balik aku plak tak balik...tgk lar nanti kawen sepupu kitorang kot2 dapat jumpa...tu pun nak ujung bulan 5...tp takper lar smalam deqla dah mms pic terbaru Aliya...tombam....huhuhu

sebijik macam muka bapak dia...

pic  ni wat makngah geram nih...rasa cam nak cubit2 pipi montel dia...
rindunyerrrr....

Thursday, April 12, 2012

Scam email: seluar dalam ajaib....kahkahkah

SELUAR DALAM AJAIB..MAMPU MENGUBATI MASALAH LELAKI.

Wednesday, 7 March, 2012 9:06 AM
From:
To:
undisclosed-recipients
30 HARI MENJADI LELAKI SIHAT, LELAKI SEJATI !!
KESAN HEBAT PENGGUNAAN VAKOOU
VAKOOU adalah seluar dalam khas untuk lelaki yang dicipta menggunakan "Highpowered Magnetic Fiber" (Fibers Anstronomic Magnetic Material), dibungkus dalam "Bamboo Fiber Magnetic Nano Technology".
VAKOOU memiliki daya magnet kepada kelenjar dan ditapis untuk mengapuskan Bakteria, Penyakit Prostat serta menghapuskan penyakit kerap membuang air kecil, sakit belakang, tanda-tanda kelesuan dan keletihan.
Berfungsi sebagai agen anti-bakteria.
Meningkatkan peredaran darah ke kawasan Zakar.
Mengekalkan kesihatan buah zakar.
Mengeluarkan kuasa magnetic semulajadi untuk pengaktifkan sel-sel.
Mengukuhkan fungsi buah pinggang.
Menyuburkan sperma ( suhu terbaik utk sperma 25c-30c. )
Mencegah kegagalan eraksi dan ejakulasi awal.
Mangatasi nutrien air mani mengandungi sperma tidak hidup (azoospermia)
Meningkatkan stamina dan kualiti seks secara selamat tanpa ubatan.
Membantu masalah sakit pinggang & Badan yang sihat.
Rawatan kencing tidak lawas,kegatalan kulit.
WAJIB SAKSIKAN BUKTI KEHEBATAN VAKOOU AMERIKA
Lebih Lama, Zakar Lebih Panjang, Lebih Tenaga Maskulin


iklan 2

INGIN HEBAT DIRANJANG?

Tuesday, 14 February, 2012 12:42 PM
From:
To:
undisclosed-recipients
Anda Malu DiEjek Isteri Anda?
Anda Malu Bukan Kepalang Kerana Kapal Karam Di Tengah Lautan?
Adakah Dayung Anda Patah Sebelum Sampai Ke Tepian?
Apakah Anda Tertekan Senjata Anda Kurang Efisien Untuk Bertarung?
 
 
Anda mungkin ada segala-galanya, wang, harta, pangkat, nama, rumahtangga bahagia..

TETAPI...

Adakan KEHIDUPAN MALAM anda benar-benar bahagia???
Tiada siapa yang tahu melainkan anda sahaja!!!

============================
MEMPERKENALKAN !!!
==================================
====Produk-Produk Kebahagiaan Suami Isteri Terlaris DiPasaran !!===


- 100% Herba dan Selamat Digunakan
- Jenama Terkenal DiSeluruh Pelosok Dunia dan Malaysia
- Diperakui Dengan Ratusan Testimoni Positif
- Menjadi Kegunaan Rutin Puluhan Ribu Lelaki Malaysia Sejak 3 Tahun Dahulu
- Penawar Kebahagiaan Rumatangga Yang Sangat Mujarab
- Rahsia Pembelian Yang Tersimpan Rapi

Anda Perlu Bertindak Kerana Tidak Ada Siapa Yang Sanggup Berkongsi
Masalah Sebegini Dengan Orang Lain..
@@@@@@@@@@KLIK SEKARANG UTK INFO LANJUT
@@@@@@@@@@@
 
sejak akhir2 ni aku slalu dpt email mengarut macam ni...kalo ada masalah gi jumpa pakar lar...jgn memandai2 guna benda mengarut macam ni...tp tak mustahil ada yg terpedaya...tul tak??? so berhati2 lar...
 
yg aku kisahkan disini mana diorg dpt aku nyer email add yer...confuse

Komen dari anonymous....

Biasanya aku tak brapa kisah sgt pasal komen dari anon..kalo aku rasa sesuai aku akan publish..kalo tak aku akan delete...wat masa ni komen2 biasa jer lar yg aku dpt...yer lar aku tak ler glamer manapun...reader pun brapa kerat jer...tp apa2pun syukur dgn apa yg ada...ni berkenaan komen yg aku dpt pasal post aku ttg AIA insurans...ada 2 komen yg aku terima

komen pertama

betul tu kak.. zil pernah kena.. dia call masa zil tengah kerja.. zil ni tengah blur2.. zil pun ya kan je.. last2 bila dah tutup.. zil fikir balik.. dan zil google.. cepat2 zil cek maybank2u zil.. dah tertolak dah duit utk bayar insurans.. cepat2 call maybank gi tau, yg zil tak insurans tersebut.. dan nak minta balik duit yg meka dah tolak.. sib baik dpat. tp lambat sikitla.. tp yg bengang, tak suka la orang mcm ni call2 kita.. bank tak sepatutnya bagi maklumat penuh kita.. kalau la kena pada orang yg tak seberapa pandai.. dan hanya nak mengikut kata orang.. cian plak.. mcm zilla.. LAMPI... hihihi.. tp sib baik cepat bertindak...


komen kedua

Salam kpd puan ,sbnarnye utk pgetahuan puan,pihak bank xpernah bg ape2 mklumat kpd ane2 pihak insurans..yg buat panggilan tu betul2 drp phk bsn.dlm jual beli ade akad jualan& belian,ygmana kalo puan x bsetuju dgn akad tu,pihak bsn xkn tolak ape2 caj dr akaun puan..tujuan staff kami minta no ic tu kerana syrt2 drp bank negara m'sia sdiri yg tetapkn planggan perlu sebutkn butir2 peribadi &pihak bsn xmahu nnti org lain yg jawab panggilan dan myamar ,org lain plak kene byr.. Staff bukan bace skrip,tp bile da asyik ckp benda yg sama ,sebutan pn da mcm skrip la. Kalo rase nak boleh amik,kalo xnk pn xkisah kerana tugas staff bsn bhgn ni adalah smpaikn kpd planggan2 bsn yg kebanyaknnya pendapatan BUKANlah beribu2 utk amik insurance yg mahal..xkn org kaye je nk kn plindungn kan?

kan aku ada mention yg aku email BSN tentang hal ni...
Ni keratan email nyer...

BN/IP/JPC/EMEL/253.12.2 Jld 2/2011 (126)

Puan Rosmaria,

Terima kasih atas keprihatinan puan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSN.

Dimaklumkan BSN sedang menjalankan kempen BSN produk insurans melalui telefon. Kini, BSN telah memasarkan tiga produk insurans iaitu Medi Protect, 1 Dinamik dan Takaful Smart Pro dari pihak insuran yang dilantik iaitu Chartis, CIMB Aviva dan AIA.
Pengesahan butiran pelanggan akan dilakukan oleh Telemarketing Excecutive (TSR) di Pusat Panggilan BSN bagi pelanggan yang berminat untuk membeli produk insurans dan takaful tersebut.

Sekiranya puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Pegawai terlibat di Bahagian Perancang Kewangan BSN talian 03-21623222 samb. 5733 / 5734.

Sekian, terima kasih.

Dengan hormatnya,
BANK SIMPANAN NASIONAL

Seksyen Khidmat Pelanggan
Jabatan Perbankan Cawangan

From: srksya [mailto:srksya_777@yahoo.com]
Sent: Tuesday, December 20, 2011 4:58 PM
To: Perkhidmatan Pelanggan (Jab Perbankan Caw)
Subject: Aduan tentang panggilan yang diterima dari ejen insurans AIA



Saya Rosmaria binti Rusli ada membuat pinjaman peribadi dengan BSN dan masih membayar ansuran bulanan tanpa gagal melalui potongan gaji.

Pada hari ini 20 Dis 2011 jam 12 tengahhari saya menerima panggilan telefon dari nombor

0327883400
0392077200

yang mengatakan dari insurans AIA. katanya bergabung dengan BSN untuk penjualan insurans

saya pasti pemanggil ini mendapat maklumat saya seperti no telefon, nama penuh, alamat dan kad pengenalan dari BSN.

Mohon penjelasan dari pihak tuan benarkah BSN memberi maklumat peribadi peminjam kepada pihak lain dengan sewenang wenangnya. Jika ini benar saya berhasrat nak mengambil tindakan undang2 kepada pihak BSN kerana ini melanggar privasi saya sebagai pengguna. maklumat peribadi ini boleh disalahgunakan oleh pihak lain untuk tujuan negatif.

Selepas ini pasti saya akan menasihatkan orang lain supaya tidak membuat sebarang urusan dengan BSN yang kononnya dijamin oleh kerajaan.

Sekian terima kasih. harap jawab segera persoalan saya ini 



Ok...yg aku nak mention skang ni adalah apa perbezaan antara penerima panggilan yg memberikan no ic dan penerima panggilan yg tidak memberikan no ic...

Beberapa bulan lepas kes aku nih, aku dpt tau yg member opis aku nih ke admin opis utk buat pengesahan tentang potongan gaji yg dibuat tanpa pengetahuannya..Apabila disiasat rupa2nya potongan itu berkaitan dgn insurans AIA dan BSN..member pun pergi lar ke BSN utk buat aduan tetapi BSN macam tanak layan..dia just bg nombor AIA sahaja..kira suh settle sendiri lar...member aku pun call lar nombor yg diberi...setelah bersoal jawab sumer,  AIA tanya ada tak terima panggilan telefon dari telemarketing..member kata ada tp dia tak setuju pun...AIA ckp yg diorang ada rakaman perbualan yg mengatakan member setuju...so member aku nih nak stopkan potongan dan tak berminat dgn insurans nih...ok boleh..tapi kena buat surat...diorang akan stop tp kena potong lagi 2 bulan lar...DAN POTONGAN TU TAKKAN DI REFUND SEMULA....

Then aku tanya member...Ada bg diorang no ic tak? dia kata ada...Aku ckp kat dia..kalo betul ada rakaman percakapan yg mengatakan dia setuju, mintak diorang mainkan semula..nak dengar tang mana yg dia kata dia setuju...seingat member aku nih dia cuma ingat yg dia bagi nombor ic jer...dan ada beberapa persoalan yg dia jawab 'YA'...tp takder langsung ayat yg mengatakan..sy setuju terima insurans nih...tau2 gaji dah kena potong pastu dapat plak salinan polisi insurans...pelik kan....

Aku pun dapat panggilan yg serupa cuma bezanya aku tak bagi no ic...dan Alhamdulillah gaji aku ok jer...takder apa2 potongan pun...lagipun BSN mention Pengesahan butiran pelanggan akan dilakukan oleh Telemarketing Excecutive (TSR) di Pusat Panggilan BSN bagi pelanggan yang berminat untuk membeli produk insurans dan takaful tersebut...  aku tak minat pun dia still mintak no ic aku...utk apa sebenarnya kalo bukan utk menganiaya pelanggan...diorang mesti dpt komisen bg setiap insurans yg terjual...kalo customer btlkan insurans pun diorang bukannnya kena pulangkan blk komisen tuh...


Jadi aku masih lagi rasa yg memberikan no ic tu amatlah membahayakan...jadi berhati2 lar....penipu ada dimana2...org jenis camni dia tak kisah bagi anak bini hasil haram...aku tak kata yg ejen insurans tu makan duit haram...yg aku kata adalah saper2 yg menganiaya pelanggan macam kes kawan aku ni ler yg mkn duit haram...sok2 jgn heran kenapa bila ko dah tua anak ko kurang ajar dan hantar ko ke rumah org tua...cer ingat balik, punca duit yg ko suap kemulut dia masa ko bela dia dulu...aniaya lar org sebab doa org teraniaya ni makbul...

yg betul2 jual insurans..jumpa org..sign surat perjanjian..ada hitam putih ,ada medical checkup then bgtau akan ada potongan gaji dibuat mulai sekian bulan tu takper...its ok...teruskan usaha murni anda...aku ada kenal sorang blogger ni jual insurans....leh contact dia kalo nak amik insurans...

Buku resepi vs resepi dalam kepala otak....


Kejam tak aku nyer tajuk...heheh...Aku bukannya dilahirkan berbakat sebagai masterchef tetapi bakat memasak nih boleh dicungkil...yg penting rajin dan malas jer...kalo nak 1000 daya..kalo tanak berjuta2 dalih..
Sejak aku mengenali web myresepi.com ...aku slalu pilih resepi yg menarik dan possible utk dimasak oleh aku..then aku print bawak balik...bila dah banyak berlambak2 kat rumah jadi pening plak bila nak mencari resepi....aku pun wat ler folder...konon2 "koleksi resepiku"


ni diantara buku resepi terwal...setiap tajuk resepi aku tulis


skang ni dah ada 4 buah folder penuh dgn resepi

setiap folder akan ada tagging...cth
A. resepi daging
B. resepi ayam
C. resepi ikan dll
So kalo aku tgk dlm fridge ada ikan, aku akan refer kat tag C...belek resipi apa yg bahan memang ada kat rumah...then aku kuarkan resepi tuh dah tepek kat fridge...senang nak refer..then boleh lar mula memasak...

Keseronokan bila masak nih adalah, bila kiter melihat suami dan anak tercinta menikmati masakan kiter dgn berseleranya...tak dinafikan ada jugak resepi yg tak menjadi...Slalunya tak cukup bahan, silap sukatan dan kelemahan tukang masak itu sendiri...hehe...kalo yg tak menjadi tu samaada aku akan cari resepi lain ataupun aku cuba oter mana2 yg patut...




Biasanya kalo hari keje aku akan masak untuk makan malam 2 ke 3 jenis hidangan...
lauk
sayur
sambal
masak ikut resepi yg simple jer...
kalo nak try resepi yg susah biasanya aku wat pada hujung minggu...
kalo nak makan dalam kul 1.00pm, dlm kul 11 aku dah start memasak...

kuah mee kari
kobis bedaging
sambal bilis
dan masak lemak cili api tenggiri...
ni semua resepi dalam kepala otak...
aku kalo masak yg resepi mmg dah hafal, sekejap jer siap...semua 4 lauk ni disiapkan dalam masa tak sampai sejam...
tp kalo ikut resepi amik masa gak lar...kekadang menjangkau 2 jam..
aku nih kalo masuk masterchef, awal2 lagi dah tersingkir

close up sket...

Jadi antara masak ikut buku resepi dan masak ikut resepi yg memang dah ada dlm kepala....
mana yg lebih senang...dah tentular masak dgn resepi yg dah hafal...tetapi kalo dah slalu masak pakai resepi yg sama...pasti kiter akan lebih expert...kan practice makes perfect...jadi slalu2 lar mencuba resepi baru...
bila dah slalu masak sendiri, then gi kedai makan kat luar mesti akan terdetik dlm ati "sedap lagi aku masak"..
lenkali takyah makan kat luar..masak jer sendiri...JIMAT..

Tuesday, April 3, 2012

Prank....

Aku rasa nak bagi pendapat pasal benda nih lepas tgk kes aroon aziz yg menjadi mangsa gurauan sebuah laman web yg memphotoshop sekeping ic dgn mendakwa nama asal aroon aziz adalah mat haroon....apa lagi bengang lar member...siap wife dia wat statement lagi...pada org yg buat benda nih mungkin niat nak bergurau tp pada yg terkena benda nih tak terasa lawak nya malah rasa seperti satu penghinaan...prank nih dibuat sempena April fool...Aku malas nak ulas bab hukum sambut April fool...sila lar google sendiri...rasanya blogger tuh org melayu islam...ish tak sensitif langsung...

Aku sebenarnya tak brapa berkenan sgt dgn hiburan berbentuk mengenakan org secara realiti..kalo mengenakan org dalam citer filem itu lain...diorang berlakon ikut skrip...tu takder hal..boleh jadi bahan lawak..tp kalo dah mengenakan orang macam panggilan hangit, wakenabeb, dan sebagainya...aku rasa itu bukan hiburan...

Seblom wat sesuatu tuh ada tak korang2 yg nak memprank nih fikirkan akibat dan perasaan si mangsa...apa perasaan korang kalo korang plak yg kena prank macam tuh...agak2 nak gelak tak...takdernyer...mesti korang bengang kan...

macam 1 kes panggilan telefon melalui stesen radio...asalnya si gf nak prank bf dia..mintak dj radio nih call utk check bf dia nih setia ker tak..Apa yg dj nih buat adalah prank dia balik tanpa pengetahuan pompuan nih...
panggilan telefon ini didengar secara langsung oleh bf dia...

dj: amira ker? (bukan nama sebenar)
amira: yer saya
dj: sy nak berkenalan lar dgn awak, sy minat ngan awak...
amira: ok
dj: tp takper ker ...takut bf awak marah plak
amira: eh takder lar...sy single lagi
bf amira: &^$%$#% punya prempuan
amira: eh saper nih saper nih...(talian teputus)

see...ko nak kenakan bf ko..skali ko yg kena balik...tahniah aku ucapkan kpd dj tuh...
ada satu kes lagi yg era buat...blajar bahasa inggeriss dgn cara yg ringan...member nih nak kenakan member dia yg lain..skali paknil call dia menyamar jadi omputih...kenakan dia balik..padan muka...

sama gak ngan kes fida kena prank yg bab minang meminang tuh....yg tu rasa semua tau...

Pada aku nak bergurau boleh tapi ada batasnya...ada benda yg boleh dibuat gurauan dan ada benda yg tak boleh dibuat gurauan...sbg contoh seorang bakal pengantin yg tgh pening kepala memikirkan persiapan majlis perkahwinan...tetiba dpt panggilan konon2 katering dia dibatalkan disaat2 akhir...tak ker gelabah mangsa tuh...dibuatnya terdengar dek mak pengantin...kot2 ada penyakit jantung org tua tuh..kalo apa2 jadi saper nak jawab....hah...cer fikir cer fikir...

Wedding officemate Noorol @ Tangkak

Tanggal 31 mac 2012, kami sekeluarga ke tangkak bagi menghadiri majlis perkahwinan officemate aku...ramai gak member yg pergi tp kitorang tak konvoi sebab biasalar dah bekeluarga nih takleh nak jangka kebarangkalian utk lewat...kitorang just janji jumpa kat sana dalam kul 12.00tghr

Seblom gerak ke tangkak haruslar berposing dulu...heh...


kesian sibatrisyia...makan epal pagi tuh...aku nih kalo nak kuar jalan, tak sempatnya nak wat breakfast segala...takut tak sempat..kitorang sarapan dalam perjalanan jer...

sampai2 jer rumah kenduri terus makan...then masuk tgk pengantin dan amik pic...ni hantaran dari pihak perempuan...tema kaler purple sama macam baju nikah...diorang nikah pagi tuh jugak kul 10.00



si kecik nih leka main ngan 'tatak'

berposing ala2 celebriti bersama pengantin...

makan jajan jer keje dia

diantara officemate yg hadir


pengantin lama merasmikan pelamin...teringat zaman dolu2...tak ketinggalan juga hasil perkahwinan

tepat kul 2.00pm pengantin berarak masuk diiringi paluan kompang



then diorang culik pengantin pompuan bawak masuk..ingatkan nak wat apa rupa2nya nak wat tol...
johor kan...


seronok jer tgk diorang tawar menawar..,,atlast berjaya gak melepasi semua tol

dan bersanding ler mereka...

Dalam kul 3.00pm kitorang gerak balik...aku suggest kat hb singgah melaka...sajer nak jalan2...kitorang singgah kat mahkota parade tgk wayang citer 'jgn pandang2'...ok gak citer dia...nanti aku review

malamnya kitorang gi umbai...sesat barat kitorang..padehal bukan kali pertama pergi...dah 2 kali seblom nih...
akhirnya slamat gak sampai...

ramai giler org kat sini..tp ok lar sebab cara diorang sistematik...dgn parkir yg banyak..tempat makan yg luas dan bersih...
memula kena dapatkan tempat duduk dulu
then beratur pilih lauk...timbang dan bgtau nak masak cara apa...aku amik ikan jenahak bakar, ketam 3 rasa, sotong masak rempah dan butter prawn
pastu dia bg nombor meja mcm kfc bg tuh tp ni yg besar punya...
then tunggu lar kat meja..jap gi waiter dtg amik order air dan nasik
rasanya tak sampai 30 minit dah sampai makanan kitorang...
makanan pun boleh tahan sedapnya....

sambil menunggu makanan sampai si kecik ternampak 2 ekor makhluk nih...
sebok nak ndak..hb pun bawak lar dia ke kedai berhampiran..jumpa ler rimau nih....rege dalam puluh2 hengget gak lar...bila sua rimau nih kat dia, dia takut...aik nak main camana nih...


skali dia nampak topeng nih...terus tanak rimau..nak 'omen' plak...
rege 2 hengget sajok...jimat


lepas abis makan terus balik nilai..slamat sampai nilai jam 2 pagi...sekian...

Mee rojak kuala pilah.....Kemestian setiap kali pulang ke desa

Baru2 nih kami balik kampung seperti biasa bagi menziarahi orang tua ...mithali tul nampaknya...heh...
slalu nya petang2 aku akan bawak sikecik jalan2 berkenalan ngan flora dan fauna...

ni rumah kg dari pandangan hadapan...
ni dari pandangan jalan nak masuk ke rumah....model adalah sebagai hiasan...

Dan aktiviti wajib kitorang setiap kali balik kampung adalah menikmati keenakan mee rojak resepi turun temurun kat pekan kuala pilah...bagi yg tak biasa ngan jalan kuala pilah memang susah nak jumpa kedai nih...sebab dia cam tersorok sket...kedai terletak berhampiran pasar besar kuala pilah...

kat atas meja dah siap susun pelabagai air kotak dan air tin yg menggamit selera budak2 kecik macam si batrisyia nih...dia sorang jer milo 2 kotak...tu kalo disekat..kalo tak mau semua dia nak tebuk wat minum...

hb semestinya cendol mamak ..kurang manis...ais lebih

ni mee rojak aku...kongsi ngan batrisyia sebab jap gi dia mesti tak abis makan....

nampak tuh ais tambah

air kotak dah 2 kotak dia sebat pastu pow lagi cendol abah dia...

ni banner kedai tuh...ibrahim rupanya nama tokei kedai...baru tau...

dan ini adalah jurucakap JJCM versi kuala pilah

Seblom sampai kedai nih ada satu insiden yg terjadi...masa sampai kedai tuh hb cari parking then dah siap bukak lock pintu kereta..aku plak tgh terkial2 pakaikan kasut sikecik kat seat blakang...asalnya aku nampak dah sorang pakcik india nih berhampiran kete kitorang then dia gi sebelah pintu kiri kete...aku ingatkan dia nak masuk kete sebelah kiri nih..skali dia bukak pintu kete kitroang...
hb aku jerkah dia...hoi!!!!!
terkejut dia..terus cakap ingatkan kete anak dia...then uncle tuh terus gi blakang kete...
aku ckp kat hb...say sorry lar kat pakcik tu..kata lar yg abang terperanjat..kesian dia...
then kitorang nampak dia dah gi jauh selang 3 buah kete...hb pun cam malas ler nak gi sana...kitorang terus gerak ke kedai...hb paling ke blakang tgk pakcik tuh...anak dia dah sampai rupanya...tau anak dia bawak kete apa
WOLKSWAGEN DAS AUTO kaler putih...
ha amek ko...lain sangat lar rupa paras alza ngan wolkswagen...mungkin dia keliru ngan kaler kot...


Minggu lepas aku teringin nak makan nasik tomato....cari resipi dan balik terus buat...bahan2 pun dah sedia ada kat umah...dan ini lar hasilnya...
ayam masak merah

kari udang berkentang berkacang panjang

nasi tomato sepinggan......boleh tahan lar rasanya...lenkali leh buat lagi....

Monday, April 2, 2012

Pekeliling baru dah keluar....apa lagi...zasss

Pekeliling kenaikan gaji dah keluar...leh rujuk laman web JPA...tak pun blog cuepecs...dia ada bagi link skali...
Aku dah kira gaji aku...so far aku berpuashati sesangatr dgn kenaikan nih...Alhamdulillah syukur rezeki dari Allah...Semoga aku dan korang2 sumer lebih gigih dan rajin wat keje....dah....dah...gi wat keje skang...

gambar selingan...jap gi waktu rehat aku update pasal gambar nih...heheh

Thursday, March 29, 2012

Rentetan daripada "Saper pandai kira gaji baru....??? "

Heh...sengih dulu...ok camni..tadi aku baru jer tgk kat email yg member office dpt dari sumber yg dipercayai...saper2 yg tak tau citer leh refer sini dulu...

1st skali basic gaji kiter skang x 1.13= Basic gaji bulan April (ni adalah pelarasan gaji)
maknanya masa bulan april kiter akan dapat basic gaji baru + elaun + tunggakan pelarasan gaji (basic baru - basic lama)

cthnya bagi gred W17 P1T8 RM 1171.26
utk gaji bulan Apr kiter akan dapat
RM 1171.26 x 1.13 = 1323.52 + elaun + (152.26 x 3 bulan) = tuler gaji kiter pada bulan April

Untuk KGT yg RM 95.00 tuh akan dapat berdasarkan pergerakan gaji tahunan seperti biasa...means kalo kenaikan bulan Jan dan dibayar pada julai...maka pada bulan julai akan dapat tunggakat KGT RM95.00 x 6 bulan = RM570.00...sedang2 elok jer nak raya masa tuh....heheh skali lagi

Kalo seblom nih aku predict yg 13% daripada P1T1 setiap gred maka telahan ku adalah tidak benar sama skali...13% adalah daripada basic masing2 skang sama macam pelarasan masa thn 2007...tetapi akan jadi banyak tangga gaji dalam jadual sebabnya kalo dah setiap org naik 13% maka KGT takder lar RM95.00

sbg cth UTK GRED W17 SSM LAMA VS SSM DITAMBAH BAIK
P1T1 821.29 / 928.06
P1T2 871.80 / 985.13 KGT 57.07
P1T3 921.71 / 1041.53 KGT 56.40
P1T4 971.62 / 1097.93 KGT 56.40

dan begitu lar seterusnya....kalo nak kgt 95.00 maka setiap orang akan ada tangga gaji yg berlainan...kalo seblom ada tangga gaji 3 lapis...pasni ada 20 lapis ker... tu jer yg masih dalam misteri...

iklan: ni gambor kitorang masa menghadiri ceramah Muflis di akhirat

ni ler ustaz nyer....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...